Friday, August 26, 2011

Ramadhan - Syawal

mood: tulis entry sementara Heartstrings loading..:)

ramadhan dah nak habis..tapi aku kecewa...sebab selama hampir sebulan nih,,aku cuma mampu qiamullail 2 kali je..sangatlah meninggal dunia setiap kali aku tidur..T.T malam tadi hanya mampu bukak mata je..aku tak boleh nak angkat kepala pun..penat sangat agaknya seharian buat kerja rumah..lap tingkap,,lap sliding door,,berus lantai,,panjat bumbung sebab nak cat kayu bumbung tu,,huiiihhhh..memang taf lah aku ni kan..hahahah..gelak pun pakai tenaga bhaiiii -.-'

lagi berapa hari jugak lah syawal akan menyergah kita...baju raya dah ada,,esok nak shopping final stage dengan kakak aku..nak cari kasut raya dengan tudung..heeee..eksaited!!:D

tahu tak?aku sedang mengharapkan berlaku perkara ajaib....apejadah??okeh yang ni biar gua simpan dulu..kalau dah jadik keajaiban tu,,baru gua cerita bhaaii..keh3..oklah..aku pun takde nak merepek meraban dahh..nak save energy..banyak lagi chores yang aku kena buat hari ni...tata...salam.(n.n)v

Wednesday, August 24, 2011

Aku Memang Suka Berangan

mood: 7.18 am..uuuuuu...

assalamualaikum semua..

lately memang dah malas nak tulis entry baru..busy tengok drama korea..keh3 hoi gelak berpada2 siket!matured wehh matured!-.-'..orang sibuk soh aku ngapdet blog..fine..aku ngapdet..hahahaha

sebenarnya aku ni memang suka berangan..dulu,,aku selalu membayangkan alam universiti yang penuh dengan keseronokan...waktu kakak aku masuk uitm lendu,,aku selalu nak dengar cerita die..apa jadik waktu orientasi??ada senior nak kenal kau tak??dapat pakwe baru tak??lecturer hensem tak??erk??sunggoh ribena kepale otak ko ni sasa ooi..-.-'


punca aku jadik macamni adalah kerana aku kuat berangan!!-.-'

situasi satu:
aku selalu berangan adegan yang mana aku tergesa2 nak pergi library dan dengan tiba2 aku terlanggar mamat ensem dan buku aku dan dia habis terabur kat lantai...and then tertukar kad matriks...lepastu happily ever after..cerite beria sampai ke anak cucu cicit..7 keturunan akan mengagumi betapa sweetnye atok nenek moyang diorang...erk?cliche giler bhaiii..


situasi dua:
aku pernah jugak berangan adegan yang mana aku tertumpahkan air kopi kat baju seorang mamat masa kat kafe..lepastu dia pergi beli air kopi yang baru...dan datang ke arah aku dengan gaya macam model..pastu semua orang yang ada dalam kafe pandang cemburu kat aku yang hanya mampu tersenyum menawan menantikan air kopi daripadanya...dia berhenti depan aku dan terus simbah air kopi tu kat baju aku sambil ketawa besar seraya menjelir2 lidah kat aku...dan aku hanya mampu nyorok bawah meja malu punya pasal...erk??apesal sedih semacam angan2 aku yang nih??T.T


okeh aku paham semua angan2 aku memang entah ape2 langsung...tak sanggup aku nak cerita semua..takut makin banyak pulak uban kat kepala ni haa..erk??berangan lebih2 boleh tumbuhkan uban ye mengikut fakta sasa..-.-' tapi itu dulu..zaman yang penuh dengan angan2..dalam kepala hotak ni hanya fikir universiti adalah port terbaekk utk berlakunya scene yang membibitkan leb leb...hahaha..tapi sekarang dah matured...dah tak berkepale otak ribena lagi dah..hoyeaaah hoyeeaahh!

sejak aku masuk u,,aku belajar menjaga hati sahabat..aku belajar untuk menjaga hati sendiri bila hatiku tak dijaga sebagaimana aku menjaga hati sahabatku..aku belajar untuk menerima dan berhadapan dengan ujian..aku belajar bersyukur...aku belajar untuk menerima diri sendiri tatkala ada pihak yang tak dapat terima diri aku..aku belajar untuk bersabar..aku belajar untuk menjadi pendengar setia..aku belajar untuk ketawa bila sahabatku gembira..aku belajar untuk menangis bila sahabatku bersedih...aku belajar untuk memendam rasa setiapkali aku berkecil hati dan yang paling syok,,aku belajar tengok cerita korea!:D


dan sekarang aku dah matured!!keh3..dan adegan2 dalam angan2 aku pun dah tak beria kejadah sangat lah..hahahahahahah..sudah2 lah merepek meraban sasa ooii..-.-'okbai..salam.(n.n)v

Saturday, August 20, 2011

She Knows It All

mood: hujannnn...alhamdulillah..

assalamualaikum semua..

ni ada satu cerita yang berjaya buat air mata aku meleleh2..credit kepada yang share cerita ni kat fesbuk dan kredit kepada yang sape2 asalnya pemilik cerita ni...

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?:'(

Friday, August 19, 2011

Saya Anggun Berbaju Kurung

mood: perasan sensorang..-.-'


assalamualaikum semue!


laaa...ada kontes rupenye...takde lah aku nak perasan sensorang..aku nak ajak korang semua sama2 perasan dengan aku mehh..so apa lagi,,tekan banner kat atas tu kalau nak tahu macamana nak perasankan diri korang macam aku..keh3..

taraaaaaaaaaaaaaaaa!!!


eh,,ni gambar profile blog aku...gambar masa baru habis kuliah..entah sape yang ambik gambar ni entah..tapi boleh tahan anggun gak kan??perghhhh..!!sumpah gedik!wekkk,,nak termuntah dengar ayat sendirik!dah lah mata sepet!-.-'


ok yang ni gambar masa pergi rumah terbuka member aku masa raya tahun lepas...masa ni baru lepas dapat duit raya 10 ringgit..tu yang hepi + anggun semacam tuh...errr..rasa macam sepet jugak je mata aku tuh...-.-'

eh,,eh,,eh!!over pulak ko eh sasa sampai dua gambar sekali ko submit!heheh..bukan apa,,aku tak puas hati dengan gambar pertama sebab mata aku nampak penyek sangat..tapi lepas letak gambar kedua macam lebih kurang je...tak anggun lah mata aku macam nih..-.-'

err..oklah..jangan lupe picit banner atas sana tuh dan join ini kontes..!tataa~salam.(n.n)v

Thursday, August 18, 2011

18 Ramadhan

mood: Hilang Dalam Ramai

assalamualaikum readers..

ye,,ini sudah puasa ke 18..kalau kita buat teraweh malam ni,,yakni malam ke 19,,Allah akan tinggikan darjat kita dalam syurga firdaus..insyaAllah..

okeh hari ni agak letih...nak merepek lebih2 pun dah tak larat..aku online ni pun sambil baring,,punye lahh penaat..pagi tadi pas subuh sambung tidur sampai kul 9 suku..memang susah lah rezeki nak masuk tidur pas subuh..-.-' bangun2 terus sapu rumah sambil dikejar oleh si Tompok...-.-'

habis sapu rumah,,dengan kuasa yang ada pada aku,,aku heret si vacuum masuk dalam bilik abang aku..sekali aku intai bawah kaus,,aduhaaaiii..banyaknye harta karun...dari pukul 9 sengah sampai pukul 11suku aku bersilat sorang2 dengan vacuum tuh sambil diusha oleh si Tompok...tapi memang puas hati lahh walaupun rambut aku dah takde rupe rambut dek kerana habuk tumpang duduk tang situ...

habis bilik abang hin,,heret pulak si vacuum pergi bilik abah...baru 15 minit aku sedut habuk,,dah tak larat..sambung esok je lahh..petang nih nak pergi pejabat felda,,nak ambik slip gaji abah..pastu nak fotostat semua bende alah yang nak kena bawak waktu pendaftaran degree nanti...pastu nak hantar pergi cop pengesahan pulak..wah,,ramadhan 18 yang sibuk..chait!

aku nak habiskan kemas satu rumah by this week..senang..minggu depan tinggal nak buat biskut raya dengan tukar langsir rumah,,sarung kusyen bla..bla..bla..wahh,,baru hari ni rasa eksaited nak raya!^_^

okeh lahh..aku dah tinggal 10XP je nih..kene save energy...tataa..salam.(n.n)v

Wednesday, August 17, 2011

Tak Salah Berkawan

mood: saranghaeyo!!!!!erk?


assalamualaikum semua..!!


sangat bersyukur..rezeki nuzul al-Quran agaknya...alhamdulillah lulus jugak test kereta setelah dua kali fail...syukur sangat2....abah siap tunggu depan pagar driving skull tu lagi..terbaekk!!jpj harini pun sangat2 membantu....hensem lak aiii..keh3..habis je test tadi,,dengan semua orang aku nak menyengih...memang saranghae gile kat semua orang harini..erk..walaupun aku tak kenal diorang dan diorang tak kenal aku..-.-'

aku mintak maaf dulu kalau entry ni nanti menyentuh sensitiviti pembaca..saspen!!!whoaa...-.-'
satu lagi,,dinasihatkan korang bubuh lah sensodyne dulu kalau takut sensitif...erk???

tak payah poyolah..aku punye entri takde kene mengena pun dengan korang...it's based on my experience throughout these holidays...



kes satu:
jejak kasih antara aku dengan seorang brader kat kampung aku nih...aku kenal dia masa aku tingkatan dua kot...dia keje kat cc kat kampung aku nih...sebelah taman permainan..aku mention tempat macam korang tau je..-.-' yeahh...dia add aku kat fesbuk masa aku baru masuk utm dan dari situ bermula jejak kasih...satu hari,,lappy aku wat hal..speaker bau hangit macam baru lepas meletop!well,,tuan empunye pun meletoplah pastu..keh3 disebabkan dia je yang aku tahu pakar bab gajet2 nih,,aku pun text die,,mintak tolong bla..bla..bla..sejak tu,,aku dah start texting dengan dia and i DID treat him like a "just friend" betol2 just..ngam ngam je..-.-'tapi aku bukan yang cepat melatah..he called me s****g waktu chat kat fesbuk...sekali,,dua kali,,aku boleh consider...bile macam dah over,,bajet aku ni makwe die,,mintak itu mintak ini,,,aku pun stop texting...well,,aku dah kata aku tak suka orang desak aku....kan daaahhh...sampai sekarang aku layan BILA perlu je...

kes dua:
muka buku...hoyeaahhh...aku biasenye approve orang based on mutual friend...entah macamne boleh sesat sorang mamat yang aku tak kenal dalam friendlist aku..takpelah,,dia tak kacau aku,,aku pun tak kacau dia..-.-'..baru chat berape minit dah mintak nombol tepon...tak tahu apa yang rasuk aku,,macam tu je aku bagi...bongok tak??bongok kan??ok dia kata nak berkawan...ok lah kot...semalam je lah dia tepon aku sebab nak bagitahu tu nombol die..harini dia text aku lepas teraweh..tapi bila aku rasa macam tak de point,,aku biar je..kawan baik pun aku susah nak mesej,,inikan kawan yang baru nak kawan...sorry tapi aku memang macam ni..heheh

kes tiga:
kawan usha kawan...perghh...banyak kali dah aku terjebak..aku banyak kali minat member sendirik...dan setiap kali tu misi tergantung dan mostly tak menjadi..!!keh3...pernah jugak member aku sendirik yang aku buat main baling2 kertas,,yang aku buat geng gosip,,yang selalu ejek2 aku sampai aku nanges,,tibe2 luah perasaan kat aku..ahhhh,,lawak duhhh!!yang tak boleh blah,,aku buat tak tahu je sebab aku tak de pape perasaan kat dia...aku buat kat orang,,then aku rasa balik apa yang aku buat..-.-'



jadi aku nak gulung tiga2 kes ni..nak konklusikan yang tak salah nak kawan selagi kedua2 belah pihak rasa selesa...bila dah tak selesa,,nak kawan pun rasa tak best kan??macamana nak bagi selesa??ok yang ni aku tak telaah lagi...kalau aku,,selalunya aku lebih suka untuk mengalah tapi bila timing tak mengena,,aku lebih suka jadik yang "berapi"..huh??ade kene mengena ke??ok sebenarnya aku tak tahu macamane nak konklusikan..argghhh..aku dah sesat sangat dah ni..babai je lahh..salam.(n.n)v

psstt..hari ni aku banyak typo..cth: nak tulis 'babai' tertulis 'babi'..opsss!

Tuesday, August 16, 2011

Hoyeahhh!!

mood: hoyeaah hoyeaahh!!asal sama dgn tajuk entry??-.-'

assalamualaikum semua!

nak maklumkan yang esok merupakan kali ketiga kak sasa nak test jpj untuk lesen p kereta...sob sob sob...mintak doakan kali ni tak badi lagi macam yang sudah2 ye..semoga aku boleh dapat lesen by this friday..nanti boleh pergi buka puasa kat jasin dengan member2..:) amiin plisss..heheh

ok..lately aku macam ada masalah mental sikit dengan member...so,,aku nak dedicate satu lagu kat dia dan semua member2 di luar sana...macam salam perantau sudahh


kalau ko tak dengar,,aku bunuh kau!!erk...-.-'



semoga kapal kawan (friendship) kita akan seteguh kapal titanic...kalau tak gaduh,,bukan kawan namanya kan kan kan??

" kawan yang selalu bercakap tentang kita
ialah kawan yang selalu ingat tentang kita
kawan yang selalu bergaduh dengan kita
ialah kawan yang sayangkan kita "

ok lah..selamat beribadah semua!(n.n)v

Monday, August 15, 2011

Ibu Mertua Dan Ibu Tiri Itu 1 Geng

mood: tak eksaited sangat lah nak raya..

assalamualaikum semua!

hoyeaah hoyeaahh hoyeaahh!best kan tajuk entry hari ni..betul ke mak mertua dengan mak tiri tu satu geng..??well,,orang selalu label mak tiri tu sebagai perempuan yang garang..yang pura2 baik depan suami dia tapi bila suami tak ada,,dipijak2 nya anak tiri dia..cehh pengaruh drama melayu..

sementara mak mentua pulak digambarkan sebagai perempuan yang selalu tak puas hati dengan menantu..dan selalu dera menantu dia baik secara psychology mahupun fizikal..kira macam menantu pilihan anak tak sebanding dengan jodoh pilihannya yang tak kesampaian..aku belajar dari drama melayu okeh..heheh

nampak tak betapa se'geng' nya dua golongan nih??err..ye ke??

mak tiri yang kejam dalam sinetron BMBP..alaa..si Mama Rika tuh..-.-'

Ibu mertua yang err..tak tahu nak label apa..-.-'
 jangan nilai dulu lah beb!!kemon...zaman dah berubah..ibu tiri pun seorang manusia..seorang ibu...susah dah nak jumpa ibu tiri yang pijak2 anak tiri...tapi tak tahulah kalau masih ada scene2 ibu tiri zaman sekarang yang macam dalam bawang merah bawang putih...minta dijauhkan lah...

mak mertua??aku cuba terima hakikat yang mak mertua tu sama macam mak sendiri tapi bila darah daging aku sendiri kena macam2 dengan mak mertua dia,,aku sendiri ngeri..aku sendiri menangis wehh..tu baru dengar cerita saudara sendiri..belum lagi jadik betul2 kat batang hidung..bukan nanges sebab takut nak kahwin (belum2 lagi dah berangan..hak tuuihh..) tapi sebab sedih bila saudara sendiri diperlakukan sedemikian..kata2 tu sebenarnya lebih tajam dari pedang tau..makan dalam beb..lagi2 bila keluar dari mulut mak mertua sendiri..aigoo..

tapi tu lahh...dalam sejuta,,mungkin cuma ada sorang dua je yang macam tu...takpe,,kita jadikan pengajaran..esok lusa andai kata kita yang perempuan ni ditakdirkan jadik mak tiri mahupun mak mertua,,kita treat lah anak tiri and menantu tu macam anak sendiri..ye tak?

waahh,,hari ni aku sangat berfikiran jauh..sibuk pikir pasal mak mertua lah,,mak tiri lahh..ayoyoo..dah jauh sangat nih..ok lah sebelum aku makin merepek meraban..baik aku chiow dulu...salam!(n.n)v

pssstt..abah aku suruh aku carik anak yatim buat jadik suami..-.-'

Cuak Kebebehh..

mood: kusut


assalamualaikum semua!!

ok skang dah pukul 1.36 pagi dan aku masih kusut...memikirkan masa depan yang masih belum pasti..harapan dan impian keluarga yang tak mungkin aku pandang gitu2 je...aku tekad dan aku pasti dan aku harap...sorry beb..ayat pepagi buta memang susah nak hadam sikit...-.-'

this time,,it's gonna be a very big turning point...aku mahu jadi orang yang dipandang..aku mahu jadi kebanggaan mak abah abang kakak adik...tak mahu main2 dah..tak mahu ambil mudah dah...baik test kereta yang ketiga ni mahupun test semester degree nanti..hoyeaaahh!!:D

soal hati pulak,,gua memang dah tak geti nak soal2 nih...erk??biar aku lepaskan degree dulu...kalau ada yang memahami dan rela aku berdating dengan buku lebih dari 'dia',,lagi baguss..kalau tak,,baik tak payah kan..ok aku dah ada syarat baru untuk 10 things challenge: 10 ways to win my heart ..!!hoyeaahh!!

semoga jalanku dipermudahkanNYA..amiinn...

dah tak kusut sangat lepas bagi motivasi pada diri sendiri..hoyeaah hoyeaahh!!malam!(n.n)v

Sunday, August 14, 2011

Jejak Kasih Teraweh

mood: vacuum oh vacuum..-.-'


assalamualaikum semua!!:D
oh ni kisah yang berlaku pada malam ahad..kreeett kreeeeeeeeeeeett..*bunyi cengkerik*
malas nak mengarut sangat..dengar baik2 ok..lu langsi lu mati...erk??takde kene mengene


kisahnyaa...aku pergi teraweh macam biasa dengan mak tapi kali ni bawak sekali anak sedara kesayangan aku...si kakak nuyen...

pang pung pang pung

jejak kasih bermula antara aku dan dia...waaaaaaaaahhh..*.*
jejak kasih aku dan cikgu sekolah rendah..cikgu ruzy...hoyeahh...dia masih seperti dulu...cantik dan awet muda walaupun aku tak tahu umur dia..aku assume dia memang awet lahh..-.-'

yang bertudung merah tu cikgu ruzy,,yang bertudung putih cikgu fauziah..:)

anak cikgu ruzy namanya S and anak cikgu fauziah namanya K..dua2 member baik aku masa sekolah rendah and dua2 lelaki lah ofkos..perghh..hahahah..

dulu masa aku sekolah rendah aku sangat2 lah "jantan"..suara aku kuat selalu kena marah dengan cikgu sebab boleh dengar aku bising sampai bilik guru..-.-'
kitorang selalu main ceper,,bingo dengan pemadam kat kelas..best ouh..dan...ada satu hari tu,,di perpustakaan...........perghhh...

aku kena tangkap dengan cikgu fauziah masa aku tengah syok pijak badan anak dia,,K...!!!

apakah aku seganas sailormoon??erk?
atau powerpuff girl??haihh..
ok aku rase aku macam chichi isteri goku..-.-'
Ya Allah,,..bila ingat2 balik,,aku malu wehh,,malu sebab terlebih gangster..jangan tanya aku apa yang jadik sampai aku pijak badan K..aku tak nak cerita..!!hahahhah..erk??

apa yang berlaku seterusnya??biase lahh..kena panggil masuk bilik guru...-.-'
dan....cikgu ruzy tak tahu yang sebelum aku pijak si K,,aku dah pijak anak dia dulu,,si S..-.-'
sebab tu ah aku teringat peristiwa ni everytime aku jumpa cikgu ruzy @ cikgu fauziah..

sekarang aku dengar cerita si K sambung belajar kat University Technology Islamic College (UNITI)...diploma kejuruteraan teknologi multimedia..whoaa...gile kan??yang si S pulak kat Seremban..err..2 tahun lagi fly pegi oversea kalau tak silap..tak tahu lah sambung dalam course apa..alhamdulillah..member yang aku wat main pijak2 masing2 dah ada masa depan sendiri..insyaAllah..:)

tapi korang tak payah risau..aku yang sekarang agak "perempuan" orangnya...keh3...entah,,aku pun tak tahu nak kategorikan diri aku sendiri..:p

okehlah beb..chiow dulu.salam!peace (n.n)v

Saturday, August 13, 2011

Sebab Aku Berblogging

mood: saturday!hoyeah3..!

waahh,,nampaknye ade org follow blog aku tapi secara senyap2..aku tak dapat nak trace pun sape follower aku yang ke 98..ingatkan nak follow balik tapi takpelahh..mungkin dia taknak identitinya diketahui..-.-'

back to the topic yang kak sasa nak simpan dalam blog harini..hoyeaaahh!!sebab pe korang berblogging hah??cehh,,sibuk nak tahu...hahah

satu.
awal dulu2 masa tu aku baru habis spm..aku buat blog ni asalnya nama blog ni Dear Diary sebab aku nak simpan semua cerita zaman sekolah dalam ni..tapi sebab tyme tu aku kuat berjalan,,pergi melawat Fateh yang sakit leukemia...(alhamdulillah sekarang dah semakin ok..) pergi sana pergi sini..kodok tidur lagi,,maka blog aku terbiar sepi...ecehhhh!

dua.
dua tiga minggu kemudian,,aku tengok blog kakak aku comel gile..aku pun rasa macam nak sambung blogging balik sebab nak buat page yang lawas-lawas cenggitu..eheh..masa tu still guna nama Dear Diaries lagi sebab entry aku pun pasal aku dengan hamba Allah yang mengecewakan aku (tapi akhirnya aku kecewakan dia balik dgn bantuan Farahani Dorae)..keh3...

tiga.
makin hari aku makin matured..eh?maksud aku blog ni yang matured lahh..masa tu aku dah masuk utm..aku join Sahabat Blogger kat fesbuk and aku tengok otai2 blogger ada blog yang simple tapi ramai gile follower..(*.*)..so aku pun naiktaraf blog aku dgn macam2 isu and aku promote kat fesbuk setiap entry aku,,aku follow orang pastu aku soh diorang follow aku balik..sebab aku nak ramai follower gak..keh3..

empat.
lepastu aku jumpa "family" aku kat utm...geng2 KPG yang aku pernah cerita kat sini... then aku ubah nama blog ni jadik KPGisMe..aku padam semua kisah pahit Dear Diaries dan aku jadikan blog ni sebagai tempat aku mencoretkan semua tentang KPG...

lima.
bila foundation kat utm dah habis,,dan bila aku dah tak ada cerita tentang KPG,,aku jadikan blog sebagai tempat untuk mencari ketenangan dengan meluahkan setiap apa yang mengganggu kepala otak aku..tapi selalunya lepas aku dah publish post and aku rasa macam mengarut je apa yang aku tils,,aku akan delete balik..hampeh je...

enam.
tapi setiap hari aku akan cuba untuk update blog aku supaya aku tak mati kejung dek bosan yang melampau..lagipun aku join nuffnang...so,,aku akan update blog supaya trafik blog aku naik..nanti boleh dapat duit dari nuffnang..heheheh..

huuu..memang banyak sebab aku berblogging..aku pernah kena hentam sebab blog,,ramai orang pernah kecik hati dengan blog aku sebab aku sendiri yang mengada2 taip entry yang entah apa2..tapi aku ni blogger tegar..heheheh..lagipun andai kata aku hilang ingatan suatu hari nanti,,aku ada blog ni untuk kembalikan at least 25% daripada memori aku yang hilang..aku sayang gila blog ni sebab setiap entry yang aku post ada emosi yang berbeza...mintak maaf lah kepada sesiapa yang terasa aku menceroboh hak privasi dia atau aku terang2an mengutuk dia dalam blog ni atau terasa aku macam menggedik2 dalam blog sendiri..aku mintak maaf dehh..perghh macam nak raya daaa..huhuu..oklah chiow..salam!:D

Wednesday, August 10, 2011

Bukan Cengeng Cuma....

mood: T_T

sambung lah deyhh ayat aku tuh...cuma apa??cuma apa??takkan sebab fail test jpj pun nak nanges??kemon lahh sasa beb..-.-'

satu.
aku rasa aku dah menyusahkan banyak orang...elok2 bayar rm1100 je,,kene tambah lagi rm160 sebab retest sampai dua kali...gua bukan orang senang bhaii..walaupun orang lalu lalang depan rumah gua cakap rumah gua besar...tapi dorang tak tahu cerita di sebaliknya...arghh lantak lahh!

dua.
aku pakai duit kakak aku yang tengah sarat mengandung anak ketiga untuk dapatkan lesen tuh...memanglah hakikatnya aku cadang nak bayar balik kat dia lepas duit pinjaman aku dah masyuk nanti..still,,aku rasa aku dah bebankan kakak aku tau..dia ada family...gua reti lah jugak nak rasa bersalah bhaii..gaji die bukan utk gua beb sepatutnya..T_T

tiga.
semakin serabut bila pikir macam2 kena setel sebelum sambung degree raya kelima nanti...duit lagiii...gua reti lahh malu nak mintak2 duit dari abah n abang2 kakak2 gua beb...serius aku cakap kalau background family aku memang kaya aku tak pikir mende2 nih lah...


memang aku cengeng..aku perempuan yang senang nak tangkap leleh..dalam masa satu saat aku terpikir pasal duit,,aku akan rasa sangat bersalah pada kakak sulung aku and abah terutamanya...mak pulak pernah sampai cakap yang dia nak gadai barang kemas sebab nak bayar yuran pendaftaran aku...perghh..mane tak leleh bhaii..terus aku emel kat pejabat pendaftar mintak tangguh bayaran and alhamdulillah diorang bagi aku bayar mana yang termampu...satu masalah selesai..still,,duit tu masih perlu dan aku tak cukup besar hati nak mintak tolong kat kakak2 and abang2 aku sebab aku tahu masing2 tengah betul2 nak guna duit even diorang cakap diorang boleh tolong..

kalau korang jadik aku,,takkan korang tak rasa nak nanges bersalah kot??

punca segala kecengengan ini:

test jpj yang macam haram tadi!!!

okbai..lagi satu.selamat beribadah..assalamualaikum.

Tuesday, August 9, 2011

Aku Memang Kayu..

mood: tak pasal2..

assalamualaikum readers..:D

maaf,,aku memang tengah kayu..bukan sekarang je,,sampai bila2 pun aku kayu..pasal apa??orang treat aku macam kayu..macam aku tak ada perasaan,,macam aku tak wujud..mungkin aku yang perasan kayu?atau aku tak sedar yang orang dok meng'kayu'kan aku??atau mungkin aku terlalu lapar..erk??tetibe je..-.-'

ubi kayu pon bolleyhh...T_T

aku memang kayu tapi aku akan buktikan kat kau,,aku adalah kayu yang kau akan cari balik esok lusa nanti..errr mungkin masa kau dah tak ada kertas,,err kayu semua dah habis,,err...apa2 lah..yang pasti aku terasa kayu hari ni..duhh~~!

sebenarnya tak ada apa2 pun..tiba2 je mood macam kayu hari ni..selamat berbuka lah semua..-.-

Sunday, August 7, 2011

Facebook Medan Hinaan Indon Kepada Malaysia

mood: Ramadhan..sabar....

nasib baik aku tengah puasa dalam bulan Ramadhan..aku hormat bulan ni..kalau tak,,dah lama aku maki diorang balik!!huh??apejadah semua nih??nak tahu?






untuk pengetahuan semua,,di indon,,kita digelar sebagai 'malon','maling','anjing' dan macam2 lagi nama yang tak elok...aku tak sanggup nak baca status2 yang ada sampai habis..kalau korang nak baca,, pegi kat sini eh..sebenarnye ni group Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tapi dah tak ada rupe macam kita yang punya group je sebab majoriti yang post status kat sini adalah orang indonesia yang bertujuan untuk menghina,,mencaci...tak tahulah sape admin group nih...

kalau dalam bulan Ramadhan pun mulut kita tak dapat nak jaga,,sia2 je lah ibadah puasa kita tu kan..nauzubillah...aku dah report dah group ni tapi nampak macam tak ada apa2 tindakan pun dari si Mark tuh...ok lah semua..tak nak cakap banyak,,takut kurang pulak pahala puasa..selamat berbuka puasa semua!!..:D

Friday, August 5, 2011

Googlewalking | meoww!!

mood: member gua jadik pak sanggup kucing betine yang bersalin..keh3..

ok aku memang suke gile batak kat kucing...Mr.Gers,,pliss take note!ahahhahaha..just kidding..aku tahu ko pernah melatah kat kelas masa si blackie tibe2 panjat atas meja ko..keh3...

okeh,,let's proceed!


ni kucing parsi..bulu kembang tebal..mahal ouh kucing pattern nih..selalunye kalau orang bela pun,,masuk dalam cage je..takut kucing ni lari @ kena curik kot..aku penah jumpa kucing macam nih sondol2 pagar cage sebab nak keluar..berair mata die beb..aku pulak yang sedih..nasib baik bukan kucing aku..


yang ni kucing jenis American Shorthair..cantik kot corak2 kat bulu dia tuh..


yang ni kucing jenis Manx..kucing yang tak ada ekor..kalau ade pun seceot je ekor dia..hikhik..sexy lahh kucing tak ada ekor nih..heheh..


yang ni kucing jenis Maine Coon..kucing yang berangka besar..tengoklah tuh..kemain lagi tuan dia tahan nafas nak amik gambor kucing dia punya pasal..perghh yang ni kalau buat peluk memang syok ouh..


kucing Siam...kucing jenis ni agak skinny dan slim..and mostly bermuke lonjong tapi ada lah jugak yang muka normal..still,,nampak elegan kan kucing nih?hahahh


yang ni kucing jenis Abyssinian..kucing ni biasanya ada telinga besar and bulu dia macam kancil sikit..comel kan??nak yang macam ni lahh..nakal2 je,,piat sekali telinga dia..heheh..


ni kucing jenis Turkish Van..satu2nya kucing yang sangat suka air dan pandai berenang..lagipun bulu kucing jenis ni cepat kering kalau kene air pun...


kucing jenis Ragdoll..comel ek??


kucing jenis Birman..kucing ni spesel..mase die lahir,,muke die putih bersih..tapi lepas seminggu,,baru lah warna tu keluar sikit2..bukan warna hitam je tau,,ada yang jenis warna pink,,kuning,..comel kan??

sebenarnye ada banyak lagi jenis kucing tapi sebab aku dah ngantuk,,kita sambung lain kali eh..selamat berpuasa semua!!(n.n)v

pssstt..harini aku lulus jpj test untuk motor!alhamdulillah..:)

kredit: google..:D

Monday, August 1, 2011

Ganjaran Allah Untuk Setiap Terawih


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 
 keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 
 diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 
berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 
 memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 
 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 
 Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 
 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 
 Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 
 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 
 Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 
 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 
 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 
 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 
 Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 
 Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 
 Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 
 Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 
 Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 
 Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 
 Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 
 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 
 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 
 Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 
 Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 
 Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 
 Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 
 Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 
 Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 
 Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 
 Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

maka bersyukurlah kamu hai anak Adam...kamu mencemburui kaum Hawa kerana Allah Bagi Cuti setiap bulan termasuk ketika bulan Ramadhan sedangkan kami mencemburui kamu kerana mendapat fadilat setiap malam dengan terawihmu...

sungguh Allah Maha Adil..:)