Tuesday, January 11, 2011

terima kasih abah...terima kasih mak...

aku bersyukur dan merasa beruntung dilahirkan dalam sebuah keluarga yang lengkap.aku punyai abah dgn mak.lebih bersyukur tatkala aku dilahirkan dalam keluarga yang sudah melepasi sengsaranya hidup miskin dan susah. aku tak sempat merasai keperitan hidup pada zaman kakak sulungku. aku x juga merasa makan nasi dengan ikan bilis sahaja,,juga tak melangkah ke sekolah merentasi sungai dan danau dengan kaki yang dilitupi dengan kasut lusuh berlumpur yang dikongsi bersama adik2 yang lain. bertuah punya budak! aku lah tu. namun ketika usiaku 5 hingga 6 tahun,aku sering mengikut mak bekerja 'kongsikong' *tak nak kalah juga aku ni*. aku juga seorang yang popular di sekolah agama hanya kerana menjual keropok dan ais krim malaysia!hebat kan? ramai orang mencariku untuk membeli keropok terutamanya. hasil jualan kemudiannya aku berikan kepada mak. sebagai upah, aku diberikan 60 sen untuk dibuat belanja di sekolah agama utk keesokan harinya. aku tak diberikan wang utk skolah kebangsaan tetapi bekalan makanan sentiasa ada di dalam bakul basikalku saban pagi. masihku ingat tatkala abah mengambil upah membawa lori. senja baru pulang sedangkan seawal subuh lagi dia sudah mula menghidupkan enjin lori. ada satu hari tu, mak ikut abah pergi kerja. sampai malam masih belum pulang. apabila dihubungi, lori rosak rupanya. pada waktu itu hanya Allah tahu perasaanku. betapa aku takut kemungkinan kehilangan kedua orang tuaku. sekarang,alhamdulillah taraf hidup keluarga sudah semakin baik. 2 kakak dan 2 abangku sudah bekerja. semestinya aku berbangga dgn mereka kerana masing2 mempunyai pekerjaan yang baik2. semua orang menyangka kehidupan anak felda kehidupan yang mewah, gaji peneroka yang lumayan dan seumpamanya. salah tu! kalau mereka berada di tempat aku,,tak ada maknanya semua omongan tu. aku pernah dibekalkan wang sebanyak 10 ringgit sahaja utk bibuat belanja selama 2 bulan! bukan sekali tetapi berkali2 dan aku bersyukur sebab sudah dididik sedari kecil utk tidak boros. setiap kali mahukan wang utk membayar apa2, bukan abah @ mak yang kucari tetapi kakak sulungku kerana katika itu hanya dia yang sudah bekerja dalam kalangan adik beradikku. itukah yang dikatakan bapaku seorang yang kaya harta kerana dia seorang peneroka?? sampai sekarang pun,sekiranya aku mahukan wang, aku tidak sekali2 meminta daripada bapaku kerana sudah terbiasa mengemis simpati abang2 dan kakakku *biasanya daripada abang2 sebab diorang lom kahwin lagi.hehehe* sebenarnya aku baru dihadiahkan abah sebuah skuter sempena keputusanku yang cemerlang dalam upsr 5 tahun lalu. rupanya abah masih ingat lagi janjinya 5 tahun dulu- sebuah motor utkku sekiranya aku berjaya mendapat 5a. aku tak kisah pun sebab memang tanggungjawab aku utk belajar bersungguh2. seperti yang telah aku katakan,aku manusia bertuah di muka bumi ini kerana mempunyai abah dan mak dan hidup dalam keadaan yang bukan miskin lagi. bukan hendak bangga diri namun sememangnya aku tak betah menyusahkan kedua mak dan abah kerana perasaan serba salah mudah lahir dalam segenap hatiku. masih ku ingat ketika aku membuat keputusan last minit utk menghadiri temuduga skim pelajar cemerlang di tgb tahun lepas. malam sebelum menghadiri temuduga,baru kusedar,aku tidak punya slip gaji abah dan salinan surat beranak. aku kuatkan hati utk menelefon abah di kampung. aku katakan pada mereka tentang masalahku dan meminta tolong mereka utk memfakskan dokumen2 tersebut. pada sangkaan anda, adakah semua warga emas yang ada di felda ku tu tahu apa itu faks?abah dan mak,dua2 tak tahu.aku faham dan mula rasa menyesal kerana sudah menyusahkan mereka tatkala mak menenangkan aku dgn berjanji utk berusaha memfakskan dokumen2 tersebut walaupun dia sendiri tidak pernah melihat mesin faks tu bagaimana bentuknya. disebabkan rasa membebankan mak dan abah,terus aku katakan,"tak apalah mak kalau tak dapat. nanti sasa cakap dgn kaunselor. dia mesti faham punya. naik cuti nanti je lah sasa hantar dokumen tu kat dia ye mak".selepas memberi salam, talian kuputuskan dan air mata mula membanjiri pipiku. betapa aku merasa bersalah kerana telah menyusahkan mak dan abah. esoknya,abah telefon,mengatakan bahawa semua yang diminta telah difakskan. disebabkan pertolongan mereka juga, aku telah ditawarkan utk menyambung pengajian di utm skudai 2 hari lagi. terima kasih abah, terima kasih mak!:")


3 sahabat mencelah:

amier said...

Kau nak pergi ke utm Tu?Ko Kn Nk jd lawyer..???

Mrs. Caspian said...

ape leh buat...mungkin ni yg terbaik utk aku...

amier said...

Weyh..Kau nak aku ceramah Kau ke?Jgn Gi Syeza if x minat,Jgn Pegi..