kita tak tahu dan tak akan jangka masa depan yang kita pertaruhkan. entah dapat entah tidak kita capai impian, cita-cita dan harapan kita esok. percaya atau tidak,itulah yang aku sedang pertaruhakan pada saat dan ketika ini. dulu,dalam fikiran hanya ada dua perkataan; peguam atau doktor. abah bersungguh mahu aku menjadi seorang doktor namun hatiku bulat mahu menjadi seorang peguam kerana kecintaanku terhadap dunia perdebatan. takdir Allah mengatasi segala-galanya. di sini,di utm skudai yang tak pernah terjangkau dek akalku,tempat bermulanya kehidupanku sebagai pelajar ramalan (gelaran student senior kpd student express mara) yang bakal bergelar seorang jurutera. kalaupun aku menolak kursus ni,yang ada utk aku pilih hanyalah subjek sains tulen sahaja. bunyi macam lawak namun itulah yang sedang aku lalui. kehidupan di universiti bukan seperti yang kita mahukan 100%. ini bukan lagi sekolah rendah ataupun menengah tapi ini adalah jambatan gantung yang kayunya sudah mereput. sekali kita tersilap melangkah, jatuhlah dalam gaung.tapi, kalau langkah kita penuh teliti dan berhati-hati, insyaAllah destinasi yang bakal kita lintasi menghadiahkan pemandangan paling manis dalam hidup.wah!syoknya!!!berbalik kepada kisah yang bakal aku ceritakan tentang kehidupan sebenar di alam lewat remaja.
ORIENTASI
hari pertama mendaftar,aku macam apa entah. hati berbelah bahagi. mak menangis menitiskan air mata. abah menghantarku dgn pandangan yang penuh pengharapan- berharap anaknya ini selamat dan berjaya. aku hanya tergelak mengesat air mata mak,sedangkan dalam hati hanya Allah yang tahu. sampai saat aku menaip ni pun,,masih terasa sayu dan sedih. apatah lagi selepas membaca blog nabil .wah, aku yang kental ni boleh jadi melankolik pula! lepas tu ada sesi suaikenal. aku satu kumpulan dgn nordin sopee. kumpulan kami memang gempak dan sgt seronok!!!!hahaha..itu yang nak dijadikan cerita sebenarnya.
KOLEJ TUN HUSSEIN ONN
utk pengetahuan semua, pelajar ekspress mara belum layak digelar mahasiswa utm lagi. kitorang digelar pelajar forecast yang bermaksud ramalan. almaklumlah, keputusan spm belum keluar dah sibuk nak jadi mahasiswa kan. okey,ceritanya macam ni. bila orientasi dah habis, kitorang dah kena bawak diri sendiri. pandai-pandailah nak hidup kat kampus ni. jadi,pagi ahad tu aku dgn budak bilik ni pun turun kafe merbau kat kolej tun hussein onn ni. utk pengetahuan semua, kat dalam utm ni ada 13 kolej. 1 kolej memang ada banyak blok utk penempatan pelajar. kolej ni kira macam asrama lah. lengkap dgn kafe,dewan,surau dan semua kemudahan lain. satu blok ada byk tingkat dan yang seronoknya tak payah susah2 panjat tangga sampai urat pinggang terputus sebab kat setiap blok ada lif walaupun lif agak slow tapi boleh tahan lah juga kan. setiap bilik ada 2 penghuni dan budak bilik aku tu bekas pelajar mrsm serting. siti nur rahhmah nama dia. sambung cerita, hari ahad tu sangat lapar sebab bangun tidur pukul 10 kot sebab malam semalamnya balik bilik pukul 2 gara2 senior2 yang uruskan program orientasi tak kasi balik awal.. pagi tu kitorang pun turun pergi kafe kat ktho ni. terlupa pulak yang kitorang ni bukan kat asrama sekolah lagi kan. pakcik yang jaga kafe tu suruh order nak minum air apa. kitorang pun minta lah air yang dah siap kat kaunter tu.lepas tu pakcik tu pelik tgk kitorang tercegat kat situ. dia pun cakap,"adik, lepas order boleh terus duduk sebab nanti ada pekerja yg akan hantar air tu kat meja korang." haha..buat malu je. malam tu cuba lah pergi kafe kat kolej sebelah pulak.kafe cengal nama dia. sekali tengok banyak gila orang!aku dgn nor pun menyorok kat belakang tiang malu punya pasal. dalam 10minit lepas tu baru lah kitorang masuk kat kafe tu.hahahah.freshie lah katakan. ramai sgt orang. ada mat saleh,org indon,org negro pun ada. almaklumlah,utm ni memang ramai student foreigner. dah lama2 tu, malu tu pun hilang bila makin ramai budak forecast join makan kat kafe cengal tu.
KULIAH
hari isnin,hari pertama sesi kuliah. pukul 7 lagi aku dgn nor dah bersiap nak pergi bus stop kat depan blok.utm ni besar. boleh sesat kalau tak tahu jalan. dgn berbaju kurung, aku dgn nor pun tunggu bas. sampai pukul 7 sengah bas tak sampai2 lagi. abang2 dgn kakak2 senior ramai yang dah lalu lalang naik motor. ada juga yg naik kereta sendiri. satu kereta seorang pun tak reti nak tumpangkan kitorang yanmg baru lagi kat sini.ceh! jadi,aku dgn nor dan beberapa org lagi budak forecast pun berjalan utk ke kelas. hari pertama dah skema pergi awal2! dalam 15 minit tu kitorang pun sampai kat N24,bilik kuliah 6.nasib baik sampai awal,bolehlah duduk depan. skema lagi!hahaha. hari pertama profesor ramai yang tak masuk. ada yang masuk pun tak mula belajar lagi. biasalahh kena berkenal2 dulu. seronok sebab profesor semua lawak2. lagi2 dr. ismail kamis. memang syok belajar dgn beliau.wah!!!haha...sampai waktu makan tengah hari dalam pukul 1,kitorang dilepaskan utk makan dan solat. aku beli nasi,lauk ikan keli,sayur, dgn air milo ais. total = RM4.60!!mahal gila kot! duit mara masuk lagi sebulan. buku byk kena beli.mahal pula tu!kalau sehari makan rm10,sebulan dah rm300!!!nak mati apa??!!jadinya,aku dgn nor pun pasang strategi baru;hanya nasi + telur goreng = rm1.80. air??bawak air mineral sudah!biasalah, bukan percuma bila kita dah masuk alam universiti kan. kehidupan yang dulunya agak mewah kini berada pada paras berjaga-jaga!haha. aku ada cerita lagi pasal sesat tapi sekarang dah masuk waktu maghrib jadi kita bersambung pada entry berikutnya ek!!!hee~
3 sahabat mencelah:
haha.
ko tggu je la ak ad blog nnti.
skrang ni leceh nk coment2.hakhak.
go0dluck la yep.keh3~
LL.:)
Rm4.60 mahal?
Okaylah tu.
Kat Jusco ni Nasi Goreng Pattaya (tukang masak Bangla dan tak sedap pun)harga rm7.30.
Rm4.60 tu mahal keeeee?
sebab dh biase mkn free..:(
Post a Comment