kalau kita malu untuk bertanya, sesungguhnya kita merupakan orang yang bodoh untuk selama-lamanya.
tetapi kalau kita banyak bertanya, kita hanya akan kelihatan bodoh pada waktu itu sahaja.
~Dr. khaidzir, pensyarah fizik 1~
hari tu hari pertama sesi kuliah. secara kebetulan, ada 2 jam masa yang tiada kelas. nor pun minta aku temankan dia utk ke bangunan sub untuk mengepos surat perjanjian mara terus ke rumahnya di seremban. waktu dalam perjalanan pergi tak ada masalah sangat pun tapi masa nak balik ke N24 semula, aku dgn nor boleh nyanyuk pula. jadi, kitorang pun konon-kononnya nak ikut sekumpulan budak lelaki kelas kitorang lah yang sama2 pergi mengepos kat sub tu. nak dijadikan cerita,salah seorang budak lelaki ni perasan yang kitorang memang tengah ikut diorang.utk menutup keseganan akibat asyik dipandang2 oleh budak2 lelaki terbabit,aku dgn nor pun cari jalan sendiri macam kitorang ni pasti je jalan yang kitorang lalu tu jalan yang betul. nasib betul2 menyebelahi. kitorang jumpa jalan yang kitorang lalu masa nak ke sub tadi. lagi menarik, bila kitorang toleh belakang, rupa-rupanya budak2 lelaki tadi pun ada kat belakang kitorang. sampai kat satu lorong ni,kitorang dah tak ingat nak lalu mana jadi kitorang pun tanya kakak yang ada kat situ. budak2 lelaki yang tadinya kat belakang kitorang pun gelakkan kitorang sambil jalan dgn yakinnya. lepas tu, aku dgn nor pun ikut jalan yang akak tu beritahu walaupun kitorang tak faham sgt pun apa yg akak tu cakap. untuk mengelakkan ketidaksesatan, kitorang pun ikut lah budak2 lelaki tadi tu. sampai kat satu lorong, tiba2 diorang lesap!kurang asam betul! aku dgn nor pun cari jalan sendiri. dua tiga kali kitorang pusing2 tempat yang sama tapi tak jumpa2 bangunan N24. aku pun ambil keputusan untuk bertanya kepada seorang kakak senior yang sedari tadi meng-usha kitorang. akhirnya,sampai juga kat tempat yang dituju. masuk2 kelas je, budak2 lelaki tadi tu menggelakkan kitorang sambil berkata," baru jumpa jalan kebenaran ke?"aku dgn nor cuma tersengih je lah. alhamdulillah, hari ni kalau ada orang lain tanya jalan pergi ke bangunan sub pun,aku bukan setakat boleh tunjuk arah,iring sekali sampai tiba di bangunan sub pun aku boleh!wah,sedikit riak di situ!
aku ada lagi satu kisah menarik sewaktu minggu orientasi. program orientasi tu berlangsung di dewan merbau. di sebelah dewan pula ada kedai koperasi. yang tak tahannya,setiap kali aku nak pergi kedai tu je,mesti dah tutup. ada satu hari tu, aku keluar ikut pintu depan dewan merbau dan masa tu, kedai koperasi masih buka.aku pun berlari pergi ke pintu kanan dewan sebab kasutku diparkir di situ. bila aku sampai kat depan pintu dewan merbau semula, kedai koperasi yang tadinya terbuka luas, dah tutup siap berkunci mangga besar lagi!aduhai, makcik koperasi ni memang nak boikot aku agaknya. sampai ke hari ni, genap seminggu aku duduk kat utm ni, tak pernah aku masuk dalam koperasi tu lagi dah. siapa suruh mak cik tu boikot aku!
haaahh!!ni ada lagi satu kisah yang dr. khaidzir cerita semasa kelas fizik tempoh hari. dalam sebuah kapal besar, ada ramai penumpang dari bermacam2 negara. dalam perjalanan, ribut melanda dan kapal hampir karam. maka si kapten kapal pun mengarahkan orang putih untuk membuang mana2 barang yg mereka bawa. orang putih buang semua kereta ferrari yang dibawa.
"tak sayang ke nak buang kereta ferrari??"tanya kapten kapal.
"tak apa. di negara kami ada banyak lagi kereta ferrari."
mereka pun meneruskan perjalanan. ribut melanda lagi dan kali ini, orang indonesia pula diarah untuk membuang mana2 barang yg mereka bawa ke dalam laut. orang indon pun membuang kesemua kain batik yang mereka bawa.
"tak sayang ke nak buang kain batik?"
"tak apa, di indonesia ada banyak lagi kain batik"
tiba2 ribut melanda lagi.kali ini orang malaysia pula diminta utk membuang barang2 mereka. orang2 melayu dgn yakinnya membuang kesemua orang indon yang ada di atas kapal tersebut.
"kenapa buang orang indon masuk dalam laut?????"
"tak apa, di malaysia ada banyak lagi"
hehehehehehhhheeeee.....
besar tahu utm ni sampai tersesat |
tak cukup besar lagi?? |
nak besar mana lagi????? |
2 sahabat mencelah:
sbagai sorang shabat ak bkan jer suka kutuk2 kau tapi ak jgak suka kasi nasehat kat kau.haa..
cik kak!!
kasi prenggan cket la lam kau nye blog neyhh.
ape gune cikgu bm ajar kau buat prenggan tapi lam blog kau xbuat??haha.sbenarnye,ak pening jep tgok xde prenggan lam blog kau.
kahkahkahXD
:P..nyway,thanks..well,,i'll take that as a compliment..hahak
Post a Comment