Saturday, January 22, 2011

oh, bulaaannn...

aku adalah diri aku. bagi orang yang sudah masak ranum dan garing dgn perangai dan kerenahku, mereka tidak akan pelik berkawan denganku. bagiku,menjadi diri sendiri itu merupakan suatu penghargaan yang tidak ternilai daripada diriku kepada diriku sendiri. sekarang aku begitu merindui keluarga tercinta, teman2 tersayang, yang dulunya menjadi tempatku mengadu itu dan ini. sesungguhnya kehidupan di alam universiti menjanjikan pemikiran dan perubahan ke arah sesuatu yang kita sebut MATANG. wah, akukah ini???heheheh...

dalam tempoh hanya sebulan selepas sesi persekolahan,macam2 peristiwa terpalit dalam diari hidupku. gembira, suka, sedih, kecewa, terkejut, bahagia. tiba-tiba terasa begitu kepingin utk menikmati enaknya masakan dewan selera sambil mendengar leteran warden. alangkah ruginya aku kerana tidak menghargai semua itu tatkala aku masih lagi berpeluang untuk berbuat demikian. di sini,segalanya perlu bijak untuk diatur. tidak aku nafikan kadangkala aku turut leka mengejar ilmu dunia sehingga aku alpa tentangNya. lantas aku sentiasa perlu mengingatkan diriku sendiri kerana tiada lagi ustaz azizul mahupun ustaz hambali untuk sentiasa mengingatkan. juga tiada rakan2 badan dakwah utk mengejutkan tatkala aku terlena. sekarang aku lah warden, aku juga lah badan dakwah yang perlu sentiasa menyedarkan diriku sendiri.

sahabat sejati sentiasa di hati. wah,iklan ali kafe gitu! sebulan yang lalu,aku mempunyai beratus2 kawan tapi hari ini aku hanya punyai tidak lebih dari 30 org kawan di sini. kalau aku nak ke mana2 pun, aku hanya ada kawan sebilik sahaja untuk diharapkan sudi menemaniku. *nada melankolik* itupun kalau dia ikut kakak nya yg turut sama menuntut di sini,aku tinggal seorang. alangkah aku merindui keriuhan gelak tawa bersama sahabat2 tgb..

~langsir bilik terbang!ohh,lupa nak tutup tingkap...~

maaflah,malam2 macam ni memang seronok buat sesi luahan perasaan. hakikatnya, aku mengaku ke-homesick-an aku..dengan bermacam masalah membelit benakku, aku kuatkan semangat untuk teruskan perjalanan yang aku sendiri mulakan. tadi aku hampir berputus asa tatkala aku mengalami kesukaran utk memahami subjek kalkulus membuatkan aku mengajak nor ke pesta u sejauh 10 minit perjalanan. berjalan pada waktu malam memang menenangkan. entahlah. mungkin aku perlukan sedikit rehat. mungkin esok merupakan waktu yang paling sesuai utk berfikir.*alasan*

tiba2 terasa hendak menyanyi. hai cengkerik,berdampinglah dan berduetlah dgnku!!



2 sahabat mencelah:

Unknown said...

ustaz Azizul ngan Ustaz Hambali da takde sekarang,,

Ustaz Amirul pulak ada tiap2 jumaat.

X)

Mrs. Caspian said...

hahahah..betol gak..ensem pulak tuh..