hari ini hari jumaat, penghulu segala hari..sayyidul ayyam...:) aku habis kelas fizik makmal agak awal daripada waktu yang ditetapkan. dalam pukul 340 petang macam tu aku, anis, farahani dgn noer pun pergi ke perpustakaan sultanah zanariah bersama payung di tangan kanan, beg di bahu kiri.(wah, mahasiswa gitu!) hari ni alhamdulillah kami tak sesat2 lagi dah..dah pakar dah ni!hahah.. sampai kat PSZ tu,kitorang pun pergi ke tingkat paling atas,tingkat 5 kalau tak silap. pusing punya pusing,tak jumpa pun buku rujukan fizik yang dr. rahman suruh cari tu.banyak benar buku tebal2 kat situ...boleh juling biji mata.. silap2 haribulan terjojol biji mata tengok buku2 kat situ.. dalam 15 minit macam tu, aku dgn budak2 ni pun turun bawah ke pusat komputer. hendak dijadikan cerita,semasa hendak pulang, tiba2 datang seorang pelajar asing perempuan. berdasarkan pengamatanku, dia bukan seorang british sebab pelik betul loghat inggeris dia. disebabkan dia menerpa kami secara tiba2 dan terkejar2 kan sesuatu, satu patah pun perkataan dia farahani tak dapat tangkap. rupa2nya dia nak pinjam pen. aku pun keluarkan pen yang memang kebetulan ada dalam kocek seluar dan hulurkan pen tu kepadanya.
"are you going to stay here for a few hours more??"
"no,i'm going back to the hostel"
"then,where can i find you if i want to return your pen?"
"no,you dont have to. just take it"
"oh,very kind of you. thank you. thank you so much"
"no problem at all!:)"
perempuan berbangsa asing tu pun berlalu. seperkara lagi, perempuan yang aku gelar minah salleh tu beragama islam sebab dia bertudung dan berpakaian menutup aurat. di sini aku bukanlah hendak berlagak baik tetapi aku nak beritahu yang aku memang baik..heheheh..tak, sebenarnya aku rasa puas dan seronok selepas membantu perempuan tersebut. semoga setiap dakwat yang digunakan membawa seribu keberkatan kepadanya dan diriku juga. walaupun aku sayang pen yang telah aku berikan kepadanya, namun itulah adab memberi hadiah; menghadiahkan barang kesayangan kita.
tebal tak?? |
ni baru buku kimia |
0 sahabat mencelah:
Post a Comment