Success is a journey, not a destination
tatkala ungkapan tersebut menjengah ke telingaku, tusukan yang mampu kurasakan begitu menggetarkan hati. baru aku sedar betapa selama ini aku memegang matlamat yang salah. sedari dahulu, satu yang aku impikan-dapatkan keputusan yang cemerlang untuk mendapatkan tiket belajar ke luar negara! terima kasih kepada pensyarah yang telah menyedarkanku atas kejahilanku. beliau telah membuka mataku bahawa kejayaan bukanlah sesuatu yang perlu untuk aku tayangkan kepada 1 dunia tetapi 1 kesedaran betapa kejayaan itulah yang menjadi titik bermulanya pengembaraanku yang sebenar. ia bukanlah suatu matlamat atau alasan untuk aku belajar sehingga ke luar negara. untuk apa semua itu seandainya tujuanku menuntut di luar negara hanyalah untuk menunjuk-nunjuk? apa yang aku mahu buktikan kepada dunia sebenarnya???
maaflah sekiranya nukilanku kali ini membuat mana2 pihak terasa namun setiap yang lahir dari hatiku ini merupakan refleksi diriku semata2 kerana aku pernah menyesali takdirku hanya disebabkan aku mendapat tempat di dalam negara sahaja. jahilnya aku ketika itu. namun,itu semua ketika fikiranku masih keanak-anakkan. berpegangkan kata2 di atas itulah yang membuat aku kembali menjadi realistik. atas kesedaran itu jugalah, niatku kini hanya untuk menuntut ilmu dgn ikhlas supaya aku mampu berkhidmat kepada keluargaku, kaumku dan negaraku kelak. dan alhamdulillah,urusanku dipermudahkanNYA. aku mampu memahami segala yang aku pelajari meskipun aku mengambil masa untuk itu. yang paling penting, aku punyai kakak2 yang begitu memahami dan banyak membantu serta memberikan semangat yang membuat aku tidak lagi menoleh ke belakang. benarlah, ada hikmah di sebalik setiap sesuatu dan hikmah tersebut hanya diketahui olehNYA. siapa tahu sekiranya aku berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara,aku tidak kuat untuk mempertahankan agamaku dan imanku?mungkin juga aku menjadi lupa diri dan menjadi angkuh dek kerana dikaburi duniawi?astaghfirullah..
pagi tadi aku dimaklumkan oleh pembantu penghulu kemungkinan kami semua terpaksa mengikuti kem anjuran fakulti sains sama ada pada hari sabtu ini atau sabtu depan. doa2 sangat bukan sabtu depan sebab aku rindu sgt sama keluargaku terutama mak dgn abah. setiapkali aku keseorangan, air mata begitu mudah mengalir. tekanan yang aku terima membuatkan aku menjadi sangat sensitif sejak dua menjak ni. namun, cepat2 aku ingatkan diriku sendiri untuk tidak mengeluh kerana setiap keluhan hanya akan membuat aku mudah berputus asa sahaja. satu sahaja di fikiranku, biarlah aku merana selama 4.5 tahun ini untuk mendapat kesenangan selepas itu daripada aku bersenang2 selama 4.5 tahun ini kemudian merana selepas itu. aku tidak mahu berjanji namun aku sangat berharap aku dapat melakukan sesuatu untuk membalas jasa ibu bapaku, kakak2ku dan abang2 ku yang telah begitu banyak aku bebankan. permudahkan urusanku, ya Allah....
3 sahabat mencelah:
Macam pernah kenal?
haha, blogwalking, TERjumpa kau =)
wah, selamat berjaya la kawan =) aku doakan kau doakan aku balik.
u too man!!aku nk jumpe ko 10 thn lagi dgn ketinggian yg lebih dahsyat daripada skang..hahaha
Post a Comment