tatkala jejariku menari-nari di atas keyboard notebook kesayangan ini, hujan masih lagi belum jemu membasahi bumi. kata orang,hujan pembawa rahmat. mudah-mudahan~
di saat aku bersendirian di dalam bilik, bermacam-macam isu bermain di benakku. memikirkan mak dan abah di kampung,hati begitu mudah terasa sayu dan syahdu. mahu menelefon sekarang, bimbang mak tiada di rumah. sibuk dgn undangan perkahwinan mungkin. dulu, semasa aku menuntut di jasin,tidak pula rasa keyoyon begini. keyoyon?oh,itu perkataan baru yang dicipta oleh bos besar merangkap abahku suatu ketika dahulu.heheh
tadi aku singgah ke facebook utk mengikuti perkembangan kawan2 seperti kebiasaan. aku dapati seorang sahabatku baru sahaja mengaktifkan akaun facebook nya. teman2nya sudah mencapai angka 102 orang dalam tempoh seminggu! si dia dulunya merupakan sahabat baikku. kami begitu akrab sehingga berlaku suatu peristiwa yang merubah segala-galanya. berakhirnya peperiksaan spm umpama pengakhiran hubungan persahabatan yang dimeterai selama 2 thn. ketika itu, dia masih belum punya facebook jadi kami terputus hubungan begitu saja apabila dia tidak lagi mengaktifkan nombor telefon celcomnya. aku berteka teki sendiri,'bermusuhkah kita?'
setelah sebulan setengah tidak mendengar khabar berita,tiba2 dia muncul di alam maya. dia menambah kesemua teman sekelas kami kecuali aku.sebagai penyedap hati,aku memujuk hatiku sendiri. mungkin dia tidak menemui aku di facebook dek kerana aku sudah jarang online. dia turut memberi komen terhadap gambar kelas dan menyapa semua teman sekelas kami kecuali aku. ketara sungguh! aku tertanya2,'bermusuhkah kita?'
sehingga ke hari ini,dia tidak juga menyapaku mahupun menghubungiku. kalau benarpun dia sudah tak mahu berkawan denganku, cukuplah sekadar berkata 'hai' walau sekali cuma. setidak-tidaknya aku tahu kami tidak bermusuh. egokah aku kerana tidak bertindak untuk menyapanya terlebih dulu??bukankah memberi itu lebih baik daripada menerima??salahkah jika aku yang memulakan rentaknya??dulu aku yang menasihati teman2ku untuk beralah dalam perbalahan tapi aku sendiri bagaimana??
aku adalah diriku bermakna aku kenal hatiku. kesimpulannya,aku akan tunggu dan lihat. noktah.
5 sahabat mencelah:
relax okeyh...
kawan sorg hilg, seribu dtg..
jgn krne sorg kwn yg mgkin da lupe@xmau kwn ngn kte lg kte rse down..jgn..let it be..&& mungkin 1 ari nti dye akn carik kite balek..so..chill okeyh!!
hahaha..thanks sis..u r relly a true friend of mine..:)
jgn la sedih2......setuju dgn comment pingu..:)
i mcm kenal jelah orang yang u cakapkan nie..U have a very bad habit u know...u like to take all the blame for urself..have u even terfikir tak bahawa dia tak add u b'cos dia rasa u akan ignore dia.. ataupun dia tak nk u terganggu wif ur studies.... ari tu aku terserempak ngan die n ko takkan percaya apa yang dia cakap..
nice..
Post a Comment