Sunday, January 30, 2011

Mimpi buruk setiap insan bernama wanita...


pagi tadi aku mengikuti kakak sulungku melawat sahabatnya yang baru selesai menjalani pembedahan akibat penyakit barah payudara yang dihidapinya. meskipun dilimpahi dgn senyuman, namun itu masih belum cukup untuk menutup kesedihannya. aku dan kakakku mencuba sebaik mungkin untuk tidak menitiskan air mata. berat mata memandang,berat lagi bahu yang menggalasnya. sungguh tabah si penghidap. tidak dapat aku bayangkan andai aku di tempatnya. nauzubillah.. dapatkah anda semua bayangkan rasa sakitnya bahagian itu seperti dihiris pisau yang tajam??aduhh..sedangkan jari terhiris tak sampai 1 inci pun sudah menjerit kesakitan,bayangkanlah bahagian yang sensitif itu rasanya bagaimana??kaum adam,anda juga tidak terkecuali daripada penyakit ini!!

untuk pengetahuan anda,setiap orang berpotensi mendapat penyakit ini. yang membezakannya adalah sama ada ketumbuhan itu aktif ataupun tidak sahaja!jadi,aku rasa terpanggil untuk berkongsi dgn anda semua antara tanda2 penyakit barah payudara (sumber- www.wanitakini.org ):

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

berdasarkan cerita sahabat kakakku itu juga,dia hanya merasakan sakit di bahagian payudara setiapkali datang bulan sahaja..aku juga berminat untuk berkongsi mangsa2 yang berisiko menghidapi penyakit ini:

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.


untuk kaum adam,,anda mungkin boleh tengok website ni... http://www.sihatselalu.com.my/2009/03/barah-payu-dara-lelaki.html

sama-samalah kita memberi perhatian terhadap perkara ini terutamanya kepada kaum wanita kerana ia sentiasa mengejar kita. semoga Allah menjauhkan kita semua daripada penyakit ini dan semoga diberikan kekuatan dan ketabahan kepada sahabat kakakku dan semua yang diuji sepertinya. amiiinn....

15 sahabat mencelah:

Lelaki Ini said...

errr!!!
sgt2 takot!!

Mrs Caspian said...

hmm..betol3..gerun kann..

armouris said...

info tentang barah payudara di SIHAT SELALU - Pengesanan Awal Barah Payudara

Mrs Caspian said...

oohh..ok3...thanks 4 sharing..:)

Along Usop said...

lelaki pon boley kene.. T.T

~p!ngu~ said...

rase mcm nk nges sbb tkot sgt!!!!
waaaaa...mtk dijauhiiii...tatoooottt..=(((

Mrs Caspian said...

along: yup..lelaki pon berpotensi tp risiko x tinggi mcm kaum hawa..:)

Mrs Caspian said...

awin: takut ekk..family kite harap2 x de baka barah nih..amiinn..

Azi Jasmine said...

tkotnye..kita berdoa mudah2an d jauhi..

Mrs Caspian said...

amiinn..:)

Novelgurl said...

Assalamualaikum

takutnya...
nywy tq 4 sharing^^

Mrs Caspian said...

no biggie..:)

k_Own said...

pompuan je kan y ada cm nih..

laki sikit je..

sian laki... huhuuu

Mrs Caspian said...

ape yg cian kat laki nye???adoiyaii..hahaha

Yuni Aisyah said...

takutnya kena barah..huhu..nice info..:)