Friday, March 18, 2011

Inilah kisah sedihku



kepada yang berminat,,bolehlah klik banner ats ni utk prosedur contest ekk..:)

Memang aku Ummi Hurairah

Sejak sebelum aku dilahirkan ke dunia ini lagi, mak dan abah sudahpun memelihara kucing di rumah kami. Tak hairanlah aku pun turut mewarisi sifat abah yang begitu menyayangi kucing. kalau orang lain ada penyakit keturunan, begitu jualah dengan keluargaku. kesemua abang2 serta kakak2ku dan adikku begitu sayang akan haiwan ciptaan Allah ini. maka sifat yang sama diwarisi apabila lahirnya cucu2 bapaku yang merupakan anak2 kakak sulungku merangkap anak2 saudaraku (-____-")*ni dah macam bukan kisah sedih je. cer citer,,cer citer. klon,,pinjam tagline sat!*

***********************************************************************

kehadiran Gary yang cerdik telah menambah keriangan dalam rumah anak-anak Jamaludin. dia kucing yang cerdik. tanda M di dahinya begitu unik,bukti kekuasaanNya. Subhanallah~ 

nampak tak tanda M kat dahi dia?

tatkala kedengaran azan subuh di masjid, setiap kali itulah juga Gary akan mengiau, menyeru seisi rumah mengerjakan solat pada waktunya. Gary jugalah yang pertama untuk menyambut sesiapa yang bertandang ke rumah. bagaikan penyambut tetamu lagaknya. apabila malam menjelang, dia akan keluar sendiri seolah2 dia bertanggungjawab menjadi pak guard di rumah kami. dia tidak takut dengan sesiapapun malah ketika jiran di hadapan rumah kami mengadakan kenduri kahwin, dia turut sama mengikut abah melapah daging. dan sejak itu jugalah, dia menjadi terbiasa untuk berulang alik dari rumah kami ke rumah jiran hadapan.

meskipun usianya semakin meningkat, dia masih cergas dan kuat bermain. anak saudaraku begitu geram melihat telatahnya sehingga ditariknya ekor Gary dan dipusing2 kan seperti bermain helikopter gamaknya! dia kucing yang mengenali tuan rumahnya, maka tidak pula dicakarnya anak saudaraku itu. pun begitu seminggu dua jugalah dia mengambil masa untuk pulih daripada kesakitan akibat ditarik ekornya.

Gary bagaikan teman yang selalu ada ketika tawa mahupun duka. seolah2 memahami perasaanku yang walang setiapkali aku ditimpa masalah, dia akan menyusup masuk ke dalam bilik yang aku huni dan terus memanjat ke atas katil. aduh, kau memang kucing yang unik! suatu hari, aku dimarah teruk oleh mak. kebiasaannya akan aku lepas kesedihan dengan membaling bantal atau menghempas pintu. namun sinar mata Gary ketika itu bagai meminta aku menghambur segala kesedihan padanya. biar orang kata aku gila namun aku puas selepas aku menceritakan segala2nya kepada Gary. biarpun tiada satu patah perkataan pun daripadanya, aku berasa sangat lega.

keputusan UPSR ku yang cemerlang telah membawa aku jauh daripada Gary.setiap kali aku menghubungi abah di kampung, pasti akan aku tanya tentang Gary. khuatir kalau2 abah dan mak membuangnya. 

kusangkakan panas berpanjangan~
rupanya gerimis,,rupanya gerimis mengundang~

tersekat kerongkongku tatkala aku mendengar bait2 yg keluar dari corong telefon. Gary akhirnya pergi meninggalkan kami. kata abah, pagi sabtu itu abah hendak ke kebun seperti biasa apabila abah terlihat bangkai kucing terlentang di tengah jalan. kepalanya hancur! abah tersentak tatkala warna bulu bangkai kucing tersebut serupa dengan warna bulu Gary! ketika itu yang ada di rumah hanya mak, abah, kakak dan adik. adik beradikku yang lain tidak pulang bercuti di rumah. menurut abah, Gary terlentang dgn kepalanya menuju ke rumah kami. abah pun berasa pelik kerana tidak kedengaran suara Gary mengiau2 mengejut abah untuk mengerjakan solat subuh seperti biasa. rupanya Gary tak sempat pun menyeberang jalan. mungkin dilanggar ketika azan subuh berkumandang......

kata abah,,menitis air matanya ketika dia menanam tubuh kaku Gary. adik menangis, kakakku,awin juga menangis. aku yang dari jauh juga turut menangisi pemergian Gary berhari2. Gary yg lincah menggonggong tikus di mulutnya, Gary yang tidak membuang najis merata2, Gary yang tidak suka dibelai tapi suka bermain, Gary yang begitu menenangkan...............

meskipun setelah itu kami didatangi kucing2 yang comel2, namun tiada lagi yang seperti Gary.

yang patah memang tumbuh,,
yang hilang memang berganti,,
namun aku masih dambakan yang patah dan yang hilang itu..

kini, sudah 5 tahun Gary pergi meninggalkan kami. kucing2 yang lain juga begitu. tangisan demi tangisan tak dapat aku tahan setiap kali kucing2 di dalam rumah mula berkurangan. semalam aku menonton video seekor kucing bernama hero (klik sini kalau nak nangis tengok kucing tu) yang dipotong kedua2 kaki depannya akibat mencuri ikan di sebuah restoran. menitis air mataku melihat kucing yang tidak punya akal itu dizalimi oleh manusia yang dikurniakan akal fikiran dan perikemanusiaan. acapkali aku dipandang jijik kerana membelai kucing2 jalanan yang kata mereka mungkin ada kurap namun aku biarkan kata2 itu berlalu dipuput angin. biarlah apapun persepsi orang. itu hak mereka. tapi aku memang ummi hurairah (ibu kucing-gelaran kepada abu hurairah kerana sayangnya terhadap kucing).

ni nama dia bulat

ni nama dia ujang

ni nama dia awie


***********************************************************************

kisah ini mungkin sedih bagiku. andai tak sedih bagi pembaca semua, dun worry be happy! terima kasih kepada tuan pemilik contest ni sebab dengan kewujudan contest ni lah,,aku dapat mengenang kembali Gary yang kukasihi bukan untuk dapat hadiah atau apa2pun tp kalau dapat tuh kira rezeki lah kan..hehehe..(chait~ayat tak menahan lolz!)

jadi, sekarang aku nak tag:




sekiannnnnnnnnn....:)


4 sahabat mencelah:

suriasuri said...

waaaaaaaaaa...cedey.....hukhuk...

mAa said...

=( sedey!

mAa said...

=(

Adib RY said...

sama2...
=(... sedih2... sme lah kite.. adib suke kucing jgak... adib prnh mnngis sbb kucing kesyngn adib mati kene langgr ngn mat rempit...