Tuesday, December 24, 2013

Jatuh

Terhenti nafasku berlari
Dibelai lembut seindah mimpi
Berlagu berbisik hati mu
Semulajadinya aku jatuh - Liyana Fizi

Assalamualaikum peeps!

Well, macam biasa lah. Pagi ni ada test electromagnetism. Haruslah ceconteng sini dulu sebelum sambung revise. Kekekeke.

Aaa. Yesterday has been super duper chaotic. Alhamdulillah, I'm still here, breathing and smiling just like the other day.

Semalam, macam hari semalamnya, ada bidan datang rumah kakak aku untuk sesi mengurut. Oh, mungkin aku terlupa nak bagitahu yang sejak Kak Suri bersalin, aku ulang-alik je dari rumah dia ke UTM. Nak tolong jaga anak-anak dia lah sepanjang dia berpantang kenkononnya. Senanglah kalau abang ipar aku kerja, ada jugak yang nak tolong dia hantar anak-anak pergi taska semua tu since I can drive.

Nak dijadikan cerita, abang ipar aku tu kena hantar anak lelaki dia pergi ujian penentuan kelas sekolah agama sebab tahun depan dah darjah satu dah si abang tu. Aku pun tolonglah hantar mak bidan ni around 10 camtu. Rumah Kak Suri kat Bandar Putra Kulai, rumah mak bidan pulak kat Felda Taib Andak. Dalam 20 minit driving aa.

Lepas hantar mak bidan, aku pun drive balik. Actually, tu kali kedua aku masuk Felda Taib Andak tu. First time masuk, bukan aku yang drive. So, I'm kinda forget at which road was I at that time. Kalau korang pernah masuk, korang akan tahu lah betapa keciknya jalan felda taib andak tu. With poor signboard and penunjuk arah.

Oh lupa nak bagitahu jugak, masa tu aku bawak dua lagi anak sedara dalam kereta; si Kakak (9 tahun) and si Bambam (2 tahun). Dedua duduk kat seat sebelah driver. Masa tengah berbual dengan Kakak, aku ingat jalan yang aku tengah lalu tu main road. So dekat satu simpang empat tu, aku ingat "Ok yang ni memang jalan aku. So aku nak terus" and aku tak perasan aku sepatutnya belok kanan untuk keluar dari Taib Andak tu. I was thinking of going straight. And lagi satu yang aku tak perasan, ada kereta persona keluar laju dari simpang belah kiri aku. Bukan simpang pun sebenarnya since dia kat main road. Technically, aku yang tetiba keluar dari simpang tak berenti thinking that I was at the main road.

Gedeganggg! I was a little panicked. Kereta memang dah berlanggar. Dia tak brek, aku pun tak brek. Aku paut stereng ke kanan and ke longkanglah kereta viva kesayangan aku. Masa eksiden tu sempatlah jugak tangan kiri aku tahan anak-anak sedara aku tu takut-takut kepala diorang terhantuk kat dashboard nanti bleeding semua kang.

Nak dijadikan cerita, I didn't bring my handphones. Keluar sehelai sedompet je. Hmm.

So there goes my day. Alhamdulillah, walaupun kereta hancur depan, tapi takde major injury. Si kakak tangan kiri terkehel sebab dia peluk adik dia sambil tangan tahan kat pintu masa eksiden. Si Bambam pulak ade luka kecik kat kepala, dekat2 pusar dia. Aku adalah luka kat dahi, kaki dengan kening. Sikit je sebenarnya tapi darah meleleh-leleh macam hape akibat terlebih makan kerang LOL.

Alhamdulillah the kids are safe *sujud syukur*

Aku masih dalam trauma. And aku tak rasa aku boleh jawab dengan baik test kali ni. Tidur malam pun peristiwa tu masuk-masuk mimpi lagi.  Hmm. Allah nak tunjuk something kat aku ni. Oh and semalam jugak, lepas aku eksiden, aku dapat berita abang aku pun eksiden jugak kat kem dia masa tengah bawak motor. Melambung langgar van tukang masak. Tulang kaki dislocate katanya. Berbalut jugaklah. And Mak ofkos lah bingung nak pergi jenguk anak yang mana. And she end up coming to Kulai. Hehe.

I was truly sad. Driving was once my passion. Tapi tulah. Semalam abah cakap, "kita ni manusia tak selalu kat atas. Ada masa kita kat bawah. Sebab tu kita tak boleh selalu mendongak." And I was like.... *nangis peluk lutut*

And since I have some issues with my backbone, susah sikit nak tundukkan kepala. Mungkin sebab shock kot. Semoga tabah melepasi stage trauma, wahai Sasa. :)


Kalau kita dah berhati-hati macamane pun, benda yang ditetapkan untuk jadi, akan tetap terjadi.

Friday, December 20, 2013

Your Sun is Stupid

You're blessed by the sun,
But your sun is stupid,
And your life is like a broken joke. - Big Baby Driver


Asalamualaikum ya habibii ya maulanaa~

Alhamdulillah for having a good day today. Yay! *tetibe*

U'ollss, I dah dapat anak sedare lagiii. So sekarang secara rasminya i'oll dah jadik makcik kepada 4 orang kanak-kanak. Weeheee! Alhamdulillah, everything runs perfectly. Both my kakak and her son selamat :)

Nak tahu takk, semalam memang super hectic wa cakap lu. *gosok-gosok hidung*
Pukul 3 pagi aku berjaga kenkonon nak study lelaju untuk test malam tu supaya assignments yang aku kena submit hari yang sama tu jugak dapat disiapkan dengan bahagianya. Malang tak berbau, assignment tak siap. Oklah takpe, at least aku tak brain freeze masa test nanti ken ken kennn. Nasib baik sangat dapat lecturer yang lembut hati manis senyuman ni. Assignment gua submit kendian lah cerita dia.

And there goes my day. Kelas pagi sampai petang ada lab. Lepastu mencicit-cicit pergi test pukul 7.30 malam. Sampai-sampai kat dewan test baru aku perasan, KALKULATOR TAK BAWAK! (berianya caps lock -.-') So, aku mintak tolong Esyah mesejkan Dr Raja, mintak pinjam kalkulator. Alhamdulillah lah dapat. Aku macam happy habis lah kan dapat bersentuhan [warning! 18sx] dengan kalkulator lecturer pujaan ramai tu. Bhahahahahahahahahah!  Malangnyaaa, masalah berlanjutan apabila masa nak jawab soalan test tu, aku tak reti langsung pakai kalkulator legend Dr Raja tu. Langsung hokeh. *nangis peluk lutut*

Habis test, aku dapat call dari abang ipar, bagitahu yang Kak Suri dah masuk wad. Dia mintak tolong aku amik anak-anak dia kat taska and tidur rumah dia malam tu. I was like, gelabah nokk. Well hey, aku tak tidur dari pukul 3 pagi, tak rehat curik-curik tutup mata langsung, sampai habis test mata aku renyuk teruk, memang gelabah lah kan. Haha. Orang lain yang nak bersalin, aku beria gila gelabah panik bagai. Ngahah!

Cerita dia, sambil cakap telefon tu sambil berjalan, mata tengok langit, gedebuk. Jatuh wei. Ha'ah aku jatuh tergolek tersadung kat rantai besi yang tutup parking kat fakulti sains tu haa. Aku nak nangis jugaklah sebab sakit. Tapi belakang aku ada ramai budak berlari nak tengok diva jatuh tergolek, nak tadah tangan doa selamat semua, (LOL) so aku amik inisiatif untuk ketawe. Heh, cool kan, lepas jatuh terus ketawe? :')

That's it. Aku nampak hikmahnya. Alhamdulillah, soalan-soalan yang masuk test semalam tu hampir semua aku boleh jawab sebab part-part tu je yang aku study pun. Yang lain aku jenguk-jenguk gitu je. And assignment yang kena hantar hari Jumaat harini pun end up dipanjangkan deadline sebab lecturer tak masuk kelas tadi pagi. Well aku memang tengah work on it sekarang tapi termenyimpang masuk blog pulak. Eheh. :p

Aku menyesal sebab banyak mengeluh semalam. Kalau aku kurangkan sikit mengeluh, mungkin aku boleh nampak lagi banyak hikmahyang tersembunyi. :)

Hokehlah. Kak Sasa nak jemur baju, nak kemas bilik dulu before pergi tengok new-born baby kak suri. Till then! ^^

Wednesday, December 18, 2013

Light Writing

And I fell for the wrong mission
Drowning in slow motion
Lucky I found
The photograph - Liyana Fizi

  “like a deer in the headlights, frozen in real time and I'm losing my mind, it's time to move on”


Assalamualaikum silent readers :)

Well alhamdulillah for still breathing, living healthily. I'm as grateful as always. Today is no exception. :)

This past two weeks was full of chaos. I was hoping for a candy week ahead before I realized this week is gonna be a hectic week. Tapi takpe, Allah will never burden you with something He know you wouldn't able to bear.

Alahai, dah lama rupanya tak cuci mata kat sini. Bukak-bukak dashboard pagi ni baru perasan ada anonymous komen 11hb yang lepas. Lol.

I know I sometimes can't control my emotions. I can be a mad cow at times but it could be once in a month or two. Heheh. No I don't expect people would like to read my entries all the time. Me is no Keknis or Dena Bahrin anyway.

Uh, tone penulisan harini random sangat kan. Liyana Fizi kata 'tragedy happens in a wonderful time'. I guess my life is too wonderful for tragedy over tragedy to happen lol. Tapi kan, setiapkali aku rase tengah bertragedi, aku akan cakap kat diri sendiri, 'Sokeyy Sasa, benda-benda ni yang akan buat kau lagi menghargai nilai hidup kau nanti.' I know I might say it out of sympathy towards my ownself but who cares? It helps.

By the way people, pergi lah tengok cerita Kolumpo kat pawagam! Best tahu tak? Lagi-lagi minah kampung yang tak hidup kat Key-Ell macam aku ni kan, haaa pi tengok. Bukak sikit mata tu. Life in Kolumpo is not the same like Jobaru. Eh? Haha.

Eh actually, there's sooooooooo many stories to tell but later lah. Today's a bit busy. Assignments dengan upcoming tests berlambak padahal dah minggu terakhir lecture. Huwaaak!

Till then! Bubye! ^^

Sunday, November 17, 2013

Roar.

I got the eye of the tiger,
A fighter, dancing through the fire
Cause I am a champion 
And you’re gonna hear me roar - Katy Perry

Assalamualaikum hui ^^

Ok entri kali ni nak cerita pasal tempat yangg aku pergi hari Jumaat malam yang lepas. Yay!

Macam poyo jee. Macam mintak kaki jeee.

Yana bahagia dapat grab jeans.

Ini kedai The Scandalist. Dari luar nampak cikai je. Sekali masuk, wow! Serius best sebab macam masuk kedai zaman P Ramlee je. Bawak lah dslr sebab memang akan rasa nak bershooting bagai kat kedai ni tau. Haha. Lagi satu, baju,  seluar, dress, beg, handbag, belt yang dia jual semuaaaaa klasik ala-ala vintage gituu. And MURAH! Serius murah! Yana siap beli jaket jeans cantek 20 hengget je. Best best. Esok-esok aku nak pergi lagi. Lol.

...
Ok yang gambar kat tangge ni pulak, nama kedai dia Clothing. Actually takde dalam liist-to-go aku pun. Tapi sebab kedai ni depan kedai The Scandalist tu je, takkanlah tak cuci mata kan. Hehe. Kedai ni a bit smaller than The Scandalist  sebab kedai dia kat tingkat atas tu je. Tapi best lah sebab susunan dalam kedai ni kemas sangat tapi terlupa pulak aku nak bergambar kat atas. Dah turun tangga baru teringat. Haha.



Ok ingat tak aku pernah cerita aku pergi Dapur Jendela? Haa aku pergi lagi wei semata-mata nak makan roti jala, lempeng dengan ubi rebus. Mood kekampung betul. Haha. Kat sini, masakan kampung dia memang best tapi not very recommended for the western. Hiks.

That's it. Me is so not in mood actually. Sebab esok malam ada test Thermal. Sheesshhh. :(

Babai.

Wednesday, November 6, 2013

I Wanna Go

No I'm not prepared, no I'm not prepared
My heart's beating really fast, really fast
But I wanna go there, but I wanna go there
Lets walk a little further, you know I wanna be here - Yuna

 Hai Assalamualaikum semuaaaa (~'.')~

Waaaahh! Dah 5 hari kat rumah baru beringat nak hapdet blog kennn. Kan Sasa kann. Hihikkss~!

Yup, saya dengan ini sedang melangsungkan percutian di rumah ayahbonda terchenta selama 10 hari 9 malam. Koje cuti je kan aku ni. Hihihi. Tak payah nak memuji sangat sebab cecuti aku kali ni penuh beg dengan bahan assignment. Lab report, laporan kes etika, assignment thermal, octave, complex variable. Tak masuk lagi notes electromagnetism dengan thermal. Kena baca woii naik cuti ada test *meraung*

Oh ye! Haritu sebelum balik cuti, aku ada pi dinner kat satu kedai kat area Bazaar Karat JB ni haa. Dapur Jendela nama dia. Mak aiiihh roti jala dia sodap gilos! Lempeng dia pun! Bihun sup pun! Nasi kukusss!!! Yummeh! Ya Allah punyalah sedap sampai terlupa nak amik gambar makanannn :(



Nice weii. Decoration pun best macam rumah sendiri dah aku buat kedai tu. Tak sangke banyak gile port best-best kat area Jalan Dhobi tuu. So aku dengan Azreen pun senaraikan tempat-tempat yang kitorang ushaa untuk diziarahi naik cuti nii.

Pots Kitchen

Almostfamous Cafe

The Scandalist

Chaiwalla
Haaa nampak macam best kan? Yang Pots Kitchen dengan Almostfamous Cafe tu aku jumpa kat instagram. Dedua tu tempat makan. Yang The Scandalist tu kedai vintage. Pun jumpa kat instagram. Chaiwalla tu macam kedai minum-minum lepak-lepak. Banyak lagi tau actually kedai-kedai yang best area Bazaar Karat tu. The Roost Juice Bar, Mariners, haa banyak lagi lah kot. Yang dua ni member aku pernah pergi. Nanti aku dah explore semua aku update sini. Manalah tau korang pun suke tempat-tempat gini kan. Bab rasa jangan risau. Aku ni telus orangnye, kalau sedap aku cakap sedap. Kalau tak, aku diam. Haaaha! :)

Okie dokiee. Aku tengah buat laporan kes etika tadi sebenarnya. Termenyimpang ke sini pule nye haa tuuu. Kihkihkih. Okay then! Will catch u up later! Bubaaiii! :D

Adios amigos laviosa! Eh? *hulur wands*

Sunday, October 20, 2013

Stay

All along it was a fever
A cold sweat hot-headed believer
I threw my hands in the air, said, "Show me something,"
He said, "If you dare come a little closer." - Rihanna

Assalamualaikum semua ^^

Hai hai hai! Aku baru je balik jamuan raya kat kolej. Wah bahagia betul perut kekenyang macam ular sawe gini. Mihmuhmih. Alhamdulillah rezeki Allah. Ceh balik-balik bilik terus rasa nak menaip haa gitu.


Yup! When life gives you lemons, make lemonade! Bila Allah turunkan batu kat kita, jadikan itu sebagai tapak untuk kita berdiri. Kenal Taylor Swift tak? Setiapkali dia sedih, dia buat lagu. 88 kali dia putus cinta kena tinggal teman lelaki, 88 kalilah dia buat lagu. Cewah! Tapi yang best nya, lagu yang dia buat semua best. Semua masuk carta billboard. Beza betul dengan aku. 88 kali aku sedih, 88 kalilah aku perabis duit pi shopping. :O

Aku rasa aku ni banyak sangat aa tengok cerita korea. Hari-hari aku harapkan benda yang mustahil. Kekadang bangun-bangun subuh aku terus tengok tarikh kat handphone. Harap-haraplah aku masih kat tahun 1999. Ceh. Hampeh. Dah 2013 pun tak boleh terima. Puih.

Kenapa? Sebab aku nak selamanya hidup aku kat zaman 1999. Seronok. Walaupun itu adalah zaman yang aku selalu kena marah sebab nakal tahap gaban. Aku tak serik. Sebab aku tak tahu rasa bersalah. Yang aku tahu, nakal-nakal macamana pun aku ni, aku tak pernah kisah pandangan orang pada aku. Aku boleh nangis sesuka hati aku bila kena marah dengan mak, aku boleh gelak-gelak macam setahun tak gelak bila main dengan kengkawan aku. Masalah? Apebenda tu? Haha lol.

Aku menyesal tau. Menyesal sebab dulu masa kekecik, aku nak sangat cepat besar. Aku nak sangat buat benda-benda yang cuma orang yang dah besar boleh buat. Sebab, aku ingat semua orang ada kisah Cinderella dia sendiri. Koman-koman pun Snow White lah kan. Happily ever after. Banyak magic. Itulah. Aku ingat aku boleh feeling-feeling Cinderella bila dah besar. Zaman kanak-kanak aku banyak sangat ditipu cerita-cerita fairytale camtu. Puih.

Manusia memang sifatnya macamtu. Nak benda yang indah-indah je. Tapi tak salah bermimpi kan? :)


Selamat malam semua.
* mimpi jadi Rapunzel versi Barbie awwhhh :') *

Thursday, October 17, 2013

Penglipur Lara.

Buah Cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak hairan?
Sama di sisi tuhan - Hazama

Assalamualaikum ebelibadiiiii! :D

Wah wah wahh. Cuti sula habis lohhh :( . Rasa macam sekejaaap sangat. Jeles dengan bebudak lain yang kebal hati tambah cuti sendiri sampai Ahad. Ceh. Gua je yang tak berani nak ponteng banyak kelas. Huhukkkk :(

Guess what? Balik rumah hari jumaat lepas habis aku kena soal siasat dengan mak.

"Kenapa badan susut? Pipi mana pipi?"
"Takde duit ke kat sana? Tak makan ke?"
"Makan megi je ke kurus cemni?"

:3

Haih. Bukannya kurus berpenyakit pun. Sihat je ni haa anak mak ni. Oklah ni kurus-kurus kan? Senang nak nyelit-nyelit kat pasar malam. Oklah ni. Kan? Kan?? Hukkkk

Pedulik ahh kes kurus murus ni. Malas dah nak amik pusing. Hmmph!*flip tudung*

Oh so cuti yang tak berapa nak panjang kali ni agak bermakna lah jugak. Hihu. Sepatutnya aku balik utm hari Rabu sebab Khamis dah mula kelas. TAPI! Nak meet up dengan Nini and Yaya punya pasal, sanggup balik Khamis yooww! So hari Rabu semalam pun kitorang pi lah jenjalan satu segamat tu haa lepaskan rindu. And punyalah lama tak jumpa, tuptup dapat tahu Yaya dah bertunang dah pun. Alhamdulillah :) tak sabar nak tunggu nasik minyak woi! :D

Gua, Yaya, Nini. Aaa ok diorang memang cun. Gua je aneh. lol

Cantik kan view? Ni kat Rock Garden Batu Hampar kat segamat.

Kenkonon candid selekeh-selekeh cemni. Motifnya aku nak tanya, ini kurus sangat ke? :(

KURUS SANGAT KE???? *terjun tingkap*
 Ok sambung ceritaaaa

Dah puas gegosip semua jadah, so malam tu berhempas pulas lah makhluk Allah yang sekor ni baru terhegeh-hegeh nak siapkan assignments dengan lab report. Last-last tidur jugak. Tak larat nokks nak siapkan semua sekali arung. Phew!

And and and! Tadi pukul 11 sesampai kat depan pintu bilik je handphone bunyik. Guess what? Zaaba ada kat utm uollss!! omg omg omggggg!!! Terus campak beg semua masuk bilik, pastu terus gi jumpa Zaaba. Pi JPO duduk minum-minum sambil gegosip (lagi) plus sesi luah hati ke hati semua mengadu domba bagai nenangis sekejap, pastu daahh. Kenkonon nak carik kasut untuk event Mock Trial dia kat UIA nanti tapi takde pulak yang mamat tu berkenan soooo itu jelah. Dalam pukul 2 cemtu dia terus drive balik KL and aku drive balik utm. Huuuuu sekejapnyeee :'(

Puas lah tapinya. Puas dapat catch up dengan member2. Nini, my close friend since 5. Satu tadika, satu sekolah, satu semua. Masuk U je berpecah. Yaya, my favorite beautician. Dulu masa form 1 musuh, laa ni dah ngam macam kacang Ngan Nyim! Bahahahah! Zaaba, my favorite best boy friend eva. I swear, I'll make sure her future wife to love him till death! Sekali hancur hati dia, bersepai kepala lu. *angkat-angkat kening*  Kita kawan sehidup semati kan, beruang?! :')

That's it. Jumpa lagi lain kali eh, blog. Nak sambung buat esaimen Complex Variable dengan Literature Criticism. ZZZzzzz

Adios amigosss! ^^ *kenyit*

Monday, October 7, 2013

Biar.

 Biar saja airmata
Menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perit
Perit yang manis
Biar saja airmata
Mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku - Faizal Tahir

Biarlah. Semua yang dah lepas biar lepas. Aku tak ada rasa nak defend diri aku langsung. Katalah apapun. Aku terima masuk dalam benak aku ni. Aku dah penat nak berhentam dengan diri sendiri. Tambah masalah result exam aku turun lagi. Apa yang aku dapat? Berat turun 2 kilo + jerawat naik + rambur gugur. Tak pernah aku rasa tertekan sampai macamni sekali. Risau je nak balik rumah. Takut mak tanya memacam. Haha.

Biarlah. Aku tahu takat mana kuatnya aku. Selagi aku solat, selagi tu aku kuat. Walau aku tak alim mana, itu punca kekuatan yang paling aku percaya. Takpelah. Aku percaya pada hukum karma. Kalau satu hari nanti aku dapat balik apa yang aku buat kat orang, redha je lah yang aku mampu. Mungkin kalau orang lain ada kat tempat aku pun depa akan buat apa yang aku dah buat. Mungkinlah.

Biarlah. Aku tak suka fikir. Tapi makin aku taknak fikir, makin sempit otak aku dengan benda tu. Dalam kelas, dalam bilik, dalam mimpi. Test dah dekat. Aku kena jugak buang benda ni jauh-jauh. Kena jugak.

Biarlah. Malam ni malam terakhir. Malam yang paling banjir, paling banyak rambut gugur, paling banyak jerawat keluar, paling banyak berat turun. Esok, aku nak jadik aku yang dulu. Aku yang berumur 19 tahun.

Berhenti Berharap.

Kuat angin kat luar. Boleh dengar bunyi daun terbang sepah-sepah. Best. Hihi. Fefeeling korea gitu. Eh.

Dah pukul 1.09 am. Baru je lepas siapkan assignment Complex Variable dengan bahagianyaaaaa. Assignment English dengan lab report masih elok belum berusik. Choyy! :'(

Tadi siang pergi joging. Hati rasa berat sebenarnya. Sangat. Tak reti nak buat reaksi apa bila berdepan. Tak sempat nak praktis pun sebab gelabah tak memasal. Sampai terlupa kaki yang terkehel masa Greenwalk semalam belum elok sangat. Sekali dah jogging 2 lap, tetiba ada kakak ni tahan aku. Ada timbang-timbang Herbalife yang macam Salim pernah suruh aku try dulu tu ah. Complete set sekali dengan cek body fat, water level bagai. Aku ni pulak memang jenis yang suka bab sihat-sihat timbang berat semua ni. Kekekekke. Masa tulah yang akak tu suruh duduk dulu. Sekali dah duduk baru rasa denyut-denyut balik kat kaki yang terkehel tu. O.M.G. Satu set dengan sakit perut. Tetiba sangat pulak nya.

Kenkonon lepastu nak sambung joging lagi 2 lap. Oh tidak. Kalau aku sambung, mau tergeliat kaki nanti. So, I decided to leave. Dengan harapan, harap-harap tak terserempak. Tengah duk doa-doa pejam mata gitu tetengok ada kat sebelah dah manusia tu. Tahan terkejut sebab tak sedia langsung nak berdepan lepas last call haritu. *pitam*

I know I haven't move on yet. I just know. Tho it's totally my decision for us to separate this way, it's really hard for me to move on, pretending like nothing has happened. I do like him but I don't love him. Well maybe not yet. Takkan nak tunggu sampai aku curang baru nak mintak pisah? T.T

Aku tahu dia masih mengharapkan aku. Masih. Mungkin aku belum cukup kejam ke? Ya, aku tahu aku dah mungkir janji. Bukan satu. Banyak. Tapi untuk 2 jannji yang aku tahu aku mampu tunaikan, aku akan tunaikan. (Kira yang kekonon joging sesama tadi invalid lah kan sebab tak joging SESAME pun tadi petang -.-) Habis yang dua tu nanti, aku takkan muncul lagi dah. 

Supaya dia boleh berhenti berharap. 
Supaya dia boleh 100% percaya pada kuasa Allah.

p/s: baru perasan yang entri aku lately, all are soooooo twenty. Erk.

Wednesday, October 2, 2013

Today My Life Begins

Yesterday has come and gone
And I've learn how to leave it where it is
And I see that I was wrong
For ever doubting I could win
- Bruno Mars
 
Alhamdulillah for the life, for the family, for the love that surrounds me. :)

I'm grateful. I'm happy. To live in me. That moment when you feel loved by everyone (tho of course not every people around you DO really love ya lolz). Bahagia!
 
Aku telefon rumah, dengar suara mak abah, bahagia! Bertuahnya lah hai ada mak dengan abah yang selalu ada, yang selalu mendoakan kita tanpa perlu diingatkan pun. Aku ada keluarga yang tahu bila nak agah dan bila nak sergah adik dia ni. Yang paling penting, they've got this power which I will forget my sorrow right away! Bahagia! Kalau boleh show off rasa bahagia ni, satu dunia pun boleh rasa meluat kot. Hahahahahah!
 
Sabtu lepas aku jenjalan sampai ke Melaka hoi. Malam tu rancang, esoknya terus pergi. Daebak! Kitorang jenjalan sampai tak nampak kaki sendiri tang mana. Lol over kan? It's tiring but the quality time itself is what matters more. Bahagia ada kawan-kawan buat ketawa. Kawan-kawan buat kongsi hobi yang sama- berjimba!

Minggu lepas, masa hati tengah kabut mati kutu, sempat aku mesej Nad. She's always my favorite friend. Always my favorite handkerchief. She's the place -my most favorite place- I would seek for whenever I feel like crying my heart out. Tak payah cerita apa-apa pun bila dengan dia. Nangis je dan kau akan rasa lega selega-leganya. Dia kawan yang selalu cakap 
 
"Kau buatlah apapun, za. Aku ada. Kalaupun lepastu kau rasa apa yang kau buat tu dah salah, aku tetap ada. Tak lari kemana. Betul salah kau, aku ada."

Gosh! Sambil taip ni pun dah menjejeh-jejeh, Nad. Aku bahagia ada port meleleh cemni. Bahagia!

Aku ada kakak-kakak (beza setahun dua je pun - my classmates) yang tak kisah terima budak yang bajet ekspress macam aku ni walaupun aku yang termuda dalam kelas. (weewit!lolz). Dua tahun ni dengan diorang, tak pernah sekali pun aku rasa terasing. Guess what? I don't even have to pretend. They've already seen my true colors as well as my close friends. Bahagianya!

Rasa macam dah cukup semuanya. Aku tak mahu apa-apa lagi dah. Bila kita dapat jadi diri sendiri sepenuh-penuhnya dan semua cukup-kurangnya kita dapat diterima orang-orang yang sayangkan kita, dah cukup dah. Bahagia! Bila kita tahu, apa yang lebihnya kita tu, orang hargai, dan apa yang cacatnya kita tu, orang redhai. Alhamdulillah aku bahagia begini. :)

Mungkin aku bukan yang terbaik tapi insyaAllah akan menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. :)

p/s: Find your happiness. Find the reasons behind your every smile and you'll feel grateful within seconds. Goodluck!


Tuesday, September 24, 2013

.

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar aku akan selalu ada - Shila

Balik kepada yang asal. Kembali pada yang awal. Belajar. Itu je fokus utama aku sekarang. Lelaki, hati, perasaan, semua pergi tepi. Nafsu untuk ‘main-main cinta’ dah tak ada. Hoho. Power tak?

Kadang-kadang, ada masanya tak perlu dah untuk kita bela diri. Mengaku atas silap sendiri sebenarnya ubat penenang terbaik tau. Dengan syarat, hiraukan tanggapan orang. Biarlah dia nak buat assumption sendiri. Serius. I feel much calmer after our farewell conversation. Takde apa pun yang nak dimenangkan. Aku tahu semuanya sukar untuk dia. Tak layak rasanya untuk aku mengaku susah jugak untuk aku. Biarlah. No worries. I’m good, very good in enduring pain. :)

Goodbye lover. Jalgayo yeobo. Semoga kita saling mampu untuk berkawan. Macam jeans dengan hipster. Takkan terpisah. Kami buddies. Acewaahhh! Over sampai terselit iklan Digi haaa leulz.

Well, we meet again, single life. :)
 

Tuesday, September 17, 2013

Takkan Terpisah

 Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah - Black

"Learn to love yourself before loving others"
"Don't find your faults in others"
"You can't get out of the hole by pulling others into it. You have to climb out!"

Ini. Yang atas-atas ni. Ini semua yang aku belajar dalam kelas Reading for Specific Purpose harini. Well somehow, I felt as if those words are meant for me. Setepek kena kat batang hidung sendiri. Tak pernah sekali aku tak bandingkan diri aku dengan orang lain. Tak pernah. Rasa down, rasa riak. Dedua aku rasa walaupun pada keadaan yang berbeza.

Kesian pada diri sendiri yang selalu dibanding-banding dengan manusia lain. I should accept my ownself for who I am, shouldn't I? Then only can I appreciate me myself and that is what love is all about aite? Ha-ha.

Banyak-banyak masalah dalam dunia ni, masalah yang paling susah nak jumpa jalan hidup - masalah dengan diri sendiri. Sebabnya, benda ni yang jadi akar kepada masalah-masalah yang lain. Macamtu, macamana nak hablum minan nas? Habislah hati-hati lain yang tak terjaga makin terabai.

Jangan tanya lagi apa masalah aku sebenarnya sebab aku pun tak tahu. Aku tak tahu apa yang hati aku mintak. Aku tak tahu apa yang boleh buat aku puas. Aku tak tahu. Kadang-kadang sampai satu tahap aku tak faham dengan diri sendiri. Caca marba sangat. Kite sendirik tak boleh nak faham diri kite, takkan nak expect orang lain paham kite ye dok?

Well, I always have friends. Sooo many friends. But only a little who stay to be friends. And out of them all, I know, there might be only one or two who will stay as friends. Betullah gamaknya, yang betul-betul boleh tahan dengan aku tu memang 'jjang' lah! :)

Dear world, what say you?

p/s: I've bought my dear girlfriend a beautiful cake for her birthday. Now still thinking of how to surprise her. By the way, Tasik UTM is sooo peaceful at night. Feel like sleeping here tonight lolz.

Monday, September 16, 2013

I Love You

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata - Najwa Latif

Ada masanya kita cuma perlu sediakan sepasang telinga je. Tanpa perlu sokongan tambahan daripada sang mulut. Sebabnya, mulut selalu keluarkan kata-kata yang asalnya mahu tenteramkan keadaan tapi sudahnya makin melintang-pukangkan lagi hati manusia.

Someone has once asked me, why do I always keep my problems without even trying to share it. Senang je jawapannya. Aku tak reti. Tak reti bila orang lain jadi penyelesai masalah aku. Tak reti menggunakan solusi orang sebagai penyudah cerita. Tak reti.

Bagi aku, bila aku share masalah aku, cukup sekadar kau untuk mendengar tanpa perlu menokok tambah. Haha that's totally me though. Yup, that very same person has also told me that only 2 out of 10 men could bear with my attitude. Hahahahahahahahahahaha that's hurt. A little.

So hi everyone! Long time no see! Haha dah separuh jalan baru tahu nak greet. Dahsyat betul cuti 3 bulan tak singgah bersih-bersihkan blog ni. Kesian my lil virtual diary. By the way, lagu Najwa Latif yang ni sedap kan? I have been liking her songs since forever. Err except lagu dia yang muka buku jadah tu je lah. Hoho.

Yup, dah masuk semester baru. Semester kelima. Maksudnya dah masuk separuh masa kedua gitu. Dua tahun dah lepas. Lagi dua tahun je tinggal and then bubye books and lectures! Ok bunyi macam feelingless sangat ni apahal. Lol.

Ok what's new? Bilik baru. Bilik single yang takdelah nak single sangat sebab ada Mr. Ted duduk satu bilik dengan kite. Ops! Well sebenarnya setiap hari dia bertukar nama. Kalau bosan panggil dia Undertaker, nanti tetiba dia dapat nama Aslan pulak. Pernah sekali masa nak drive balik utm dari segamat, aku berbual dengan dia pakai nama Maznah lagi uolls. Ah sudah. Nampak alone sangat lah pulak. Kahkah!

Ah, so many to brag. I just loved being here in my tiny little virtual world. Rinduuuu nak tetulis cenggini. Banyak benda nak cerita kat awak, Encik Blog. Rasanya sampai sini dulu kot. Happy Malaysia Day people! Love you, Malaysia! :D

p/s: momen yang paling aku rindu, spend time dengan diri sendiri sambil menaip sambil hirup air milo panas. Aaaaa chotta! :)

Monday, July 1, 2013

Half Of Me.

But that's just the half of it  
Yeah you saw the half of it  
This is the life I live 
And that's just the half of it - Rihanna

Assalamualaikum semua :)

Lamanya tak ronda-ronda sini. Well alhamdulillah majlis sambut menantu haritu berjalan lancar. Alhamdulillah rezeki mak dengan abah melimpah-ruah. Rezeki pengantin pun. Insya Allah bakal dapat anak sedara lagi. :)

Ceritanya, aku dah dapat kerja kat kfc. Alhamdulillah. Konon-kononnya hari ni dah kena siapkan semua dokumen sebelum mula kerja tapi sangkut kat maybank pulak tadi. KWSP dah siap, cucuk kesihatan pun dah, sampai-sampai kat maybank, tak dapat nak bukak akaun sebab ada masalah connection dengan HQ maybank. Esok lah kot baru boleh bukak akaun and then terus hantar kat manager kfc. Pastu ingat nak deal dengan manager tu. Nak mintak mula lepas lunch untuk hari Rabu sebab pagi tu ada speaking test muet pukul 7.30 sampai 8.00. Mudah-mudahan manager cool. :)

Aaa rasanya tak ada apa nak kongsi kot. Nantilah. Next entry nanti aku update pasal macamana aku mintak kerja kfc and apa yang terjadik (cewah) sepanjang interview. Please anticipate it! :)

Wassalam :)

P/s: Mencari mood yang main nyorok-nyorok sepanjang hari. Rasa zombie sangat harini. Cepatlah masuk kerja. Harapnya nanti dah tak ada perang + tsunami lagi.

Wednesday, June 19, 2013

All Day I Think Of You

I can’t do anything because of you all day
I think my heart has been taken away by you - 2PM

Assalamualaikum semua :)
Lamanya tak conteng-conteng kat sini. Haritu konon-konon tukar address blog ni pastu tetiba banyak error + ada page yang hilang. So cemnilah. Kembali ke mrscaspian. Hihiks.

So yeah. Aku tengah cuti ni. Cuti sem sampai bulan 9 woohoo! Dah 7 hari kat rumah. Very the busy girl I am. Mane tak, 23hb ni ada kenduri kahwin abang aku untuk belah lelaki pulak. Kena pulak adik-beradik aku yang lain belum cuti. Haa maka mem'bibik' lah jawapnyeee. Letih dia tak payah cakap lah. Tapi aku puas hati gila dapat tolong mak dengan abah sungguh-sungguh kali ni. Rasa puas. Puas macam aku pulak yang jadik pengantinnya. Haaaa gituu :p

Perancangan aku untuk cuti ni tak banyak pun. Cuma lepas habis semua kenduri-kendarat ni aku ingat nak buat part time. Mungkin kat kedai buku Popular, mungkin kat Dominos Pizza. Aaaa any ideas?

Takpelah yang tu nanti baru pikiaq. Ni majlis Ahad ni lagi penting ni. Sebenarnya aku pun rasa excited ya ampun! Excited nak sambut tetamu, sedare mare, member-member, hari Ahad ni nanti. Tapi lagi lagi lagi excited kalau ada manusia yang seorang itu. Please lah buat surprise tetiba ada depan rumah saya please *buat muka gwiyomi wekk wekk*. Eh over tau. Hihuhi :p

Oklah. Takde apa sangat pun nak cerita. Habis majlis nanti aku update blog ni lagi hokeh. :)

Wassalam ^^

P/s: Nomu bogo shipoyo.

Monday, June 3, 2013

Wedding Bells.

She says, "Can you keep a secret
A ceremony set for June
I know it's a rush but I just love him so much
I hope that you can meet him soon..." - Jonas Brothers

Assalamualaikum semua :)

Minggu exam pun menyempat lagi nak singgah sini. Oh takde apa pun sebenarnya. Cuma nak update majlis nikah abang aku je kat sini. Serius cakap, ni kali pertama aku ngadap adik-beradik sendiri nikah. Dulu masa kakak-kakak aku nikah, aku tak tengok pun sebab masa tu sekolah and aku tak sempat kejar tok kadi. Eh? Har har.

Cerita dia camni. Gerak dari rumah hari Sabtu tengahari. Berhenti rehat solat apa semua, 4 jam setengah lepastu sampai kat homestay. Abang aku nikah pagi semalam. 2 Jun 2013, pukul 9.30 pagi macamtu. Kakak ipar aku orang Bentong, Pahang. Comel je orangnya. Harapnya macamana aku ngam dengan abang-abang ipar aku, macamtu jugaklah aku boleh ngam dengan kakak ipar aku ni. :)

Ok tak cukup masa nak cerita panjang. Nota-nota menunggu untuk dibaca. Lusa ada exam Critical Thinking. Wish me luck! :D


 Sekali lafaz je. Uuu. Masa ni jugaklah semorang mula banjir. Dengan aku-aku sekali banjir teruk. Cheit!

 
 Muka bangga lak mamat nih.

Cover sikit ketiak tu Abang Apis hoi! :p
Tetiba aku rasa abang aku ni macho. *tangan ke bahu mata ke atas*
 Alahai. Dah macho-macho tu, duduk pulak macam gangster. Majlis belah lelaki nanti memang aku gam tangan kau bagi duduk macam pengantin sejati sikit!

Bibik rasa tinggi letew berdiri sebelah Aja.

Kak suri and her hubby, mak saya yang anggun and hujung sekali yang ketot itu kakak saya. Untuk makluman, tiada yang available dalam keluarga kami. mueheeheheh.

Yang nampak poyo bajet tough itu abang saya, yang bersongkok tengah-tengah itu abah saya dan yang hujung baju merah itu kakak saya. Oh ye, gadis baju biru, tudung biru muda tu bakal kakak ipar saya. Insya Allah bakal nikah bulan 11 ni. Huu aku rasa macam promote family pulak. Hihih :D

Outfit of the day. Eh? Rasa ngeri tengok diri sendiri :o

Meet my boyfriend, my only adik. Ahahaha! Ok budak ini masih single. Agaknya. Berminat? *angkat-angkat kening* 

Self-camera. Again. Again. Again. Thanks to Camera360. Hilang semua batu-bata atas muka. Nampak putih pulak tuh! Hahahaha!

Semoga Angelina Jolie rasa tercabar tengok mulut gua. Okbai. Eh. Ini edit. Sebab tu muka nampak bersih. Mih mih.

Wassalam ^^

P/s: Semoga Allah murahkan rezeki kau, abang. Your adik will always pray for you. :)
I wished to have a future soulmate like you. The one who is loyal like you, responsible like you, protective like you. May Allah bless you, brother. :')

Wednesday, May 22, 2013

Kimia.

Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita - Melda Ahmad

Assalamualaikum ^^

Wah sekejap je dah nak habis semester empat! Lagi empat semester je lagi yay! :D

Dua minggu ni memang minggu cabut kepala. Stress ya ampunnn! Tapi alhamdulillah, dah berjaya mengadap segala stress dengan senyuman. Minggu depan pun bakal stress jugak tapi rileks lah kan. Zaman degree datang sekali ni je kot. Haruslah tersenyum lenggang kangkung setiap hari :)

So semalam aku makan berdua dengan Yana. She's my fav sistermate (?) Tengah makan2 dok cuci mata tu tiba2 dia tanya ciri2 lelaki ideal aku. Puhahahahahahaha! *gelak tersembur ayam seketul*

Ok.

First thing first, secara fizikalnya. Biar dia ada rupa yang biase2 je. Tak buruk sangat, tak lawa sangat. Aku tak suka lelaki yang handsome sangat sebab kalau dia terlalu handsome nanti ramai orang suka kat dia. Aku taknak cemtu. Aku nak aku sorang je suka kat dia. Boleh gitu? Mih mih mih. Dan aku tak suka lelaki yang kurus sangat. Sebab aku pun kurus keding. Nanti kalau dedua keding nanti camneee :(

Above all, semestinya lelaki yang baik itu adalah lelaki yang ideal untuk aku. Ecewah! Macamane nak tahu dia baik? Bila kita nampak sifat penyayang (tanpa pura-pura) dia, maka baiklah tu. Macamane nak tahu dia penyayang? Tengok cara dia hadap budak kecik. Atau yang paling simple, tengok cara dia hadap kucing. :)

Yang pastinya, wujud ke lelaki yang aku anggap ideal ni? Hew.

Wassalam.

P/s: Perempuan serba-serbi macam aku ni patutnya tak boleh demand sangat. Tapi Yana kata semua orang pun mesti ada standard sendiri. Tak kisah macamana pun, mesti ada ciri2 yang kita nak. Dapat tak dapat, rahsia Allah. Hihikss


Sunday, May 12, 2013

Tuesday Song.

I don’t know how to say goodbye
I don’t know how to quit you
Never say goodbye, I’ll hold you tight
even in the dark - Big Baby Driver

Assalamualaikum :)
Aaa. Harini bukan selasa. Har har.

Harini hati aku sangat kusut. Kusut dengan diri sendiri. 

Aku selalu anggap manusia yang memberi harapan itu adalah manusia yang kejam. Hambik. Aku sedang menjadi golongan itu sekarang. Aku sedang membunuh hati manusia lain tatkala hati aku berbolak-balik menidakkan keputusan yang telah aku ambil.

'Dia' seorang yang baik. 'Dia' menawarkan hatinya ketika aku mamai termangu-mangu. 'Dia' sanggup merendahkan ego jantannya untuk aku. Tapi. Aku sekadar menjadikan dia si pengisi tempat kosong. Di luar sedar aku.

Aku dah salah. Aku tak patut melulu. Aku tak patut sambut tangan dia ketika tangan aku yang lagi sebelah masih bersungguh-sungguh berpaut pada benang yang halus menunggu putus. Jahatnya aku.

Sekarang dah tersepit. Tersepit antara mahu jadi pembunuh bersiri atau pengebom berani mati.