Monday, October 7, 2013

Biar.

 Biar saja airmata
Menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perit
Perit yang manis
Biar saja airmata
Mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku - Faizal Tahir

Biarlah. Semua yang dah lepas biar lepas. Aku tak ada rasa nak defend diri aku langsung. Katalah apapun. Aku terima masuk dalam benak aku ni. Aku dah penat nak berhentam dengan diri sendiri. Tambah masalah result exam aku turun lagi. Apa yang aku dapat? Berat turun 2 kilo + jerawat naik + rambur gugur. Tak pernah aku rasa tertekan sampai macamni sekali. Risau je nak balik rumah. Takut mak tanya memacam. Haha.

Biarlah. Aku tahu takat mana kuatnya aku. Selagi aku solat, selagi tu aku kuat. Walau aku tak alim mana, itu punca kekuatan yang paling aku percaya. Takpelah. Aku percaya pada hukum karma. Kalau satu hari nanti aku dapat balik apa yang aku buat kat orang, redha je lah yang aku mampu. Mungkin kalau orang lain ada kat tempat aku pun depa akan buat apa yang aku dah buat. Mungkinlah.

Biarlah. Aku tak suka fikir. Tapi makin aku taknak fikir, makin sempit otak aku dengan benda tu. Dalam kelas, dalam bilik, dalam mimpi. Test dah dekat. Aku kena jugak buang benda ni jauh-jauh. Kena jugak.

Biarlah. Malam ni malam terakhir. Malam yang paling banjir, paling banyak rambut gugur, paling banyak jerawat keluar, paling banyak berat turun. Esok, aku nak jadik aku yang dulu. Aku yang berumur 19 tahun.

1 sahabat mencelah:

Anonymous said...

:-)