Thursday, March 28, 2013

Larger Than Life.

Every time we're down
You can make it right
And that makes you larger than life - Backstreet Boys

Assalamualaikum semua :D
Hai hoi hui hey haaa! Oh hyper sungguh ini budak ini malam ini buta. Malam ni aku nak show off sikit lah kat korang. Walau ada yang tahu pasal mende alah ni sejak zaman tok kaduk kadir lagi, buat-buatlah muka impressed sikit eh. :D

Sila klik gambar untuk tumbesaran maksima.


Haa ni lah kerja aku sekarang. Melalak dalam bilik sesuka hati tanpa rasa belas kat roommate aku yang terpaksa tadah telinga dengar suara katak mengkarung mengkuang ini. Hewhew. Haa. nak jugak letew nak jugak leteww. Sambil buat assignment pun boleh ber'karoks' y'all! Ihik! Eh lagi satu, lagu K-pop yang kau main duk buat jampi serampi  duk sebut sesuka hati tu pun lepas dah ada minilyrics ni dah boleh bajet korean pure tauuu! Ulalalaa~

Eh lagi satu lupa nak habaq, korang kena ada internet connection untuk software ni sebab nanti dia akan download lagu2 yang korang mainkan secara automatik. And boleh search sendiri kalau2 dia tak dapat detect tu lagu apa. Tapi once lirik2 tu dah di download, boleh saje korang sambung nyanyi dengan lirik tanpa internet connection. Senang kan? :)

Meh tekan link bawah ni meh.

Haa bolehlah aku tuntut komisyen sebab dah tolong promote software orang ni. Huh.

Selamat melalak! :D

Wassalam (n.n)v

P/s: Mende alah ni sebenarnya dah lama ada. Aku je yang baru discover pagi tadi. Lembs kan.

1 sahabat mencelah:

reenapple said...

Selamat buat esaimen la awak ya. =)