Tuesday, March 26, 2013

Run.

Louder louder
And we'll run for our lives
I can hardly speak I understand
Why you can't raise your voice to say - Leona Lewis

Assalamualaikum semua! ^^

Harini tak ada konflik yang melanda. Cuma tiba-tiba rasa macam nak kongsi sikit-sikit pasal aku. Eh? Macamlah ada orang kisah kan? kan? KAN?? *acah-acah pisau*

Dengar je lah apa aku nak bebelkan memalam cenggini eh. *hulur putik kapas*
Actually, it is more like some kind of confession. Uuuu. Well, semua orang pun ada kisah silam milam kan. kan? *angguk sendiri*
Kisah aku ni tak adalah syok sangat nak didengar. Mungkin jugak ada yang akan kata 
"Aku tengok muka kau pun dah boleh agak kau tu dulu cemana"
Awhh. Takpe takpe. Dengar dengar. Mana tahu boleh apply dalam hidup? Eceh poyos gilos.

Dulu, aku seorang yang sangat pengecut. Walaupun dulu member-member sekolah rendah suka label aku macam tomboy, walaupun aku dulu pengawas yang kuat tulis nama murid-murid yang bising kat papan hitam, walaupun aku dulu pernah kena kecam sebab cubit anak orang sampai lebam + bernanah (ewww), walaupun aku pernah pikul kayu hoki pergi carik junior yang nangiskan adik bespren aku, walaupun satu sekolah takut dengan aku, hakikatnya, aku TIDAK seberani itu.

Bermula dari sekolah rendah sampailah dah besar panjang, satu perkara yang aku kecutkan - berhadapan dengan masalah. Bagilah aku ape kebenda sekalipun kecuali masalah. Aku kalah. Aku manusia yang lebih senang lari. Lintang-pukang terbabas longkang pun tak apa janji aku tak hadap masalah depan mata. Punyalah pengecut wa cakap lu. Dulu, aku sanggup nyorok kat belakang rumah yang banyak nyamuk + kawasan perhentian khinzir hutan semata-mata tak nak kena marah dengan mak lepas aku tolak kakak aku sampai kaki dia berdarah teruk tercucuk besi karat. Aku taknak jadik banduan dalam umur semuda 9 tahun. :3

Tapi. As people said, pengalaman mendewasakan kita. Just bear with the consequences. Face it like a man! Walaupun aku bukan jantan muahahahahah. Eh over.

Alhamdulillah, 19 tahun 10 bulan aku hidup, rasa pengecut tu masih ada. Rasa untuk selalu lari dari berhadapan dengan masalah yang sampai bebila takkan selesai tu masih ada. Tapi teknik larian tu dah diubahsuai sikit lah. Kalau dulu, sikit-sikit lari. Sikit-sikit lari. Penat tahu tak. Semput. Camne?

Disebabkan itu, aku cari solusi lain - sedaya boleh, aku tak mahu terlibat dalam apa-apa masalah pun. Yes, despite running, let's just avoid! Yes. Sesejak umur belasan dah nak expired nih, macam-macam list-to-do aku dah pikir siap-siap. Biarlah aku jadi pengecut untuk 20 tahun ni saje. Cukup-cukuplah aku letakkan kesalahan di bahu orang lain hanya untuk membersihkan diri sendiri. Cukup-cukuplah aku pentingkan diri sendiri. Cukup-cukuplah bertepuk tangan atas sakit hati orang lain. Aku dah puas dengan benda-benda macam tu.

Untuk korang-korang yang suka main lari-lari sambil tunjuk-tunjuk kat orang lain tu, join lah aku. Let's be a better person everyday. Inshaa Allah :)

Wassalam :)

P/s: Dulu aku memang macam jantan sikit (banyak sebenonye). Suara garau. Jalan kengkang. Tapi itu dulu. Sekarang suara masih garau (sikit). Jalan masih belum ada tanda-tanda liuk-lentok gegedik gitew lagi. Tapi! Alhamdulillah fitrahnya, aku masih wanita u'ollssss :D

1 sahabat mencelah:

asyiqeenMdNor said...

jangan pakai putik kapas nnt jadi macam aku. hahaha