Sunday, October 20, 2013

Stay

All along it was a fever
A cold sweat hot-headed believer
I threw my hands in the air, said, "Show me something,"
He said, "If you dare come a little closer." - Rihanna

Assalamualaikum semua ^^

Hai hai hai! Aku baru je balik jamuan raya kat kolej. Wah bahagia betul perut kekenyang macam ular sawe gini. Mihmuhmih. Alhamdulillah rezeki Allah. Ceh balik-balik bilik terus rasa nak menaip haa gitu.


Yup! When life gives you lemons, make lemonade! Bila Allah turunkan batu kat kita, jadikan itu sebagai tapak untuk kita berdiri. Kenal Taylor Swift tak? Setiapkali dia sedih, dia buat lagu. 88 kali dia putus cinta kena tinggal teman lelaki, 88 kalilah dia buat lagu. Cewah! Tapi yang best nya, lagu yang dia buat semua best. Semua masuk carta billboard. Beza betul dengan aku. 88 kali aku sedih, 88 kalilah aku perabis duit pi shopping. :O

Aku rasa aku ni banyak sangat aa tengok cerita korea. Hari-hari aku harapkan benda yang mustahil. Kekadang bangun-bangun subuh aku terus tengok tarikh kat handphone. Harap-haraplah aku masih kat tahun 1999. Ceh. Hampeh. Dah 2013 pun tak boleh terima. Puih.

Kenapa? Sebab aku nak selamanya hidup aku kat zaman 1999. Seronok. Walaupun itu adalah zaman yang aku selalu kena marah sebab nakal tahap gaban. Aku tak serik. Sebab aku tak tahu rasa bersalah. Yang aku tahu, nakal-nakal macamana pun aku ni, aku tak pernah kisah pandangan orang pada aku. Aku boleh nangis sesuka hati aku bila kena marah dengan mak, aku boleh gelak-gelak macam setahun tak gelak bila main dengan kengkawan aku. Masalah? Apebenda tu? Haha lol.

Aku menyesal tau. Menyesal sebab dulu masa kekecik, aku nak sangat cepat besar. Aku nak sangat buat benda-benda yang cuma orang yang dah besar boleh buat. Sebab, aku ingat semua orang ada kisah Cinderella dia sendiri. Koman-koman pun Snow White lah kan. Happily ever after. Banyak magic. Itulah. Aku ingat aku boleh feeling-feeling Cinderella bila dah besar. Zaman kanak-kanak aku banyak sangat ditipu cerita-cerita fairytale camtu. Puih.

Manusia memang sifatnya macamtu. Nak benda yang indah-indah je. Tapi tak salah bermimpi kan? :)


Selamat malam semua.
* mimpi jadi Rapunzel versi Barbie awwhhh :') *

Thursday, October 17, 2013

Penglipur Lara.

Buah Cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak hairan?
Sama di sisi tuhan - Hazama

Assalamualaikum ebelibadiiiii! :D

Wah wah wahh. Cuti sula habis lohhh :( . Rasa macam sekejaaap sangat. Jeles dengan bebudak lain yang kebal hati tambah cuti sendiri sampai Ahad. Ceh. Gua je yang tak berani nak ponteng banyak kelas. Huhukkkk :(

Guess what? Balik rumah hari jumaat lepas habis aku kena soal siasat dengan mak.

"Kenapa badan susut? Pipi mana pipi?"
"Takde duit ke kat sana? Tak makan ke?"
"Makan megi je ke kurus cemni?"

:3

Haih. Bukannya kurus berpenyakit pun. Sihat je ni haa anak mak ni. Oklah ni kurus-kurus kan? Senang nak nyelit-nyelit kat pasar malam. Oklah ni. Kan? Kan?? Hukkkk

Pedulik ahh kes kurus murus ni. Malas dah nak amik pusing. Hmmph!*flip tudung*

Oh so cuti yang tak berapa nak panjang kali ni agak bermakna lah jugak. Hihu. Sepatutnya aku balik utm hari Rabu sebab Khamis dah mula kelas. TAPI! Nak meet up dengan Nini and Yaya punya pasal, sanggup balik Khamis yooww! So hari Rabu semalam pun kitorang pi lah jenjalan satu segamat tu haa lepaskan rindu. And punyalah lama tak jumpa, tuptup dapat tahu Yaya dah bertunang dah pun. Alhamdulillah :) tak sabar nak tunggu nasik minyak woi! :D

Gua, Yaya, Nini. Aaa ok diorang memang cun. Gua je aneh. lol

Cantik kan view? Ni kat Rock Garden Batu Hampar kat segamat.

Kenkonon candid selekeh-selekeh cemni. Motifnya aku nak tanya, ini kurus sangat ke? :(

KURUS SANGAT KE???? *terjun tingkap*
 Ok sambung ceritaaaa

Dah puas gegosip semua jadah, so malam tu berhempas pulas lah makhluk Allah yang sekor ni baru terhegeh-hegeh nak siapkan assignments dengan lab report. Last-last tidur jugak. Tak larat nokks nak siapkan semua sekali arung. Phew!

And and and! Tadi pukul 11 sesampai kat depan pintu bilik je handphone bunyik. Guess what? Zaaba ada kat utm uollss!! omg omg omggggg!!! Terus campak beg semua masuk bilik, pastu terus gi jumpa Zaaba. Pi JPO duduk minum-minum sambil gegosip (lagi) plus sesi luah hati ke hati semua mengadu domba bagai nenangis sekejap, pastu daahh. Kenkonon nak carik kasut untuk event Mock Trial dia kat UIA nanti tapi takde pulak yang mamat tu berkenan soooo itu jelah. Dalam pukul 2 cemtu dia terus drive balik KL and aku drive balik utm. Huuuuu sekejapnyeee :'(

Puas lah tapinya. Puas dapat catch up dengan member2. Nini, my close friend since 5. Satu tadika, satu sekolah, satu semua. Masuk U je berpecah. Yaya, my favorite beautician. Dulu masa form 1 musuh, laa ni dah ngam macam kacang Ngan Nyim! Bahahahah! Zaaba, my favorite best boy friend eva. I swear, I'll make sure her future wife to love him till death! Sekali hancur hati dia, bersepai kepala lu. *angkat-angkat kening*  Kita kawan sehidup semati kan, beruang?! :')

That's it. Jumpa lagi lain kali eh, blog. Nak sambung buat esaimen Complex Variable dengan Literature Criticism. ZZZzzzz

Adios amigosss! ^^ *kenyit*

Monday, October 7, 2013

Biar.

 Biar saja airmata
Menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perit
Perit yang manis
Biar saja airmata
Mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku - Faizal Tahir

Biarlah. Semua yang dah lepas biar lepas. Aku tak ada rasa nak defend diri aku langsung. Katalah apapun. Aku terima masuk dalam benak aku ni. Aku dah penat nak berhentam dengan diri sendiri. Tambah masalah result exam aku turun lagi. Apa yang aku dapat? Berat turun 2 kilo + jerawat naik + rambur gugur. Tak pernah aku rasa tertekan sampai macamni sekali. Risau je nak balik rumah. Takut mak tanya memacam. Haha.

Biarlah. Aku tahu takat mana kuatnya aku. Selagi aku solat, selagi tu aku kuat. Walau aku tak alim mana, itu punca kekuatan yang paling aku percaya. Takpelah. Aku percaya pada hukum karma. Kalau satu hari nanti aku dapat balik apa yang aku buat kat orang, redha je lah yang aku mampu. Mungkin kalau orang lain ada kat tempat aku pun depa akan buat apa yang aku dah buat. Mungkinlah.

Biarlah. Aku tak suka fikir. Tapi makin aku taknak fikir, makin sempit otak aku dengan benda tu. Dalam kelas, dalam bilik, dalam mimpi. Test dah dekat. Aku kena jugak buang benda ni jauh-jauh. Kena jugak.

Biarlah. Malam ni malam terakhir. Malam yang paling banjir, paling banyak rambut gugur, paling banyak jerawat keluar, paling banyak berat turun. Esok, aku nak jadik aku yang dulu. Aku yang berumur 19 tahun.

Berhenti Berharap.

Kuat angin kat luar. Boleh dengar bunyi daun terbang sepah-sepah. Best. Hihi. Fefeeling korea gitu. Eh.

Dah pukul 1.09 am. Baru je lepas siapkan assignment Complex Variable dengan bahagianyaaaaa. Assignment English dengan lab report masih elok belum berusik. Choyy! :'(

Tadi siang pergi joging. Hati rasa berat sebenarnya. Sangat. Tak reti nak buat reaksi apa bila berdepan. Tak sempat nak praktis pun sebab gelabah tak memasal. Sampai terlupa kaki yang terkehel masa Greenwalk semalam belum elok sangat. Sekali dah jogging 2 lap, tetiba ada kakak ni tahan aku. Ada timbang-timbang Herbalife yang macam Salim pernah suruh aku try dulu tu ah. Complete set sekali dengan cek body fat, water level bagai. Aku ni pulak memang jenis yang suka bab sihat-sihat timbang berat semua ni. Kekekekke. Masa tulah yang akak tu suruh duduk dulu. Sekali dah duduk baru rasa denyut-denyut balik kat kaki yang terkehel tu. O.M.G. Satu set dengan sakit perut. Tetiba sangat pulak nya.

Kenkonon lepastu nak sambung joging lagi 2 lap. Oh tidak. Kalau aku sambung, mau tergeliat kaki nanti. So, I decided to leave. Dengan harapan, harap-harap tak terserempak. Tengah duk doa-doa pejam mata gitu tetengok ada kat sebelah dah manusia tu. Tahan terkejut sebab tak sedia langsung nak berdepan lepas last call haritu. *pitam*

I know I haven't move on yet. I just know. Tho it's totally my decision for us to separate this way, it's really hard for me to move on, pretending like nothing has happened. I do like him but I don't love him. Well maybe not yet. Takkan nak tunggu sampai aku curang baru nak mintak pisah? T.T

Aku tahu dia masih mengharapkan aku. Masih. Mungkin aku belum cukup kejam ke? Ya, aku tahu aku dah mungkir janji. Bukan satu. Banyak. Tapi untuk 2 jannji yang aku tahu aku mampu tunaikan, aku akan tunaikan. (Kira yang kekonon joging sesama tadi invalid lah kan sebab tak joging SESAME pun tadi petang -.-) Habis yang dua tu nanti, aku takkan muncul lagi dah. 

Supaya dia boleh berhenti berharap. 
Supaya dia boleh 100% percaya pada kuasa Allah.

p/s: baru perasan yang entri aku lately, all are soooooo twenty. Erk.

Wednesday, October 2, 2013

Today My Life Begins

Yesterday has come and gone
And I've learn how to leave it where it is
And I see that I was wrong
For ever doubting I could win
- Bruno Mars
 
Alhamdulillah for the life, for the family, for the love that surrounds me. :)

I'm grateful. I'm happy. To live in me. That moment when you feel loved by everyone (tho of course not every people around you DO really love ya lolz). Bahagia!
 
Aku telefon rumah, dengar suara mak abah, bahagia! Bertuahnya lah hai ada mak dengan abah yang selalu ada, yang selalu mendoakan kita tanpa perlu diingatkan pun. Aku ada keluarga yang tahu bila nak agah dan bila nak sergah adik dia ni. Yang paling penting, they've got this power which I will forget my sorrow right away! Bahagia! Kalau boleh show off rasa bahagia ni, satu dunia pun boleh rasa meluat kot. Hahahahahah!
 
Sabtu lepas aku jenjalan sampai ke Melaka hoi. Malam tu rancang, esoknya terus pergi. Daebak! Kitorang jenjalan sampai tak nampak kaki sendiri tang mana. Lol over kan? It's tiring but the quality time itself is what matters more. Bahagia ada kawan-kawan buat ketawa. Kawan-kawan buat kongsi hobi yang sama- berjimba!

Minggu lepas, masa hati tengah kabut mati kutu, sempat aku mesej Nad. She's always my favorite friend. Always my favorite handkerchief. She's the place -my most favorite place- I would seek for whenever I feel like crying my heart out. Tak payah cerita apa-apa pun bila dengan dia. Nangis je dan kau akan rasa lega selega-leganya. Dia kawan yang selalu cakap 
 
"Kau buatlah apapun, za. Aku ada. Kalaupun lepastu kau rasa apa yang kau buat tu dah salah, aku tetap ada. Tak lari kemana. Betul salah kau, aku ada."

Gosh! Sambil taip ni pun dah menjejeh-jejeh, Nad. Aku bahagia ada port meleleh cemni. Bahagia!

Aku ada kakak-kakak (beza setahun dua je pun - my classmates) yang tak kisah terima budak yang bajet ekspress macam aku ni walaupun aku yang termuda dalam kelas. (weewit!lolz). Dua tahun ni dengan diorang, tak pernah sekali pun aku rasa terasing. Guess what? I don't even have to pretend. They've already seen my true colors as well as my close friends. Bahagianya!

Rasa macam dah cukup semuanya. Aku tak mahu apa-apa lagi dah. Bila kita dapat jadi diri sendiri sepenuh-penuhnya dan semua cukup-kurangnya kita dapat diterima orang-orang yang sayangkan kita, dah cukup dah. Bahagia! Bila kita tahu, apa yang lebihnya kita tu, orang hargai, dan apa yang cacatnya kita tu, orang redhai. Alhamdulillah aku bahagia begini. :)

Mungkin aku bukan yang terbaik tapi insyaAllah akan menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. :)

p/s: Find your happiness. Find the reasons behind your every smile and you'll feel grateful within seconds. Goodluck!