Thursday, March 28, 2013

Larger Than Life.

Every time we're down
You can make it right
And that makes you larger than life - Backstreet Boys

Assalamualaikum semua :D
Hai hoi hui hey haaa! Oh hyper sungguh ini budak ini malam ini buta. Malam ni aku nak show off sikit lah kat korang. Walau ada yang tahu pasal mende alah ni sejak zaman tok kaduk kadir lagi, buat-buatlah muka impressed sikit eh. :D

Sila klik gambar untuk tumbesaran maksima.


Haa ni lah kerja aku sekarang. Melalak dalam bilik sesuka hati tanpa rasa belas kat roommate aku yang terpaksa tadah telinga dengar suara katak mengkarung mengkuang ini. Hewhew. Haa. nak jugak letew nak jugak leteww. Sambil buat assignment pun boleh ber'karoks' y'all! Ihik! Eh lagi satu, lagu K-pop yang kau main duk buat jampi serampi  duk sebut sesuka hati tu pun lepas dah ada minilyrics ni dah boleh bajet korean pure tauuu! Ulalalaa~

Eh lagi satu lupa nak habaq, korang kena ada internet connection untuk software ni sebab nanti dia akan download lagu2 yang korang mainkan secara automatik. And boleh search sendiri kalau2 dia tak dapat detect tu lagu apa. Tapi once lirik2 tu dah di download, boleh saje korang sambung nyanyi dengan lirik tanpa internet connection. Senang kan? :)

Meh tekan link bawah ni meh.

Haa bolehlah aku tuntut komisyen sebab dah tolong promote software orang ni. Huh.

Selamat melalak! :D

Wassalam (n.n)v

P/s: Mende alah ni sebenarnya dah lama ada. Aku je yang baru discover pagi tadi. Lembs kan.

Wednesday, March 27, 2013

Comfort Song.

 Give me a smile, Don’t be sad
It’s going to be alright. Don’t shed a tear
The song that I am singing now
I hope that it can bring you a bit of comfort - Jung Yong Hwa, Heartstrings.

Assalamualaikum semua :)

Entah kenapa, malam ni semua rasa serba tak kena. I fell asleep after reciting Quran during Maghrib. After almost 2 hours of quite-deep sleeping, I woke up crying. With no reason. I couldn't even remember the details of my bad dream. :(

Lepas solat isyak pun masih rasa terperuk sangat hati ni. Tak lama lepas tu rasa macam dah ok sikit. But right after finishing the lab report, tears running down without I realizing. Just what is wrong with me tonight? This heart. It feels so stuffy! And so I decided to give my mum a brief call. Urgh. 11.40pm already. *kesat hingus*

Entah apa dosa yang aku buat harini sampai rasa sedih cenggitu sekali. Takkan sebab aku terambil kertas attendance Dr Mastura sampai terkena sumpahan sedu-sedan cenggini kot? Mak datok! -.-'

Sekarang dah rasa paranoid. Tak nak tidur lagi. Takut-takut esok pagi bangun meraung pulak. But since I can't live without sleeping, tadah je lah baldi siap-siap. >.< 

Wassalam.....

Kwenchana kwenchana. Na kwenchana. *capai tisu sekotak*

Tuesday, March 26, 2013

Run.

Louder louder
And we'll run for our lives
I can hardly speak I understand
Why you can't raise your voice to say - Leona Lewis

Assalamualaikum semua! ^^

Harini tak ada konflik yang melanda. Cuma tiba-tiba rasa macam nak kongsi sikit-sikit pasal aku. Eh? Macamlah ada orang kisah kan? kan? KAN?? *acah-acah pisau*

Dengar je lah apa aku nak bebelkan memalam cenggini eh. *hulur putik kapas*
Actually, it is more like some kind of confession. Uuuu. Well, semua orang pun ada kisah silam milam kan. kan? *angguk sendiri*
Kisah aku ni tak adalah syok sangat nak didengar. Mungkin jugak ada yang akan kata 
"Aku tengok muka kau pun dah boleh agak kau tu dulu cemana"
Awhh. Takpe takpe. Dengar dengar. Mana tahu boleh apply dalam hidup? Eceh poyos gilos.

Dulu, aku seorang yang sangat pengecut. Walaupun dulu member-member sekolah rendah suka label aku macam tomboy, walaupun aku dulu pengawas yang kuat tulis nama murid-murid yang bising kat papan hitam, walaupun aku dulu pernah kena kecam sebab cubit anak orang sampai lebam + bernanah (ewww), walaupun aku pernah pikul kayu hoki pergi carik junior yang nangiskan adik bespren aku, walaupun satu sekolah takut dengan aku, hakikatnya, aku TIDAK seberani itu.

Bermula dari sekolah rendah sampailah dah besar panjang, satu perkara yang aku kecutkan - berhadapan dengan masalah. Bagilah aku ape kebenda sekalipun kecuali masalah. Aku kalah. Aku manusia yang lebih senang lari. Lintang-pukang terbabas longkang pun tak apa janji aku tak hadap masalah depan mata. Punyalah pengecut wa cakap lu. Dulu, aku sanggup nyorok kat belakang rumah yang banyak nyamuk + kawasan perhentian khinzir hutan semata-mata tak nak kena marah dengan mak lepas aku tolak kakak aku sampai kaki dia berdarah teruk tercucuk besi karat. Aku taknak jadik banduan dalam umur semuda 9 tahun. :3

Tapi. As people said, pengalaman mendewasakan kita. Just bear with the consequences. Face it like a man! Walaupun aku bukan jantan muahahahahah. Eh over.

Alhamdulillah, 19 tahun 10 bulan aku hidup, rasa pengecut tu masih ada. Rasa untuk selalu lari dari berhadapan dengan masalah yang sampai bebila takkan selesai tu masih ada. Tapi teknik larian tu dah diubahsuai sikit lah. Kalau dulu, sikit-sikit lari. Sikit-sikit lari. Penat tahu tak. Semput. Camne?

Disebabkan itu, aku cari solusi lain - sedaya boleh, aku tak mahu terlibat dalam apa-apa masalah pun. Yes, despite running, let's just avoid! Yes. Sesejak umur belasan dah nak expired nih, macam-macam list-to-do aku dah pikir siap-siap. Biarlah aku jadi pengecut untuk 20 tahun ni saje. Cukup-cukuplah aku letakkan kesalahan di bahu orang lain hanya untuk membersihkan diri sendiri. Cukup-cukuplah aku pentingkan diri sendiri. Cukup-cukuplah bertepuk tangan atas sakit hati orang lain. Aku dah puas dengan benda-benda macam tu.

Untuk korang-korang yang suka main lari-lari sambil tunjuk-tunjuk kat orang lain tu, join lah aku. Let's be a better person everyday. Inshaa Allah :)

Wassalam :)

P/s: Dulu aku memang macam jantan sikit (banyak sebenonye). Suara garau. Jalan kengkang. Tapi itu dulu. Sekarang suara masih garau (sikit). Jalan masih belum ada tanda-tanda liuk-lentok gegedik gitew lagi. Tapi! Alhamdulillah fitrahnya, aku masih wanita u'ollssss :D

Saturday, March 23, 2013

Follow Your Soul.

Don’t be afraid.
I bet your heart is just like mine.
Do what you want to.
Set you free. Follow your soul - 2PM

Assalamualaikum semua :D

Oh gila. Ini gila ini. Pukul 3 pagi pun gigih lagi hadap lappy depan mata. Esok pagi kompem transform jadik zombie.

Hey, guess what? What! What? I think I've fallen deeply in love. With who? With those beautiful yet pure souls of  kids. I meant the babies who are growing up being kids. Yang baya2 Bambam, my nephew tu. Still, I love the other grown up kids as well :)

I'd like to have them running and circling around me. Comel macam pingu. Terkedek-kedek mentat mentot bak kata abah. Tak pernah sekalipun  aku rasa bosan dengan keletah si pingu2 ni. Kekekeke. But how? I don't wish to get married as early as after graduating. No. Shiroyo!

Impian aku yang aku rasa sangat berkobar-kobar secara tiba-tiba dan setiapkali aku tengok baby2 macam Bambam dengan Juna (anak Fynn Jamal)- to build a lovely loving house full with love in every corner of it. Rumah yang mana bila aku melangkah masuk, aku tak akan mahu keluar dari rumah tu lagi. Rumah yang penuh dengan jiwa2 suci. Rumah yang mana orang letakkan kepercayaan untuk meninggalkan anak2 kecil diorang. Teka teka teka..!

Eh! Bukan baby-hatched okeh! Belum sampai situ lagi impian kecik aku nih. I just wished to build a mini kids nursery someday. Not a big one. Kita mula kecil-kecilan dulu. Ini semua idea kakak-kakak aku especially kakak sulung aku si mak datin itu..kihkih. Tiba-tiba rasa semangat tu melonjak2 memikirkan keseronokan yang bakal dilalui. Tapi tipulah kalau cakap tak ada cabaran dengan risikonya kan. Sedangkan babysit anak sedara sendiri pun need extra attention and tripple energy wa cakap lu. Nyawa anak2 orang tuuu. Anyhow, anyway, anywhat, let's make our dream comes true, loves! :D

Oh tak sabar! You just can't tell how hard it is to not love them. They're so adorable! Someday, inshaa Allah amiin amiin amiin. :)

Cukup2 lah rasanya. Siapa tak setuju bakal physicist ni jadi babysitter boleh pertikaikan esok2 lah ye. Ahah. Lolz. :p

Wassalam (n.n)v

Thursday, March 21, 2013

Into The New World.

Don't wait for a miracle, there's a rough road in front of us
with obstacles and future that can't be known, yet I won't change, I can't give up. - SNSD

Assalamualaikum semua ^^

Wow wow wew wuwuuuw! Did you see what I saw? Ngahahahah. Template baru. Header baru. Tapi orang masih yang lama. #keciwa letew.

There it goes. Let's walk together. TOGETHER. *pimpin tangan*

  Oh yes. Esok ada test fizik matematik pukul 11 pagi. And and and. I haven't even started anything yet. Nothing. Opsoyo! Chinchaaa~

Itu je kot untuk hari ni. Mohon doa. :)

Wassalam (n,n)v 
 

Wednesday, March 6, 2013

Lembik.

Assalamualaikum hoi! *lelambai longlai*

It was an exhausted day. Kelas dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Gap sejam pukul 10 pagi pastu lagi sejam masa solat zohor. Pukul 6 petang discussion lab report sampai isyak. Lepas isyak sambung pergi discussion proposal english report. Pukul 11.30 malam tadi baru balik bilik. Gua rasa macam gulai dah badan nih. Bayangkan dah sampai bilik baru teringat yang aku belum makan lagi. Awww~! Kecik hati perut aku. Sad me is sad. Sad tummy is more sad. :'(

I learnt a few things today. Tak apalah kalau dalam satu kumpulan tu, ada yang makan percuma. Tak apalah kalau aku buat kerja lebih sampai terlupa nak bagi perut aku makan. Tak apalah kalau orang pijak kepala aku sebab aku lagi muda dari dia. Tak apa. Tak. Apa.

Aku memang tak boleh nak marah2 sebab dah tak ada tenaga dah nak buat bunyik. Let her be. Soon, it will be her who will face the world. It will be her who is going to deal with this kind of stuff. It will be her who will regret of having a group of people who do exactly as what she had already done in the past.

Bukan sekali. Bukan dua kali. I have had enough. Group untuk esok dah dirombak kepada group yang baru. Mungkin Allah nak selamatkan hati aku dari menyumpah-nyeranah. May Allah bless you, friend. Jangan risau. Your new partner is much more 'strict' than you yourself.

That's it. Habis sampai sini.

Wassalam. *kunyah jajan tamtam*

Monday, March 4, 2013

Spring I Love You Best

"I wish I had someone who suddenly arrive
And show me how the flowers grow and come out in winter field
I wish I had someone new tender to my heart
Someone who will share me precious time"

Assalamualaikum blog! Lama sungguh benor tak nyinggah sini kan, blog?awak tak kecik hati dengan kite kan? takkanlah kan? *buat muka Puss in Boot*

Tengok tu, tengok tuu! Itulah lirik lagu Spring I Love You Best. Eh aku suka gila okeh. Cool and calm. I just feel like falling in love right away everytime I listen to that song. Cubalah dengar sekali. *hulur earphone*

Eh, Sasa mimpi apa malam2 tiba2 buat entri ni? Well,nak show off lah sikit. Bilik dah boleh connect dgn local area connection lah katakan. Dah dapat internet ni haruslah digunakan se'optimum' yang boleh selagi jari ni mampu nak picit2 keyboard ni haa. Motif bebenor. *bunyi cengkerik*

Okeylah tu nye punn. Dah dekat pukul 12 dah ni. Sleep time bebeh! Till we meet again! :D

notakakibajetcantikmacamsnsd: can anyone love me just the way i am even though i'm neither pretty nor feminine? oh snap! berhenti melalut mengkarut ye, Sasa. Just sleep now. -.-'

Wassalam ^^