Tuesday, February 21, 2012

Lebih dan Lebih dan Lebih lagi!

assalamualaikum semua.

semua orang mesti tengah mood Vanilla Coklat kan. jelesnya! tak dapat tengok. tak ada tv + internet slow. aisehmen! -.-'

ingat tak dulu aku pernah cakap nak jadi baik kat sini ? setakat ni misi masih berjalan lancar walaupun ada lubang2 sikit2 kadang2. lolol lolol~!

hidup kita ni tak selalu ketawa je. ada orang seronok2 gelak2 tak hengat dunia pun siapa tahu hati dia macamana ye tak? mungkin dia ada kisah dia yang dia simpan sendiri. tapi nak tahu tak, sekuat mana pun dugaan yang Allah bagi kat kita, mesti kita boleh tempuh jugak. percayalah, Dia takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung. jangan kita terlampau meratapi nasib sebab ada orang yang hidup dia lagi sulit dari kita. selagi ada ikhtiar, selagi tu kita kena yakin dengan jalan yang Allah sediakan untuk kita. tinggal kita je yang kena cari jalan tu. :)

aku sendiri pun dalam usaha untuk jadi lebih baik daripada tahun lepas. so kat bawah ni adalah senarai 'rules and regulations' aku yang terkini. poyo je kan? lolol lolol~

  • tak boleh online twitter dan seumpamanya selagi belum buat nota atau belum siapkan assignment untuk at least satu subjek kecuali jumaat malam sabtu dan sabtu malam ahad sahaja.
  •  hanya boleh menonton Running Man dan seumpamanya pada setiap jumaat malam sabtu dan sabtu malam ahad SAHAJA kecuali minggu pertama semester dua dengan syarat tidak lebih satu episod per hari.
  • hanya dibenarkan untuk keluar berjimba sekali sebulan (CS dan seumpamanya) kecuali kalau nak berjimba dalam kawasan taman universiti dengan syarat tidak boleh melebihi 2 hari per minggu dan tidak melebihi jam 12 tengah malam.
  • pengecualian boleh diberikan sekiranya terdapat cuti yang melebihi 2 hari dan sekiranya ada happy hour di jusco.


haaaaa..begitulah peraturan baru yang aku gubal sendiri  untuk diri aku yang kadang2 tapi selalunya tak reti bahasa ni. well, to be a better person, there must be something to be sacrificed. aku nak jadik lebih dan lebih dan lebih baik lagi kalau boleh. insyaAllah. semuanya dalam tangan aku sama ada nak ikut atau tak. nak kekal macam semalam atau nak jadik lebih ok at least dengan 1% peningkatan dan pembaharuan setiap hari? setiap minggu? setiap bulan? terpulang.

wish me luck ye kawan! ini dikira sebagai berjihad jugak tau! berjihad melawan nafsu dan itu adalah sebesar-besar jihad. wassalam. (n_n)v

0 sahabat mencelah: