Assalamualaikum semua.
harini aku tak pergi kuliah. bangun pagi tadi dengan tekak yang perit dan mata yang berair terjun, maknanya demam bakal melanda. aku kerah jugak tenaga nak bangun mandi. sekali aku bangun,pergghh sakit kepala pulak dah nokkkk!ok surrender. lepas subuh terus aku tarik balik selimut sampai pukul 10 suku baru terjaga. niat dalam hati nak pergi jugak lab pukul 11 tu tapi sangatlah tak berdaya. so aku just mesej kat labpartner je mintak tolong dealkan dengan lab assistant untuk postpone eksperimen. i can bear with anything in this world except when i caught a fever even just a slight fever. shame on me!-.-'
sebenarnya aku baru je balik dari sekolah lama aku. ada kem debat dan pertolongan aku diperlukan untuk bantu junior2 ni berdebat memandangkan ada pertandingan debat mrsm seMalaysia 4-7 mei ni. ada satu lagi debat interschool kat uia bulan 7 ni.
makanya hari jumaat tu aku balik rumah. pukul 2 naik bas,pukul 4 sampai rumah. mandi,solat,makan,gomol2 si tompek sekejap,jalan2 naik motor dengan mak, then pukul 6 suku macamtu terus start enjin kereta and drive straight to jasin. pang pung pang pung,dalam pukul 8 macam tu sampai jasin. singgah jasin point sekejap,beli selipar murah + pewangi bilik,then there it is. aku nampak bayang2 seorang mamat yang iras2 matluthfi sedang melambai2 dari depan pintu kfc. luqman long! masih seperti dulu,tapi angle kepala aku nak pandang dia semakin besar,menunjukkan yang dia semakin panjang.-.-'
masuk dalam kfc,tak sampai sepuluh saat aku ternampak seorang nok berjubah cokelat cair. baabar! jyeaahh!!kitorang menjerit at the same time and semua orang yang tengah makan kat kfc tu was like "duhh?"sangat2 excited macam long-lost siblings tahu tak?nampak tak permainan dia?nampak tak?hahahah!then selang sesaat jerit lagi sekali bila nampak abang syukri yang dah semakin dewasa. kahkahkah!
2010 |
2012 |
yeah. this is my second family. yang berbaju pink2 sikit tu adalah coach debat kitorang sejak form 4 lagi. he's the best coach ever!woot2~! happy birthday in advance ye abang syukri.:)
yang baju putih tu adalah faiz syukri the second speaker a.k.a baabar, my big bro yang sangat susah nak dikejutkan dari tidur sampai tahap kena lompat2 atas katil dia untuk bangunkan manusia yang liat nih!=.=
the one yang muka macam matluthfi campur dengan farid kamil sikit tu adalah luqman long the greatest first speaker a.k.a nok yang playboy lagi keanak-anakan.-.-'
kitorang adalah team debat yang macam magnet. ada satu tahun tu,all of us terkategori dalam top 10 best speaker mrsm se-malaysia tanpa disengajakan. haha!dalam 6 match,each of us dapat 2 kali best speaker nok! memori yang sangat2 aku simpan.:)
walaupun dua tahun dah kitorang tak jumpa tapi sekali jumpa, chemistry tu tak pernah berubah malah makin melampau2. sangat2 family. sepanjang masa ada je benda yang nak digelakkan. :)
dan bila kereta yang aku drive menghala ke jb dan diorang menghala ke kl, aku boleh rasa satu perasaan yang sama seperti ketika aku melangkah masuk ke dalam bas untuk balik ke utm sambil mak&abah lambai dari bawah. berat dan makin berat. macamana aku menangis dalam bas bila aku dah tak nampak muka mak dengan abah, macam tu lah lebih kurangnya aku menangis bila aku dah tak nampak bayang mamat bertiga ni. nampak tak permainan dia?nampak tak?haha.rasa kelakar bila ingat2 balik. nak nak pulak masa tu tengah hujan. so hindustan!-.-'
aku doakan baabar dan luqman dapat jadi peguam yang baik, dan abang syukri dapat kahwin cepat2 sebab aku dah cop awal2 aku nak jadi flowergirl dia walaupun baabar dgn luqman menafikan kewibawaan aku untuk jadi flowergirl. T.T
oklah.kepala dah start berdenyut balik ni. wassalam~(^.^)