asaalamualaikum semua.
hari ni sepanjang hari aku duduk memerapkan diri dalam bilik yang suram ni. bukan tak mahu keluar dengan member tapi memang dah niat dari semalam nak berguling-guling dalam bilik je.
tadi pagi aku online facebook setelah sekian lama tak menjengah. dan terbaca satu post tentang pemergian adik Faris Nur Daniel.
comel kan?arwah adik faris meninggal dunia hari khamis yang lepas akibat kanser darah. pagi tadi aku habiskan masa dekat blog mazidul , baca kisah kanak2 comel ni.
aku percaya, sesiapapun yang mengikuti penderitaan arwah akan menangis spontan. walaupun tak ada apa2 pertalian, hati aku cukup tersentuh. sungguh. tapi Allah lebih sayangkan arwah adik faris ni. syurga lah tempat dia InsyaAllah.
sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.
wassalam.