Friday, February 4, 2011

Poligami??

2 jam masaku dihabiskan di perpustakaan sultanah zanariah untuk membaca novel. novel yang aku capai kebetulan berkisarkan isu poligami-isu paling sensitif bagi kaum hawa. aku tak pernah punya pengalaman berkongsi kasih bapa dan seumpamanya namun aku punyai teman2 yang pernah dan ada juga yang sedang merasai peritnya tatkala kasih bapa terpaksa dikongsi dgn insan asing tanpa kerelaan. persoalannya,adakah ianya kerana nafsu sang lelaki semata2 atau suratan takdir??maaf, andai pendapatku ini menyentuh isu peribadi sesiapa. sumpah,aku tak berniat untuk mengenakan sesiapapun!:)

derita sahabat:

dia yang aku kenali merupakan teman yang sangat baik dan penyayang. begitupun, sejak kami berpisah, aku sudah jarang menghubunginya. dia sahabat yang sangat menyenangkan dan menenangkan. tanpa aku ketahui,rupanya sahabatku ini menanggung sebuah derita. dia terpaksa melihat bapa sendiri digoda wanita yang bukan siapa2 dalam keluarganya. entah bila masa wanita tersebut wujud pun tak aku ketahui. bimbang persoalan2ku bakal mengguris hati sahabatku ini. mari kita letak kaki kita dalam kasutnya,,tegarkah kita melihat bapa sendiri berkepit dgn wanita selain ibu kita yang masih sihat walafiat dan tak pernah lupa dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri??jujur aku akui,,aku TAK RELA!!

derita wanita:

hai kaum lelaki,seandainya anda mendapati isteri yang anda cintai sepenuh hati rupa2nya telah membahagi kasihnya terhadap anda kepada dua bahagian,,apakah perasaan anda??sanggup anda melihat isteri anda menikahi lelaki lain dikala anda masih sah memegang gelaran sebagai suaminya??kalaulah wanita dibenarkan berkahwin lebih daripada satu,pasti sang lelaki juga akan merasai perkara yang sama sebagaimana kaum wanita yang berpoligami merasakannya pada hari ini. namun,Allah lebih mengetahui kerana itu wanita hanya dibenarkan berkahwin dgn seorang lelaki dalam satu2 masa.

derita wanita #2:

bagaimana pula dgn wanita yang menjadi isteri kedua atau ketiga atau keempat?benarkah semua kesalahan terletak di bahunya?layakkah mereka ini kita gelar sebagai perampas kebahagiaan orang lain? mereka juga wanita biasa. mungkin sudah ditakdirkan jodohnya dgn suami orang. tapi andai kata wanita itu yang menjadi penghasut kepada sang lelaki untuk berpaling tadah sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam,SAH itu memang salah mereka!!!

derita (ye ke?) si pemoligami (wujudkah istilah ini?):

aku tak mahu memberi apa2 pandangan tentang kaum adam yang menjadi pelafaz nikah mahupun talak kerana mereka lebih arif tentang isu ini. adakah menjadi satu keperluan atau kehendak untuk berpoligami? namun siapalah kita untuk menolak takdir dan ketentuan Allah kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi setiap wanita yang bermadu,sebuah payung emas di syurga InsyaAllah selagi mana wanita tersebut tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.





0 sahabat mencelah: