Tuesday, February 15, 2011

berehat sebentar daripada dunia blog..:(


aku mungkin akan berehat daripada dunia blog sehingga keadaan menjadi pulih..doakan aku terus kuat menghadapi dugaan Yang Esa ni..*wah,ayat macam nak gi perang je!*
buat masa ni aku dibelit bermacam2 masalah yang memerlukan aku untuk berdamping dgnNYA untuk mencari suatu ketenangan..insyaAllah,,aku akan kembali mencoret di sini cuma aku tak tahu bila waktunya.. mungkin setelah aku temui ketenangan dan setelah aku berjaya memujuk hatiku sendiri..:)
sangat sukar rasanya bila teman meluah segala kesedihan dan permasalahan tiada bersamaku..nad, ika, que, syahi..sangat membutuhkan anda ketika ini..tak sabar nk jumpa waktu ambil keputusan spm nnti..

Monday, February 7, 2011

.:nostalgia:.


tiba2 rasa mcm nk gelak. jadi, aku pun search lah video ni kat youtube.com. meh gelak sama2 tengok keletah dan telatah arwah din beramboi yang tak kering gusi ni!!

Saturday, February 5, 2011

::coNteSt kaMi pOsE cuMey::

tekan banner ni utk jumpe tuan punye contest ye..:)

satu lagi contest yang aku tiba2 rasa nk join!huahahahahah~
oppss,,tak senonoh lah gelak macam tu..hee..senang je..letak banner kat atas tu kat entry,,letak gambar dgn kwn2 yang paling cumel,,sertakan sebab berminat utk join contest, & tag 4 org kwn..senang kan?heheh

chak!!!

aduh,mukaku seperti pervert pule!!hahahahah..anda semua ini macam ayam serama lah!!ohh,,rindu sgt nk bergelak2 macam ni..T____T

sebenarnya aku nk join contest ni sebab nak tayang kawan2 aku kat satu dunia!they are my besties ever!!hahahahahahahahah*gelak beria*
*mcm lah satu dunia masuk contest ni ek*

sekarang aku nk tag mereka di bwh ini untuk join ini contest jugak:


Friday, February 4, 2011

Poligami??

2 jam masaku dihabiskan di perpustakaan sultanah zanariah untuk membaca novel. novel yang aku capai kebetulan berkisarkan isu poligami-isu paling sensitif bagi kaum hawa. aku tak pernah punya pengalaman berkongsi kasih bapa dan seumpamanya namun aku punyai teman2 yang pernah dan ada juga yang sedang merasai peritnya tatkala kasih bapa terpaksa dikongsi dgn insan asing tanpa kerelaan. persoalannya,adakah ianya kerana nafsu sang lelaki semata2 atau suratan takdir??maaf, andai pendapatku ini menyentuh isu peribadi sesiapa. sumpah,aku tak berniat untuk mengenakan sesiapapun!:)

derita sahabat:

dia yang aku kenali merupakan teman yang sangat baik dan penyayang. begitupun, sejak kami berpisah, aku sudah jarang menghubunginya. dia sahabat yang sangat menyenangkan dan menenangkan. tanpa aku ketahui,rupanya sahabatku ini menanggung sebuah derita. dia terpaksa melihat bapa sendiri digoda wanita yang bukan siapa2 dalam keluarganya. entah bila masa wanita tersebut wujud pun tak aku ketahui. bimbang persoalan2ku bakal mengguris hati sahabatku ini. mari kita letak kaki kita dalam kasutnya,,tegarkah kita melihat bapa sendiri berkepit dgn wanita selain ibu kita yang masih sihat walafiat dan tak pernah lupa dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri??jujur aku akui,,aku TAK RELA!!

derita wanita:

hai kaum lelaki,seandainya anda mendapati isteri yang anda cintai sepenuh hati rupa2nya telah membahagi kasihnya terhadap anda kepada dua bahagian,,apakah perasaan anda??sanggup anda melihat isteri anda menikahi lelaki lain dikala anda masih sah memegang gelaran sebagai suaminya??kalaulah wanita dibenarkan berkahwin lebih daripada satu,pasti sang lelaki juga akan merasai perkara yang sama sebagaimana kaum wanita yang berpoligami merasakannya pada hari ini. namun,Allah lebih mengetahui kerana itu wanita hanya dibenarkan berkahwin dgn seorang lelaki dalam satu2 masa.

derita wanita #2:

bagaimana pula dgn wanita yang menjadi isteri kedua atau ketiga atau keempat?benarkah semua kesalahan terletak di bahunya?layakkah mereka ini kita gelar sebagai perampas kebahagiaan orang lain? mereka juga wanita biasa. mungkin sudah ditakdirkan jodohnya dgn suami orang. tapi andai kata wanita itu yang menjadi penghasut kepada sang lelaki untuk berpaling tadah sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam,SAH itu memang salah mereka!!!

derita (ye ke?) si pemoligami (wujudkah istilah ini?):

aku tak mahu memberi apa2 pandangan tentang kaum adam yang menjadi pelafaz nikah mahupun talak kerana mereka lebih arif tentang isu ini. adakah menjadi satu keperluan atau kehendak untuk berpoligami? namun siapalah kita untuk menolak takdir dan ketentuan Allah kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi setiap wanita yang bermadu,sebuah payung emas di syurga InsyaAllah selagi mana wanita tersebut tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.





Contest : Si Manis Berbaju Kurung

nk join contest??tekan pic nih tau!

terima kasih kakakku,, cik pingu sebab dah menanda aku untuk menyertai contest ni. tengok macam seronok je. jadi,untuk sesiapa yang mahu sama2 menyertai,bolehlah memicit gambar kat atas tu. jangan picit kuat2 pula. nanti kalau mouse rosak,,ah sudah..hehehe...

aku bukanlah manis mana pun dengan baju kurung tapi memandangkan sudah di tag,,tanpa segan dan silu,,inilah aku...........


kepada anis zafirah, hanisa sabrina dan syira,meh lah join sekali ye..:)