Saturday, June 23, 2012

:)

Assalamualaikum semua :D

dah cuti! yay! dah cuti! yaayy!
maka, bila dah cuti panjang kat rumah macam nii, banyakklah dugaan dan godaannya. segala jenis malas ada. momentum yang cuba nak dikekalkan mula lari-lari anak.

tapi satu kelebihan cuti panjang ni, yang bestnya, sambut awal ramadhan kat rumah, siap puasa sebulan kat rumah lagi tuuuu. bila kat rumah,insyaAllah mampu untuk turut serta solat terawih berjemaah kat masjid. yang best nya lagi masa terawih tu nanti, mesti ada reunion kecil-kecilan dengan cikgu2 sekolah rendah + member2 lama sekolah rendah. itulah uniknya bila umat islam sama2 berkumpul untuk beribadah. ada je 'event' sampingan yang mengukuhkan silaturrahim tu sendiri. alhamdulillah :)

hari ni aku terdetik untuk pulangkan kitab tafsir Quran yang aku jumpa masa nak keluar dari TGB dulu. entah kenapa, sebelum ni aku macam tak perasan pun ada nama beserta alamat tuan punya kitab tu kat page pertama kitab tu. dah dekat dua tahun aku pegang kitab tafsir ni. dan alhamdulillah beberapa bulan yang lepas ni Allah gerakkan hati aku untuk cuba memahami makna kalamullah dengan menggunakan kitab tafsir ni. entah kenapa (sekali lagi) tadi aku teringin nak tengok harga kitab tafsir ni. dalam kepala aku, aku nak hadiahkan satu kitab tafsir kepada seseorang (i don't know who. it just came into my mind all of a sudden).

aku belek punya belek kitab tu,tiba2 aku terjumpa page yang ada nama owner kitab beserta alamat sekali + num fon dia. so,aku pun hantar mesej kepada puan tu. aku cakap yang aku akan poskan kitab ni kat dia hari isnin nanti and so on. nak dipendekkan cerita, puan tu call aku dalam pukul 10 macam tu. dia bahasakan diri dia makcik. peramah orangnya. dia memang sayang kitab tu and dah lama dia cari kitab tu. aku pun cerita dari A sampai Z dan dia serahkan kitab tu pada aku untuk aku jaga dan untuk aku manfaatkan sebaiknya. yang lagi touching,bila dia doakan aku berjaya. alhamdulillah.....Allah je yang dapat memberikan ganjaran yang setimpal kepada makcik ni. :)

yes, i really need this tafsir so that i won't go astray and yet,she honoured me the tafsir so that it would be useful to me. kuasa Allah sangat hebat. Dia maha mengetahui. kenapa sebelum ni aku tak perasan nama owner tafsir ada kat muka depan? He knows the reason. kenapa bila aku dah mula melekat pada tafsir ni baru aku perasan nama owner tu? He knows why. In fact, He always knew what we don't even expect the things to be like. may Allah bless Puan Hajah Azimah Hj Abu Samah and her family. ameen. :)


wassalam. ^^

0 sahabat mencelah: