Showing posts with label resepi kampung. Show all posts
Showing posts with label resepi kampung. Show all posts

Tuesday, August 16, 2016

[RESEPI] Nasi Goreng Tomyam Paling Simple Paling Cepat Sedap Boleh Tahan!

Assalamualaikum and hi!

Kakakaka panjang kemain tajuk entri. So harini aku nak share resepi ringkas nasi goreng tomyam. Sebenarnya semalam tetiba rindu nak makan nasi goreng tomyam kat arked meranti utm huhu pastu tengok macam boleh buat je ni so hentam punya hentam tetiba eh menjadi!!

Hebat tak hebat? Kakaka! 

Caranya mudah je. Buat macam nak goreng nasi goreng biasa, tapi tambah kan kiub tomyam, daun limau, dengan serai je hehe tapi kalau rajin tambah lah sekali sotong udang seafood yg lain semua eh. So resepi yang aku nak share ni kira paling basic lah. InsyaAllah berjaya hehe selamat memcuba!



Bahan-bahan:

Nasi putih
Bawang besar dihiris
Bawang merah ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Cili api ditumbuk
Daun limau disiat
Serai dihiris kasar
Dua kiub tomyam
Telur
Garam
Gula
Aji

Cara memasak:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang dah ditumbuk sampai naik bau. Masukkan sekali bawang besar yang dah dihiris tadi tu. Masukkan kiub tomyam dan tambah sedikit air supaya kiub mudah larut. Masukkan daun limau dan serai, kacau. Masukkan garam, gula dan ajinomoto. Bila air dah sedikit kering, pecahkan telur dan biarkan sehingga telur masak. Masukkan nasi, gaul sampai mesra dan sebati. Sesuaikan rasa dia dan siappp! 

Senang kan? Okay till we meet again xoxo!

Friday, May 27, 2016

[RESEPI] Nasi Goreng Segera For Beginners

Hai asalamualaikum!

Fuhh lama betul tak datang sini ceh heehehe. So harini aku nak share lah resi nasi goreng walaupun semua orang dah reti goreng nasi tapi aku nak share jugak haha!

Actually, aku tak pernah properly belajar memasak daripada arwah mak aku. Masa dia sakit dulu lah baru aku betul betul masuk dapur. Masa tu, goreng nasi pun aku tak reti. Menyesal beb tak tengok mak masak :(

Disebabkan tak sempat dididik dengan sempurna (haha), so aku try lah buat eksperimen sendiri kat dapur. Well i spent 4 years in university doing research and experiments kot! hehe. So apa yang aku belajar sendiri adalah, nasi goreng akan jadi lebih sedap bila pakai banyak bawang besar/merah, dan kalau rencahnya ditumbuk berbanding dikisar.

Jadi, bagi anda yang baru nak belajar memasak nasi goreng, dan bagi anda yang tak suka ada sayur atau kangkung dalam nasi goreng, entri ini adalah untuk anda! Yay hehehe

Bahan bahan:

Nasi putih
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Cili padi
Bebola ikan
Telur
Garam
Gula
Ajinomoto

*kuantiti ikut berapa ramai nak makan. Bawang besar kasi banyak banyak sikit baru padu

Cara cara:

Bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi ditumbuk lumat. Kalau nak kisar pun boleh tapi kisar jangan sampai hancur lumat pulak!

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan bahan tumbuk tadi sampai naik bau. Masukkan bebola ikan yang dah dipotong kecil dan gaul sampai mesra dan sampai bahan sedikit kering.

pecahkan telur dalam kuali tadi dan biarkan sekejap sampai telur sedikit masak. Masukkan garam, gula dan ajinomoto. Gaul mesra.

Masukkan nasi putih dan gaul lagi sampai sebati. Tambahkan garam kalau kurang masin. Siap! K dah bye.

Wednesday, April 27, 2016

[RESEPI] Kentang Goreng Sambal Bilis

Hai assalamualaikum!

Harini kita nak kongsi resepi lauk fav sendiri. Dulu masa belajar kat UTM mesti kena ada lauk ni. Tak pernah jemu pun hehe. Actually kita tak tahu lah nama lauk ni apa tapi kita panggil dia kentang goreng sambal bilis. Rupa dia cenggini haa.



Tapi bila kita yang masak, rupa dia terus jadi cenggini kakakakakaka!



Tak kisahlah takde rupa pun yang penting rasa dia tu serupa dengan yang kita makan kat arked cengal UTM dulu! Wallawehh puji air tangan sendiri pulak ;p

Okay so bahan bahan nya simple jee.

Bahan bahan:

3 biji kentang - potong bentuk wedges
Ikan bilis
Sebiji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
15 tangkai lada kering - dikisar
sos tiram
sos cili
garam
aji
gula

Cara caranya:

Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng kentang yang dah dipotong dalam bentuk wedges tu sampai garing. Bila dah siap, tos kan dan goreng ikan bilis pulak pakai minyak yang sama. Jangan membazir hehe. Pastu angkat dan tos kan.

Guna minyak baru, panaskan dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumis sampai naik bau. Masukkan pulak lada kering yang dah dikisar dalam kuali tadi dan tumis sampai pecah minyak. Lepastu masukkan satu sudu sos tiram, satu sudu sos cili, garam, aji dan gula. Gaul sampai sebati. Masukkan kentang dan bilis yang dah digoreng tadi dan gaul sampai mesra. Siap! ;D

Rindu pulak nak balik UTM.

Monday, April 25, 2016

[RESEPI] Asam Pedas Ikan Kembung

Hai assalamualaikum!

 Harini actually tak berapa sihat. Tapi nak jugak share resepi lagi kat sini sebab dah mengada-ngada pergi kerja dalam keadaan badan tak berapa nak kuat pastu end up datang kerja bosan takde buat menda haha.

Biasalah weh. Ekonomi negara kita memang tengah teruk ni. Buktinya, slow gila jualan kereta dua tiga bulan ni wehhh kita makan apa yang kita masak jeeee. Dah lama tak makan kat kedai huhu.

Okay lah sempat pulak mengadu domba hehe. So harini kita nak kongsi resepi asam pedas versi orang johor. Ikan tak semestinya ikan kembung jee. Ikan selar kuning boleh, pelaling boleh, kerisi boleh, ikan mata besar pun boleh! Apa apa ikan pun boleh sajaaaaaaa. Apa beza asam pedas johor dengan negeri lain? Entah lah. Tapi kalau melaka punya, masam betul asam pedas dia kalau nak bandingkan dengan johor punya. Senang cerita, datang rumah meh. Kita bagi awak rasa asam pedas johor. :p


Tips masak asam pedas? Takde tips. Yang penting, asal pakai lada kering je, mesti kena betul betul tua bila tumis tu. InsyaAllah masak apa apa pun nanti jadi sedap. Actually kalaunak super sedap, instead of blender, baik tumbuk je satu satu bahannya. Tapi nak jimat masa, plus taknak kacau jiran atas bawah kiri kanan bila menumbuk tu, so blender je lah senang.

Bahan-bahan:

20 tangkai lada kering - dikisar
Sebiji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Seinci halia - dikisar
Seinci kunyit hidup - dikisar
*sebelum kisar tu letak minyak masak dalam blender kasi cepat hancur*
Sebatang serai - diketuk hujungnya
ikan kembung 3 ke 4 ekor
Asam keping satu
Garam
Aji
Gula

Cara caranya:

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali. Tumis sampai pecah minyak dan sampai sambal tu tua. Bila dah pecah minyak baru masukkan serai, tambah air, garam, aji dan gula. Pastu masukkan ikan, masukkan asam keping, biarkan mendidih. Kalau pedas sangat, tambah lagi gula. Kacau mesra dan siap! Selamat mencuba!

P/s: nak lagi sedap, tambah bunga kantan dengan daun kesum allahuu allahuu sedapnyaaaaaaa!

Sunday, April 24, 2016

[RESEPI] Mee Goreng Paling Senang

Hai assalamualaikum!

Harini nak kongsi resepi mi goreng pulak. Resepi ni sangat sesuai untuk newbies yang baru nak belajar memasak sebab tak leceh nak masak mi ni. Paling penting, telur kena extra, taknak taugeh! Hmm.

Selalu ada orang dia nak hilangkan bau kapur pada mi, kena rendam dalam air panas lah apa lah kan. Ikut korang lah. Tapi kalau kita, kita rendam pakai air biasa je. Pastu basuh sampai takde rasa minyak kat jari. Tos kering kering.

Satu lagi tips. Bila kita pakai lada kering ni, bila nak blender tu mesti susah nak hancur kan? Lelagi kalau pakai blender yang dah lama. Tips nak bagi senang hancur, rendam dulu lada kering tu dengan air panas sebelum blender. Pastu masa nak blender, letak minyak masak dalam blender tu. Letak separas dengan lada kering. Nanti masa nak tumis, dalam kuali tu letak sikit je minyak. Ok dah malas nak bebel. Jom tengok bahan-bahan yang nak guna.



Bahan bahan:

500g mi kuning
lada kering (blender) -ikutlah nak pedas mana
3 ulas bawang putih (blender)
seulas bawang besar (hiris)
sos cili
sos tomato
kicap
3 biji telur
bebola ikan/kek ikan
sawi
garam
aji
gula
lada merah (hiris)

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang besar yang dah dihiris dan tumis sampai naik bau. Masukkan pula lada kering dengan bawang putih yang dah dikisar tadi. Tumis sampai sambal tua dan pecah minyak. Tambah sedikit air dan masukkan sawi. Biarkan sampai sawi sedikit layu, masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah sedikit garam, aji dan gula sesedap rasa, masukkan fishball/fish cake. Gaul sampai mesra. Masukkan pula mi kuning. Gaul lagi sampai mesra, pastu pecahkan telur atas mi tadi. Biarkan sampai telur sedikit masak sebelum digaul bersama. Gaul lagi sampai kuah sedikit kering pastu masukkan lada merah sebagai hiasan. Tutup api, dan siap! Selamat mencuba!

Friday, April 22, 2016

[RESEPI] Tomyam Ayam Paling Simple dan Sedap Teruk!

Hai assalamualaikum!

Hamboi rajinnya kita update blog hari hari hehe. Sejak sejak putus cinta ni setiapkali tengah free takde benda nak buat je mesti bukak blog either buat blogwalking session tak pun tulis entri baru hahaha sadis nya k sedih aa cemni.



Okay harini kita nak share resepi tomyam yang kita belajar dengan arwah mak dulu. Tomyam ni senang and sangat simple. Tak leceh dan boleh jimatkan masaa lelagi bagi wanita yang bekerja macam kita ni pepagi pukul 5.30 dah ketang ketung kat dapur pastu berkecah mandi bersiap pergi kerja phew phew. Nak adjust tudung je dah 15 minit kan!

Satu benda yang mak kita ajar, kalau nak dapat tomyam yang sedap, masa tumis tu kena pastikan bahan bahan tumis tu betul betul naik bau dan hampir garing tapi jangan garing sangatt! Okay banyak bebel sangat ni meh tengok bahan bahan yang diperlukan

Bahan-bahan:

Ayam
Bawang besar dimayang
Bawang putih dihiris
Serai diketuk
Cili api dihiris
Kiub tomyam knorr
Pes tomyam adabi
Asam keping
Lobak potong bulat
Fishball
Garam
Ajinomoto
Gula

*kalau nak tambah udang ke kubis bunga ke tomato ke silalah ikut suka*

Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih, dengan serai dan tumiskan  sampai layu dan naik bau. Masukkan ayam yang dah dipotong dan dicuci ke dalam periuk tadi dan gaul sampai mesra. Masukkan air sampai takat ayam tadi. Ngam ngam je airnya pun takpe sebab nak bagi ayam cepat masak. Masukkan  lobak, kiub tomyam, pes tomyam dengan cili api. Kiub dengan pes tu biasanya kita agak agak je ikut lah berapa banyak ayam. Kalau terletak lebih kiub dengan pes tu pun takpe. Kalau pekat sangat nanti tambah lah air. Asam keping masukkan lah satu. Banyak banyak nanti masam sangat pulak hehe. Okay sekarang kacau bahan bahan dalam periuk tu pastu tutup periuk dan biarkan sampai ayam masak. Nak tahu ayam dah masak, tengok tulang dia warna merah ke hitam. Kalau hitam, dah masak lah tu. Overcooked pun takpe tak jejaskan rasa pun. Bila ayam dah masak, tambah air ikut berapa banyak kuah kita nak, pastu masukkan bebola ikan, garam, ajinomoto dengan gula. Gula tu ikutlah kalau pedas sangat tomyam kita tu, taruk lah gula lebih sikit. Kacau sampai mendidih dan siap!

Biasanya sambil tunggu ayam tu masak, kita pergi sidai kain dulu, cuci pinggan mangkuk pisau apa semua, kemas kemas dapur, masak nasi, siap siapkan baju nak pergi kerja, pastu baru sambung masak kehkehkeh multitask weh!

Okay lah selamat mencuba! :D

Thursday, April 21, 2016

[TIPS] Cara Goreng Ikan Tanpa Meletup + Tak Lekat Di Kuali.

Hai assalamualaikum!

Yay for the comeback of the kitchen girl hehe. Sebab ada reader yang suruh kita aktif kat blog semula, so kita rasa kita nak share sikit tips dari indonesia ni sebagai permulaan.

Dulu kita tak suka betul goreng ikan sebab dah lah asyik letup je minyak dia sampai kena tangan kena pipi pastu bila nak terbalikkan ikan nye tu kemain dia melekat dalam kuali sampai tercabut cabut kulit dia kita sodok pakai sudip :(

Terima kasih pada sorang mbak dari indoneshia yang sudi mambantu aku lagian terus nggak ada lagik kemurungan si ikan. 

CARA GORENG IKAN TANPA MELETUP DAN TAK MELEKAT



Bahan-bahan:

Ikan (apa apa je)
Serbuk kunyit
Garam
Tepung jagung
Asam keping 

Cara-caranya:

Basuh ikan yang dah disiang macam biasa lah sampai bersih. Toskan. Kalau boleh sampai ikan dah tak berair. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam macam biasa. Dalam keadaan ikan yang tak berair sangat tu, memang sekata je serbuk kunyit tu elok je dia salut ikan. Cuma kena letak banyak sikit lah serbuk tu huhu.

Panaskan minyak dalam kuali. Macam yang biasa awak nak goreng ikan tuuu. Pastu masukkan sesudu kecil tepung jagung dalam kuali yang dah panas tu. Pastu terus masukkan ikan tadi. Haa tak meletup kan minyak dia? Hehe. Lepas masukkan ikan, masukkan pulak asam keping satu. Yang kecik je.

Balik-balikkan ikan, dah garing, boleh angkat! Hehe selamat mencuba! :D

Tuesday, August 11, 2015

Resepi: Sambal Hijau Paling Simple Di Dunia!

Assalamualaikum and hi!

Siapa sini suka gila makan sambal hijau meh angkat tangan! Hehe. Actually aku mula ketagih dengan sambal hijau ni sejak tahun lepas. Masatu ada promosi mi segera jenama Indomie. Pastu ada satu maggi Indomie ni nama dia Mi Goreng Cili Hijau. Sedappp gilaaaaa sampai aku paksa semua Geng Gagak untuk makan maggi cili hijau ni and end up diorang pun suka kecuali Azreen ceh.

So dari situ aku try buat sambal hijau sendiri tapi sebab rumah aku takde stok belacan so sambal hijau versi aku memang takde belacan and sangat simple dan mudah.

PINJAM GAMBAR GOOGLE SEBAB TAK SEMPAT AMIK GAMBAR SAMBAL SENDIRI DAH HABIS DAH SAMBALNYA HEHE


Bahan-bahan:

5 biji cili hijau besar
10 biji cili api
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Bawang besar (hiris kasar)
Minyak masak
Garam
Gula
Ajinomoto
Perencah Secukup Rasa

Cara memasak:

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili hijau, cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ke dalam kuali. Semua bahan-bahan di atas takpayah dipotong. Tumis je bulat bulat. Bila bawang dan cili dah bertukar warna, angkat dan toskan bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan bahan-bahan tersebut dalam lesung batu dan ketuk sekuat hati sampai jiran kiri kanan punya rumah bergegar. Agak-agak dah lumat tu, masukkan semula bahan-bahan tadi dalam kuali yang ada minyak bersama api yang sederhana kecil. Kalau nak sambal tu berkuah, bolehlah tambah air (jangan banyak-banyak nanti tak power. Sikit je bagi nampak basah). Masukkan bawang besar, garam, sedikit gula, sedikit ajinomoto dan perencah secukup rasa. Kacau sampai sebati dan sambal hijau sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba!

Tips and trick: Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak tapi takmau pedas sangat, lebihkan bawang dan ikan bilis.

Monday, August 10, 2015

Resepi: Labu Masak Lemak

Assalamualaikum and hi!

Harini aku offday lagi sampai esok yay! So nak kongsi resepi labu masak lemak yang aku post gambar kat instagram semalam. Ni kalau makan dengan nasi panas, sekali dengan ikan goreng + sambal hijau memang mengancam!


Aku ni pesen yang tak suka masak leceh-leceh. Aku suka kalau masakan tu simple tapi sedap. Masak pun tak makan masa. Labu ni sedap kalau masak sekali dengan pucuk manis ataupun kacang panjang tapi yang ni aku masak kosong je.

Bahan-bahan:

Labu
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Ikan bilis
Santan kotak

Cara memasak:

Potong labu dalam bentuk kiub. Jangan kecik sangat. Takut nanti labu nya pecah bila empuk. Cuci labu yang dah dipotong, kemudian rebus bersama air secukupnya dalam periuk.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Kuantiti bawang-bawang ni ikutlah berapa banyak labu yang nak dimasak. Ratio bawang merah:bawang putih biasanya aku buat bawang putih mesti 2/3 daripada bawang merah dalam setiap masakan. Untuk cili api, kalau nak pedas, letak lah lebih-lebih sikit hehe.

Bila labu dah hampir empuk, masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi ke dalam periuk yang ada labu tu. Masukkan sekali ikan bilis dengan santan. Santan jangan banyak sangat nanti muak. Masukkan garam, ajinomoto, dan gula sedikit. Kacau perlahan. Api pun perlahankan.

Agak-agak dah sebati semua, matikan api. Siap!


Tips dan trick: kalau terlebih pedas, tambahkan gula lagi sikit. Kalau nak lagi sedap meletop, letaklah serbuk hebat-hebat rasa maggi cukup rasa tu! Selamat mencuba!