Tuesday, August 16, 2016

[RESEPI] Nasi Goreng Tomyam Paling Simple Paling Cepat Sedap Boleh Tahan!

Assalamualaikum and hi!

Kakakaka panjang kemain tajuk entri. So harini aku nak share resepi ringkas nasi goreng tomyam. Sebenarnya semalam tetiba rindu nak makan nasi goreng tomyam kat arked meranti utm huhu pastu tengok macam boleh buat je ni so hentam punya hentam tetiba eh menjadi!!

Hebat tak hebat? Kakaka! 

Caranya mudah je. Buat macam nak goreng nasi goreng biasa, tapi tambah kan kiub tomyam, daun limau, dengan serai je hehe tapi kalau rajin tambah lah sekali sotong udang seafood yg lain semua eh. So resepi yang aku nak share ni kira paling basic lah. InsyaAllah berjaya hehe selamat memcuba!



Bahan-bahan:

Nasi putih
Bawang besar dihiris
Bawang merah ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Cili api ditumbuk
Daun limau disiat
Serai dihiris kasar
Dua kiub tomyam
Telur
Garam
Gula
Aji

Cara memasak:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang dah ditumbuk sampai naik bau. Masukkan sekali bawang besar yang dah dihiris tadi tu. Masukkan kiub tomyam dan tambah sedikit air supaya kiub mudah larut. Masukkan daun limau dan serai, kacau. Masukkan garam, gula dan ajinomoto. Bila air dah sedikit kering, pecahkan telur dan biarkan sehingga telur masak. Masukkan nasi, gaul sampai mesra dan sebati. Sesuaikan rasa dia dan siappp! 

Senang kan? Okay till we meet again xoxo!

Friday, August 5, 2016

"Cancer Is Never A Joke"


  1. Aku jumpa tweet ni kat timeline. Terus peristiwa tu datang menerpa menerjah memori.
Haritu hari keputusan penuh CT Scan mak keluar. Sebenarnya malam tu lagi doktor yang in-charge dah maklumkan serba sedikit tentang kemungkinan mak ada ketumbuhan di paru-paru. Tapi aku sangat yakin tumor tu bersifat 'benign' bukannya 'malignant'. Aku buat solat hajat mohon Allah permudahkan semua dan kembalikan semula nikmat kesihatan kepada mak. 

Jadi, pagi tu nurse minta kami berpindah keluar dari bilik wad yang khas untuk mak tu. Sebab ada pesakit tibi kena admit dan bilik kuarantin semua penuh. Kebetulan hari tu memang giliran aku menjaga mak di hospital jadi aku terus bantu pindahkan katil mak. Dalam kalut kalut cari tempat baru untuk mak, doktor yang sama datang ke arah kami.

Kau tahu tak debar dada aku ni macam mana? 

"Selamat pagi, cik. Macam mana hari ni?"

"Saya rasa macam dah boleh keluar harini lah doktor!" Ujar mak berseloroh.

Aku hanya tersenyum di birai katil.

"Ini anak yang nombor berapa,cik?"

Mak menjawab semua soalan yang diajukan dengan muka yang sedikit ceria. 10 hari mak berkampung di sini, mestilah dah tak senang duduk.

"Jadi saya terangkan keputusan ct scan tu pada cik dan anak lah ye. Kalau cik tak faham atau kurang jelas, cik cakap yee."

Kami mengangguk serentak sambil tangan mak aku genggam.

"Cik, ketumbuhan yang saya beritahu malam tadi, sebenarnya bukan di paru-paru je. Tapi dia dah pergi ke hati, limpa, dan beberapa bahagian kecil yang lain. Dalam bahasa mudahnya, dia dah merebak. Dari segi sains perubatan, kita panggil kanser ye cik. Dalam kes cik, minta maaf ye cik, kanser ni dah tahap 4..."

Doktor tu jelaskan lagi prosedur yang bakal mak lalui dan segala benda yang aku dah tak mampu nak serap masuk dalam kepala otak ni. Tangan aku sejuk dan menggigil. Aku pandang mak, dia senyum je. Terdetik juga di hati aku, mak ni dengar tak doktor tu cakap apa? Kenapa dia tenang je?

Lepas habis terangkan semua, doktor tu berlalu pergi. Entah bila masa dia pegang bahu aku pun aku tak sedar. Deria aku dah tak ada fungsi lepas dengar perkataan 'kanser' tu.

"Sasa, jangan bagitahu abah dengan kakak kakak kau dulu." Mak pandang aku. Masih dengan senyuman.

"Mak, sasa pergi amik kerusi kat luar kejap ye." Aku cium dahi mak dan berlalu.

Kau faham tak bebanan yang aku tanggung masa tu? Macam mana aku nak sampaikan berita ni pada abah? Pada kakak kakak abang abang? Pada adik yang paling rapat dan manja dengan mak? Hakikat yang mak akan tinggalkan kita semua? Ini kanser, beb. Kanser. Kau boleh kata ada keajaiban, ada pesakit kanser yang boleh sembuh, ada banyak alternatif, boleh usaha. Kau duduk tempat aku dan kau akan tahu. Otak kau takkan jadi positif serta merta dalam keadaan ni.

Dengan air mata yang bertakung, aku dail nombor kakak sulungku.

"Hello sasa~"

Masa ni satu je yang aku mampu buat. Menangis. Kakak aku yang masatu tak tahu apa apa pun menangis sama. Dalam tangisan tu aku bagitahu dia pasal penyakit mak. Laaaagilah kuat kitorang menangis. Aku tak perlu bagi sebab kenapa kena menangis walaupun masatu mak masih bernyawa dan ada peluang untuk sembuh. Aku yakin, sesiapapun yang melalui situasi ni akan faham. Serta merta.

Bila bukan kau atau ahli keluarga yang kena kanser, mungkin kau boleh jadikan benda ni bahan gurauan.

"Aku kalau jumpa manusia macam ni, boleh kena kanser doh!"

"Orang macam ni elok tuhan bagi dia kanser je lah lagi bagus."

"Mati kena kanser lagi baik dari kena langgar."

Ini ayat ayat yang aku pernah dengar/baca. Seriously, this is not a joke. Be it penyakit apa pun, don't make fun of it. Bcs you have never seen your beloved ones hardly hanging on to their lives. You have never seen your mother's spirit going down after every ups when things didnt go the way she wanted  them to be. You have never seen your mother dying right in front of you and you just could stand there helplessly, uselessly.

Be kind with your words. Don't make them consume you.

May Allah bless your soul, mother. I miss you so much. ❤️

Friday, May 27, 2016

[RESEPI] Nasi Goreng Segera For Beginners

Hai asalamualaikum!

Fuhh lama betul tak datang sini ceh heehehe. So harini aku nak share lah resi nasi goreng walaupun semua orang dah reti goreng nasi tapi aku nak share jugak haha!

Actually, aku tak pernah properly belajar memasak daripada arwah mak aku. Masa dia sakit dulu lah baru aku betul betul masuk dapur. Masa tu, goreng nasi pun aku tak reti. Menyesal beb tak tengok mak masak :(

Disebabkan tak sempat dididik dengan sempurna (haha), so aku try lah buat eksperimen sendiri kat dapur. Well i spent 4 years in university doing research and experiments kot! hehe. So apa yang aku belajar sendiri adalah, nasi goreng akan jadi lebih sedap bila pakai banyak bawang besar/merah, dan kalau rencahnya ditumbuk berbanding dikisar.

Jadi, bagi anda yang baru nak belajar memasak nasi goreng, dan bagi anda yang tak suka ada sayur atau kangkung dalam nasi goreng, entri ini adalah untuk anda! Yay hehehe

Bahan bahan:

Nasi putih
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Cili padi
Bebola ikan
Telur
Garam
Gula
Ajinomoto

*kuantiti ikut berapa ramai nak makan. Bawang besar kasi banyak banyak sikit baru padu

Cara cara:

Bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi ditumbuk lumat. Kalau nak kisar pun boleh tapi kisar jangan sampai hancur lumat pulak!

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan bahan tumbuk tadi sampai naik bau. Masukkan bebola ikan yang dah dipotong kecil dan gaul sampai mesra dan sampai bahan sedikit kering.

pecahkan telur dalam kuali tadi dan biarkan sekejap sampai telur sedikit masak. Masukkan garam, gula dan ajinomoto. Gaul mesra.

Masukkan nasi putih dan gaul lagi sampai sebati. Tambahkan garam kalau kurang masin. Siap! K dah bye.

Wednesday, May 18, 2016

[TRAVEL & BACKPACK] ITINERARI TRIP SOLO SEHARI KE PENANG DENGAN BAJET BAWAH RM150!

Hai assalamualaikum!

 Seperti yang dah dijanjikan, ini adalah full itinerary untuk solo backpacking trip aku ke Penang haritu dengan menaiki public transport. Kat bawah ni aku sertakan sekali route bas CAT sebab kat area bandar Georgetown memang nak pergi memana lagi senang pakai CAT. Dahlah free tak payah bayar! Jimat tenaga nak angkut beg lagi hahaha.

CAT route




So inilah itinerary aku berbackpack di penang dalam masa satu hari dengan bajet yang rendah. Actually banyak jelagi boleh pergi tapi stamina aku ni tak setinggi gunung, kaki pun asyik lenguh je hahahaha so aku limitkan lah tempat tempat. Kalau dapat, next time nak pergi area Teluk Bahang pulak. Masuk Taman Negara Penang, rentas titi, main escape fuhh mesti best.

Okaylah. Next entri aku akan kongsi hasil research aku selama sebulan sebelum pergi penang sorang sorang ni haha! See you next time! Xoxo




Monday, May 16, 2016

[TRAVEL & BACKPACK] One-Day Solo Trip to Penang!

Hai assalamualaikum!

Entri kali ni aku nak kongsi pengalaman aku buat kerja gila main redah je pi pulau pinang dalam masa satu hari sambil angkut backpack kat bahu hehe. Next entri insyaAllah aku share itinerary siap total budget apa semua.

So actually minggu lepas aku pergi Shah Alam sebab ada training kat sana seminggu so around Friday tu dah habis lah training nya. Dalam pukul 4.30petang camtu, dari HQ Toyota, aku terus drive pergi Putrajaya. Sebenarnya plan ni aku dah buat sejak middle April tapi kalau ikut plan asal, sepatutnya 2Hari 1Malam tapi sebab Isnin tu kena kerja,and takut nanti penat sangat, so aku jadikan dia 2Malam 1Hari. 2 malam aku spend bantai tidur dalam public transport! Jimat! Hehe.

Dalam masa sebulan tu, memang aku buat research kaw kaw punya sebab ini pertama kali aku nak berjalan jejauh sorang sorang! So planning is really a critical subject. Kena plan betul betul sebab kita tak tahu apa akan jadi kat sana nanti. Tak cukup duit ke, apa ke kan. Tapi bab planning, aku taknak cerita sekarang sebab bab tu banyak gila kalau nak cerita haha. Nanti aku buat entri khas untuk planning eh.

Kenapa aku kata aku buat kerja gila main redah? Satu, sebab tak ada guide yg proper. Semua aku google. Dua, sebab cuaca. Musim hujan weh! Kaji cuaca siap ramalkan tarikh yang aku pergi tu bakal hujan siap ribut petir kau tahu! Tapi syukur alhamdulillah. Allah bantu permudahkan. Sepanjang aku backpack kat Penang, cuma jumpa gerimis je dari pukul 3pm sampai 5pm. 

So aku decide untuk park kereta kat Park & Ride Putrajaya sebelah Putrajaya Sentral sebab situ tempat paling selamat, mudah dan agak murah untuk simpan kereta. Aku tahu ni pun sebab aku buat survey kat group fb Backpacker Buddies Malaysia (BBM). Lepas park, aku terus naik ERL pergi KL Sentral sebab niat di hati nak pi Penang by train. Malangnya, aku sampai je kat kaunter tiket, depa kata tiket ke Butterworth dah habis. Sedih betul. So aku naik ktm komuter patah balik ke TBS.

So sampai TBS dalam pukul 9, aku beli tiket bas Transnasional ke Butterworth pukul 12malam supaya bila aku sampai Butterworth, tak awal sangat, tak lewat sangat. And alhamdulillah memang nice gila sampai sana dalam pukul 6.20pagi. Tapi sengsara jugaklah aku tahan sejuk aircond bas. Part ni aku terlepas pandang sebab lupa nak bawak sweater tebal walaupun dah tahu diri sendiri ni kulit nipis tak tahan sejuk huaa.

Turun bas tu terus pergi surau kat belah kiri terminal bas Butterworth kat area teksi. Sebelah surau tu ada toilet. Kat situlah aku mandi siap solat apa semua. Lepastu aku gerak pi Terminal Feri Sultan Abd Halim. Anggaran jalan kaki dalam 3 minit lah. Sebelum tu aku beli siap siap tiket bas dari Butterworth ke Putrajaya Sentral. Harga tiket semua nanti aku share kat entri satu lagi tau.


Naik feri dalam pukul 8 pagi, 15 minit jakun jakun atas feri, maka sampai lah kat Georgetown pukul 8 suku. Jalan kaki 2 minit, pergi kat Terminal Bas Weld Quay naik bas CAT untuk breakfast roti canai famous kat Jalan Transfer. Yang bestnya, bas CAT ni free takyah bayarrrrr! Tapi dia cover route untuk central region kat Georgetown ni je. Kalau nak pi Batu Ferringhi ke Bukit Bendera ke, kena naik bas lain yang berbayar. Nak naik bas CAT ni kena pi kat Lane 7. Pastu untuk ke Jalan Transfer, kena turun kat Hentian 11. Kedai yang roti canai sedap tu betul betul kat seberang jalan tempat turun bas.

Bertemankan backpack dan buku nota planning aku, makan roti canai banjir + teh tarik sampai agak agak dah boleh angkat punggung, aku pun bayar dan chow. Pastu aku naik bas CAT, satu round balik ke terminal bas. Sebab, aku nak tengok mana je route yang bas CAT ni pergi so senang lah nak match kan dengan itinerary yang aku dah buat. Sampai kat terminal, aku naik bas RapidPenang nombor 204 untuk ke Bukit Bendera. Bas ni je yang pergi sana tau. Take note.


Dalam 30 minit perjalanan, barulah sampai kat Bukit Bendera. Masatu jam dah hampir pukul 11. Cuaca panas terik tapi okay lah as long as tak hujan haha. Bukit Bendera ni banyak tempat kau boleh explore so dua jam kat sana memang takde hal. Spare air mineral banyak banyak sikit tau. Sebab aku berjalan sorang, banyak gambar selfie je hahahahaha. Dahlah angkut backpack ke hulu ke hilir kahkah.


So dah puas berjalan panjat bukit, dalam pukul 1.30 naik bas 204 balik ke Terminal. Dalam bas aku bantai tidur letih woo. Sedar sedar bas dah berenti kat terminal dalam pukul 2 macamtu. Angkut beg, masuk toilet kat terminal, nampak je ada shower, aku decide untuk mandi sebab masyam bau peluh hehe. Selesai freshen up, aku naik bas CAT turun kat Lebuh Chulia. Hentian nombor berapa tah tak ingat ah. Within walking distance, aku jalan pi Masjid Kapitan Keling dengan bantuan penduduk situ. The best part about Georgetown is the PEOPLE. Ya Allah everyone I met was so kind and helpful and friendly I fell in love right awayyyyy.

 So lepas solat jamak qasar kat masjid tu, gerimis pun mula turun. Nasib baik aku bawa payung hehe fefeeling kat korea pun adaa. Jalan sikit masuk lorong depan masjid, Lebuh Chulia, aku jumpa Restoran Kapitan. Makan Nasi Milani + teh o ais limau. Memula aku rasa nak marah jugak sebab orang ramai tapi staf tak cukup. Setengah jam i was left unattended okayyy tapi nasib baik lah nasi milani dia sedap and banyak omg kenyang and puas hati EXCEPT for the services hmm.


 Lepas makan, gerimis pun berenti. So aku ambil peluang cuaca yang redup and sejuk tuuu jenjalan kat lorong Little India. Aku plan ingat nak cari street art tapi sebab dah pukul 5 rasa nanti takdapat pergi tempat lain, so aku gerak pergi Padang Kota Lama. Lepak tengok laut tengok burung gagak tengok bebudak menangis kena kcau dengan badut, pastu main buaian tanpa mengisahkan persepsi orang lain kahkah. Actually masa ni, aku ajak member aku yg study kat USM Pulau Pinang datang jumpa and lepak sama hehe.


 Dalam pukul 7 tu member aku offer nak bawak aku pergi memana yang aku nak pergi so aku ajak dia pergi Batu Ferringhi Night Market. Okay kalau nak naik bas, make sure bas RapidPenang nombor 101 okayy? Sama ada naik dari terminal bas, ataupun dari KOMTAR. Jarak dalam 30 minit perjalanan. Pukul 7.30 dah sampai, singgah surau kat Petronas, solat jamak qasar maghrib-isyak, pastu berjalan pergi night market bebetul depan petronas tadi tu. Night market dia bapak panjanggg. Lenguh bak ang. Macam macam ada jual situ tapi aku tak beli apa apa lah pun haha. Belakang night market tu ada beach so dah habis satu round , kitorang pun pergi pantai. Cabut kasut, jalan tepi laut menghala ke arah nak balik ke petronas. Sepanjang jalan tu ya Allah bestnya angin laut dengan suhu air yg hangat hangat dengan bunyi ombak. Syukur cuaca best. Hikmah Allah bagi.

 Habis tu, dalam pukul 9 kitorang gerak balik ke Georgetown. Kalau naik bas, jangan risau. Bas sentiasa ada. Sampai Georgetown dalam pukul 9.30, terus pergi Restoran Sup Hameed. Famous juga lah kedai makan ni. Sebab kaki pun dah penat asyik berjalan je tak rehat, so aku decide untuk habiskan masa dengan duduk lepak situ je. Pukul 10.30 macam tu, kitorang jalan kat area situ ala ala cafe style window shopping lah haha.Surprisingly, banyak lagi tempat best best area Love Lane punya lorong. Sayang betul masa dah tak banyak. Kekangan.

 Pukul 11.30 balik jeti. Malangnya, the next ferry cuma akan gerak pukul 12.30 je. Kalut gilalah aku planning dengan timing dah tak selari. Kau bayangkan lahhh tiket bas aku pukul 12.30 kot! Matilanakk. Terus aku call nombor kat tiket bas. Kawtim punya kawtim drebar bas tu kata dia boleh tunggu tapi kena cepat. Kalau tak, dia tinggal. Maka berlarilah aku dari tempat feri berenti sampai lah kat tempat bas gila kauu beg berat kaki penat dah tu nak kejar bas lagi hahahaha nasib baik tak kena tinggal. I've told you warga Penang banyak yang murni hati budinya huhu.

 Masuk bas je terus gelap dunia aku. Tidur macam sebulan tak tidur hahaha alhamdulillah selamat sampai kat Putrajaya Sentral.

 Allah banyak tolong aku. Ni first experience aku kot nak solo travelling. Dahlah perempuan, tempat tu tak familiar langsung pulak tu. Kau nak tahu, sebenarnya aku berdoa sungguh sungguh mintak Allah lancarkan perjalanan aku. Dia tahu macam mana nak ubat hati aku yang cedera ni. Dia pertemukan aku dengan manusia manusia yang baik di sepanjang perjalanan aku walaupun pergi satu hari je haha. But still, aku bersyukur gila semuanya berjalan lancar, dapat pergi tempat yang asing bagi aku, rasa macam baru dapat semangat baru tahu tak haha. Aku macam nak cadangkan kat sesiapa yang patah hati or tengah frust, dan rasa macam nak bawa diri tapi takutkan keselamatan, pergilah Georgetown. Go find your true self. Challenge yourself. Get out of your comfort zone. Find some useful thing to distract you and at the same time can build the stronger version of you.

 Hmm macam pakar motivasi pulak tetiba. Okay lah. Nanti kita sambung kat next entri. Aku akan share budget itinerary aku untuk trip sehari ke penang ni. See you there!

Wednesday, April 27, 2016

[RESEPI] Kentang Goreng Sambal Bilis

Hai assalamualaikum!

Harini kita nak kongsi resepi lauk fav sendiri. Dulu masa belajar kat UTM mesti kena ada lauk ni. Tak pernah jemu pun hehe. Actually kita tak tahu lah nama lauk ni apa tapi kita panggil dia kentang goreng sambal bilis. Rupa dia cenggini haa.



Tapi bila kita yang masak, rupa dia terus jadi cenggini kakakakakaka!



Tak kisahlah takde rupa pun yang penting rasa dia tu serupa dengan yang kita makan kat arked cengal UTM dulu! Wallawehh puji air tangan sendiri pulak ;p

Okay so bahan bahan nya simple jee.

Bahan bahan:

3 biji kentang - potong bentuk wedges
Ikan bilis
Sebiji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
15 tangkai lada kering - dikisar
sos tiram
sos cili
garam
aji
gula

Cara caranya:

Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng kentang yang dah dipotong dalam bentuk wedges tu sampai garing. Bila dah siap, tos kan dan goreng ikan bilis pulak pakai minyak yang sama. Jangan membazir hehe. Pastu angkat dan tos kan.

Guna minyak baru, panaskan dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumis sampai naik bau. Masukkan pulak lada kering yang dah dikisar dalam kuali tadi dan tumis sampai pecah minyak. Lepastu masukkan satu sudu sos tiram, satu sudu sos cili, garam, aji dan gula. Gaul sampai sebati. Masukkan kentang dan bilis yang dah digoreng tadi dan gaul sampai mesra. Siap! ;D

Rindu pulak nak balik UTM.

Monday, April 25, 2016

[RESEPI] Asam Pedas Ikan Kembung

Hai assalamualaikum!

 Harini actually tak berapa sihat. Tapi nak jugak share resepi lagi kat sini sebab dah mengada-ngada pergi kerja dalam keadaan badan tak berapa nak kuat pastu end up datang kerja bosan takde buat menda haha.

Biasalah weh. Ekonomi negara kita memang tengah teruk ni. Buktinya, slow gila jualan kereta dua tiga bulan ni wehhh kita makan apa yang kita masak jeeee. Dah lama tak makan kat kedai huhu.

Okay lah sempat pulak mengadu domba hehe. So harini kita nak kongsi resepi asam pedas versi orang johor. Ikan tak semestinya ikan kembung jee. Ikan selar kuning boleh, pelaling boleh, kerisi boleh, ikan mata besar pun boleh! Apa apa ikan pun boleh sajaaaaaaa. Apa beza asam pedas johor dengan negeri lain? Entah lah. Tapi kalau melaka punya, masam betul asam pedas dia kalau nak bandingkan dengan johor punya. Senang cerita, datang rumah meh. Kita bagi awak rasa asam pedas johor. :p


Tips masak asam pedas? Takde tips. Yang penting, asal pakai lada kering je, mesti kena betul betul tua bila tumis tu. InsyaAllah masak apa apa pun nanti jadi sedap. Actually kalaunak super sedap, instead of blender, baik tumbuk je satu satu bahannya. Tapi nak jimat masa, plus taknak kacau jiran atas bawah kiri kanan bila menumbuk tu, so blender je lah senang.

Bahan-bahan:

20 tangkai lada kering - dikisar
Sebiji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Seinci halia - dikisar
Seinci kunyit hidup - dikisar
*sebelum kisar tu letak minyak masak dalam blender kasi cepat hancur*
Sebatang serai - diketuk hujungnya
ikan kembung 3 ke 4 ekor
Asam keping satu
Garam
Aji
Gula

Cara caranya:

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali. Tumis sampai pecah minyak dan sampai sambal tu tua. Bila dah pecah minyak baru masukkan serai, tambah air, garam, aji dan gula. Pastu masukkan ikan, masukkan asam keping, biarkan mendidih. Kalau pedas sangat, tambah lagi gula. Kacau mesra dan siap! Selamat mencuba!

P/s: nak lagi sedap, tambah bunga kantan dengan daun kesum allahuu allahuu sedapnyaaaaaaa!

Sunday, April 24, 2016

[RESEPI] Mee Goreng Paling Senang

Hai assalamualaikum!

Harini nak kongsi resepi mi goreng pulak. Resepi ni sangat sesuai untuk newbies yang baru nak belajar memasak sebab tak leceh nak masak mi ni. Paling penting, telur kena extra, taknak taugeh! Hmm.

Selalu ada orang dia nak hilangkan bau kapur pada mi, kena rendam dalam air panas lah apa lah kan. Ikut korang lah. Tapi kalau kita, kita rendam pakai air biasa je. Pastu basuh sampai takde rasa minyak kat jari. Tos kering kering.

Satu lagi tips. Bila kita pakai lada kering ni, bila nak blender tu mesti susah nak hancur kan? Lelagi kalau pakai blender yang dah lama. Tips nak bagi senang hancur, rendam dulu lada kering tu dengan air panas sebelum blender. Pastu masa nak blender, letak minyak masak dalam blender tu. Letak separas dengan lada kering. Nanti masa nak tumis, dalam kuali tu letak sikit je minyak. Ok dah malas nak bebel. Jom tengok bahan-bahan yang nak guna.



Bahan bahan:

500g mi kuning
lada kering (blender) -ikutlah nak pedas mana
3 ulas bawang putih (blender)
seulas bawang besar (hiris)
sos cili
sos tomato
kicap
3 biji telur
bebola ikan/kek ikan
sawi
garam
aji
gula
lada merah (hiris)

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang besar yang dah dihiris dan tumis sampai naik bau. Masukkan pula lada kering dengan bawang putih yang dah dikisar tadi. Tumis sampai sambal tua dan pecah minyak. Tambah sedikit air dan masukkan sawi. Biarkan sampai sawi sedikit layu, masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah sedikit garam, aji dan gula sesedap rasa, masukkan fishball/fish cake. Gaul sampai mesra. Masukkan pula mi kuning. Gaul lagi sampai mesra, pastu pecahkan telur atas mi tadi. Biarkan sampai telur sedikit masak sebelum digaul bersama. Gaul lagi sampai kuah sedikit kering pastu masukkan lada merah sebagai hiasan. Tutup api, dan siap! Selamat mencuba!

Friday, April 22, 2016

[RESEPI] Tomyam Ayam Paling Simple dan Sedap Teruk!

Hai assalamualaikum!

Hamboi rajinnya kita update blog hari hari hehe. Sejak sejak putus cinta ni setiapkali tengah free takde benda nak buat je mesti bukak blog either buat blogwalking session tak pun tulis entri baru hahaha sadis nya k sedih aa cemni.



Okay harini kita nak share resepi tomyam yang kita belajar dengan arwah mak dulu. Tomyam ni senang and sangat simple. Tak leceh dan boleh jimatkan masaa lelagi bagi wanita yang bekerja macam kita ni pepagi pukul 5.30 dah ketang ketung kat dapur pastu berkecah mandi bersiap pergi kerja phew phew. Nak adjust tudung je dah 15 minit kan!

Satu benda yang mak kita ajar, kalau nak dapat tomyam yang sedap, masa tumis tu kena pastikan bahan bahan tumis tu betul betul naik bau dan hampir garing tapi jangan garing sangatt! Okay banyak bebel sangat ni meh tengok bahan bahan yang diperlukan

Bahan-bahan:

Ayam
Bawang besar dimayang
Bawang putih dihiris
Serai diketuk
Cili api dihiris
Kiub tomyam knorr
Pes tomyam adabi
Asam keping
Lobak potong bulat
Fishball
Garam
Ajinomoto
Gula

*kalau nak tambah udang ke kubis bunga ke tomato ke silalah ikut suka*

Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih, dengan serai dan tumiskan  sampai layu dan naik bau. Masukkan ayam yang dah dipotong dan dicuci ke dalam periuk tadi dan gaul sampai mesra. Masukkan air sampai takat ayam tadi. Ngam ngam je airnya pun takpe sebab nak bagi ayam cepat masak. Masukkan  lobak, kiub tomyam, pes tomyam dengan cili api. Kiub dengan pes tu biasanya kita agak agak je ikut lah berapa banyak ayam. Kalau terletak lebih kiub dengan pes tu pun takpe. Kalau pekat sangat nanti tambah lah air. Asam keping masukkan lah satu. Banyak banyak nanti masam sangat pulak hehe. Okay sekarang kacau bahan bahan dalam periuk tu pastu tutup periuk dan biarkan sampai ayam masak. Nak tahu ayam dah masak, tengok tulang dia warna merah ke hitam. Kalau hitam, dah masak lah tu. Overcooked pun takpe tak jejaskan rasa pun. Bila ayam dah masak, tambah air ikut berapa banyak kuah kita nak, pastu masukkan bebola ikan, garam, ajinomoto dengan gula. Gula tu ikutlah kalau pedas sangat tomyam kita tu, taruk lah gula lebih sikit. Kacau sampai mendidih dan siap!

Biasanya sambil tunggu ayam tu masak, kita pergi sidai kain dulu, cuci pinggan mangkuk pisau apa semua, kemas kemas dapur, masak nasi, siap siapkan baju nak pergi kerja, pastu baru sambung masak kehkehkeh multitask weh!

Okay lah selamat mencuba! :D

Thursday, April 21, 2016

[REVIEW] Toyota Hilux 2016: Kelahiran Baru Selepas 10 Tahun!

Meremang bulu tengkuk baca tajuk entri kali ni bhahaha!

Sebenarnya dah lama nak tulis review pasal hilux baru ni. Sejak dari sesi test drive bulan 3 lagi! Ok takpe. Tengok gambar ni duluu



Review harini kita nak cerita pengalaman test drive pick up truck ni je. Bab body enjin suspension yada yada tu kita tak cerita detail kat sini lah kot sebab itu semua kerja paultan dengan carlist dengan carsome je. Hehehehehehehe k gurau.

Basically semua peminat hilux dah tahu pasal hilux. Dah 10 tahun pakai enjin yang sama. Cuma tukar body tukar front part jadi facelift tukar itu tukar ini je. Enjin, 10 tahun laa tu je yang tak tukar. Akhirnya, kalini mungkin UMW dah jumpa formula yang betul betul sacred and powerful and majestic after years of researches!



Bagi yang belum tahu, Hilux 2016 ni didatangkan dalam varian enjin 2.4 dan 2.8. Walaupun cc dikecilkan berbanding hilux lama yang ada 2.5 dan 3.0, tapi horse power dengan torque dapat ditingkatkan. First sekali kena faham beza torque dengan horse power. Horse power ni adalah kuasa yang diperlukan bagi enjin untuk menolak kereta ke hadapan. Torque ni pulak tenaga yang diperlukan enjin untuk menarik badan kereta yang besar dan banyak beban ni. Kuasa tolakan dan tarikan ni sangat penting especially dalam keadaan muatan yang banyak dan keadaan jalan berbukit. Kereta kalau tengah berhenti pastu nak mula bergerak pun, perlukan horse power dan torque yang bertepatan. Semua keadaan yang kita nyatakan ni lah yang menentukan kereta atau pickup truck tu makan minyak ke tak, dan penentu sekuat mana kereta/pickup truck tu.

Jadi sekarang dah faham tak, apa yang dimaksudkan dengan kekuatan enjin kereta? Ok bagus. Basically, hilux baru ni memang lagi kuat daripada hilux lama. Dan lagi smooth. Sebab? Dah pakai gearbox baru! Super ECT dengan 6 transmisi kelajuan oh my. Yang sebelum ni 4 speed je weh hehe. Apa lagi yang menyokong kehebatan hilux baru ni? Tayar. 17" untuk 2.4 punya varian, 18" untuk varian 2.8. Pasal hilux lama tu, ramai customer bising kata tayar kecik, diorang teruih tukar tayar besar. Laa ni kau nak besar mana lagi deknon? Haha.

Ok settle pencerahan enjin. Lain nak tahu, datang showroom toyota yang dekat dengan rumah awak 6 Mei ni. Ada launching event. Pi lah tengok. Hehe.

Sekarang kita nak cerita pengalaman kita drive pickup truck yang power ni pulak. Oh by the way. Intercooler dikekalkan tau! Cuma diubah kedudukan je. Nanti datang showroom, mintak sales advisor tunjuk eh intercooler tu kat mana :D

First Impression




Handsome dan gagah. Dari jauh kita dah in love
dengan wajah baru Hilux ni. Benda pertama yang kita tengok, kunci. Wireless key. Wow. Push Start lah ni. Macam toyota sedan yang lain. Second, pintu. Security feature dah di upgrade. Somehow, pintu dia kalau ada pencuri pecahkan tingkap, tangan seluk dalam nak bukak pintu dari dalam, the door WON'T open! Haa junuh lah pencuri tu nak mencuri. Third, interior. as nice as always. Radio upgrade dah touchscreen dah sekarang siap ada reverse camera takyah tambah duit utk upgrade radio dah laa nii. So far untuk design based on first impression, I am satisfied.

Pemanduan




Enjin yang pakai diesel sebagai bahan bakar biasanya ada bingit sikit tapi tak untuk hilux baru. Cabin noise  dia boleh kata almost perfect macam SUV! Yes actually rasa macam tengah duduk dalam SUV. Steering as user-friendly as ever. So kita pun kenkonon nak tunjuk power so kita tekan lah minyak mendadak ceh mementang trainer sebelah kita tu llaki bujanggg hahaha. Smooth gila weh. Serius. Gear dia bertukar from one to another rasa smooth dan tak kejung pun. Oopps dah syok drive laju tu tetiba depan ada bonggol. Okay kita tak sempat tekan brek but thank goodness hilux baru ni tak bumping! Sangat tak menyesal tak tekan brek haha!

Cornering




Tayar dah besar, Pastu height pun dah dikurangkan, so apalah sangat main kona kona ni. Rileks je tak terbalik tak. Unless awak drive pickup truck macam drive lamboghini haa yang tu memang terbalik berguling lah bukan takat hilux, ford ke isuzu ke triton ke semua pun boleh terbalik. Agak agak lah weh hehe. Yang penting, Hilux ni ada Vehicle Stability Control insyaAllah kalau awak bawak cara yang betul, tak terlajak masuk parit. Kalau terbabas pun, ada 7 airbags no worries hehe.



 Kita tak pernah try offroad tapi awak boleh lah pergi ke mana mana big roadshow yang toyota anjurkan, awak boleh rasa sendiri duduk kat passenger seat, nanti trainer tu bawak awak pergi jalan offroad. Jangan lupa request untuk aktifkan A-Traction Control dengan Differential Lock tau!

Oklah tu aje kita nak kongsi. Nanti datanglah showroom Toyota Segamat, boleh borak panjang sikit :p

 HARGA HILUX ADA KAT SINI

Till then! Selamat men-testdrive!

[TIPS] Cara Goreng Ikan Tanpa Meletup + Tak Lekat Di Kuali.

Hai assalamualaikum!

Yay for the comeback of the kitchen girl hehe. Sebab ada reader yang suruh kita aktif kat blog semula, so kita rasa kita nak share sikit tips dari indonesia ni sebagai permulaan.

Dulu kita tak suka betul goreng ikan sebab dah lah asyik letup je minyak dia sampai kena tangan kena pipi pastu bila nak terbalikkan ikan nye tu kemain dia melekat dalam kuali sampai tercabut cabut kulit dia kita sodok pakai sudip :(

Terima kasih pada sorang mbak dari indoneshia yang sudi mambantu aku lagian terus nggak ada lagik kemurungan si ikan. 

CARA GORENG IKAN TANPA MELETUP DAN TAK MELEKAT



Bahan-bahan:

Ikan (apa apa je)
Serbuk kunyit
Garam
Tepung jagung
Asam keping 

Cara-caranya:

Basuh ikan yang dah disiang macam biasa lah sampai bersih. Toskan. Kalau boleh sampai ikan dah tak berair. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam macam biasa. Dalam keadaan ikan yang tak berair sangat tu, memang sekata je serbuk kunyit tu elok je dia salut ikan. Cuma kena letak banyak sikit lah serbuk tu huhu.

Panaskan minyak dalam kuali. Macam yang biasa awak nak goreng ikan tuuu. Pastu masukkan sesudu kecil tepung jagung dalam kuali yang dah panas tu. Pastu terus masukkan ikan tadi. Haa tak meletup kan minyak dia? Hehe. Lepas masukkan ikan, masukkan pulak asam keping satu. Yang kecik je.

Balik-balikkan ikan, dah garing, boleh angkat! Hehe selamat mencuba! :D

Saturday, March 26, 2016

Faith.

You put too much hope towards human
And they end up disappointing you again
And all over again.

You put too much hope towards human
Your expectation turns up higher
And you become afraid
It might kill you.

You put too much hope towards human
One day they abandon that innocent hope
You are now left with no more hope to spare
And you might not trust anyone with that same kind of hope again.

You're helpless.
And hopeless.

Pour all your hopes and fears to Him.
You might fall.
You might be broken.
You might get frustrated.
You might be left.
Again and again.

But with that faith,
You will no longer be afraid
Of hoping.