Meremang bulu tengkuk baca tajuk entri kali ni bhahaha!
Sebenarnya dah lama nak tulis review pasal hilux baru ni. Sejak dari sesi test drive bulan 3 lagi! Ok takpe. Tengok gambar ni duluu
Review harini kita nak cerita pengalaman test drive pick up truck ni je. Bab body enjin suspension yada yada tu kita tak cerita detail kat sini lah kot sebab itu semua kerja paultan dengan carlist dengan carsome je. Hehehehehehehe k gurau.
Sebenarnya dah lama nak tulis review pasal hilux baru ni. Sejak dari sesi test drive bulan 3 lagi! Ok takpe. Tengok gambar ni duluu
Review harini kita nak cerita pengalaman test drive pick up truck ni je. Bab body enjin suspension yada yada tu kita tak cerita detail kat sini lah kot sebab itu semua kerja paultan dengan carlist dengan carsome je. Hehehehehehehe k gurau.
Basically semua peminat hilux dah tahu pasal hilux. Dah 10 tahun pakai enjin yang sama. Cuma tukar body tukar front part jadi facelift tukar itu tukar ini je. Enjin, 10 tahun laa tu je yang tak tukar. Akhirnya, kalini mungkin UMW dah jumpa formula yang betul betul sacred and powerful and majestic after years of researches!
Bagi yang belum tahu, Hilux 2016 ni didatangkan dalam varian enjin 2.4 dan 2.8. Walaupun cc dikecilkan berbanding hilux lama yang ada 2.5 dan 3.0, tapi horse power dengan torque dapat ditingkatkan. First sekali kena faham beza torque dengan horse power. Horse power ni adalah kuasa yang diperlukan bagi enjin untuk menolak kereta ke hadapan. Torque ni pulak tenaga yang diperlukan enjin untuk menarik badan kereta yang besar dan banyak beban ni. Kuasa tolakan dan tarikan ni sangat penting especially dalam keadaan muatan yang banyak dan keadaan jalan berbukit. Kereta kalau tengah berhenti pastu nak mula bergerak pun, perlukan horse power dan torque yang bertepatan. Semua keadaan yang kita nyatakan ni lah yang menentukan kereta atau pickup truck tu makan minyak ke tak, dan penentu sekuat mana kereta/pickup truck tu.
Jadi sekarang dah faham tak, apa yang dimaksudkan dengan kekuatan enjin kereta? Ok bagus. Basically, hilux baru ni memang lagi kuat daripada hilux lama. Dan lagi smooth. Sebab? Dah pakai gearbox baru! Super ECT dengan 6 transmisi kelajuan oh my. Yang sebelum ni 4 speed je weh hehe. Apa lagi yang menyokong kehebatan hilux baru ni? Tayar. 17" untuk 2.4 punya varian, 18" untuk varian 2.8. Pasal hilux lama tu, ramai customer bising kata tayar kecik, diorang teruih tukar tayar besar. Laa ni kau nak besar mana lagi deknon? Haha.
Ok settle pencerahan enjin. Lain nak tahu, datang showroom toyota yang dekat dengan rumah awak 6 Mei ni. Ada launching event. Pi lah tengok. Hehe.
Sekarang kita nak cerita pengalaman kita drive pickup truck yang power ni pulak. Oh by the way. Intercooler dikekalkan tau! Cuma diubah kedudukan je. Nanti datang showroom, mintak sales advisor tunjuk eh intercooler tu kat mana :D
First Impression
Handsome dan gagah. Dari jauh kita dah in love
dengan wajah baru Hilux ni. Benda pertama yang kita tengok, kunci. Wireless key. Wow. Push Start lah ni. Macam toyota sedan yang lain. Second, pintu. Security feature dah di upgrade. Somehow, pintu dia kalau ada pencuri pecahkan tingkap, tangan seluk dalam nak bukak pintu dari dalam, the door WON'T open! Haa junuh lah pencuri tu nak mencuri. Third, interior. as nice as always. Radio upgrade dah touchscreen dah sekarang siap ada reverse camera takyah tambah duit utk upgrade radio dah laa nii. So far untuk design based on first impression, I am satisfied.
Pemanduan
Enjin yang pakai diesel sebagai bahan bakar biasanya ada bingit sikit tapi tak untuk hilux baru. Cabin noise dia boleh kata almost perfect macam SUV! Yes actually rasa macam tengah duduk dalam SUV. Steering as user-friendly as ever. So kita pun kenkonon nak tunjuk power so kita tekan lah minyak mendadak ceh mementang trainer sebelah kita tu llaki bujanggg hahaha. Smooth gila weh. Serius. Gear dia bertukar from one to another rasa smooth dan tak kejung pun. Oopps dah syok drive laju tu tetiba depan ada bonggol. Okay kita tak sempat tekan brek but thank goodness hilux baru ni tak bumping! Sangat tak menyesal tak tekan brek haha!
Cornering
Tayar dah besar, Pastu height pun dah dikurangkan, so apalah sangat main kona kona ni. Rileks je tak terbalik tak. Unless awak drive pickup truck macam drive lamboghini haa yang tu memang terbalik berguling lah bukan takat hilux, ford ke isuzu ke triton ke semua pun boleh terbalik. Agak agak lah weh hehe. Yang penting, Hilux ni ada Vehicle Stability Control insyaAllah kalau awak bawak cara yang betul, tak terlajak masuk parit. Kalau terbabas pun, ada 7 airbags no worries hehe.
Kita tak pernah try offroad tapi awak boleh lah pergi ke mana mana big roadshow yang toyota anjurkan, awak boleh rasa sendiri duduk kat passenger seat, nanti trainer tu bawak awak pergi jalan offroad. Jangan lupa request untuk aktifkan A-Traction Control dengan Differential Lock tau!
Oklah tu aje kita nak kongsi. Nanti datanglah showroom Toyota Segamat, boleh borak panjang sikit :p
HARGA HILUX ADA KAT SINI
Till then! Selamat men-testdrive!
0 sahabat mencelah:
Post a Comment