Tuesday, December 24, 2013

Jatuh

Terhenti nafasku berlari
Dibelai lembut seindah mimpi
Berlagu berbisik hati mu
Semulajadinya aku jatuh - Liyana Fizi

Assalamualaikum peeps!

Well, macam biasa lah. Pagi ni ada test electromagnetism. Haruslah ceconteng sini dulu sebelum sambung revise. Kekekeke.

Aaa. Yesterday has been super duper chaotic. Alhamdulillah, I'm still here, breathing and smiling just like the other day.

Semalam, macam hari semalamnya, ada bidan datang rumah kakak aku untuk sesi mengurut. Oh, mungkin aku terlupa nak bagitahu yang sejak Kak Suri bersalin, aku ulang-alik je dari rumah dia ke UTM. Nak tolong jaga anak-anak dia lah sepanjang dia berpantang kenkononnya. Senanglah kalau abang ipar aku kerja, ada jugak yang nak tolong dia hantar anak-anak pergi taska semua tu since I can drive.

Nak dijadikan cerita, abang ipar aku tu kena hantar anak lelaki dia pergi ujian penentuan kelas sekolah agama sebab tahun depan dah darjah satu dah si abang tu. Aku pun tolonglah hantar mak bidan ni around 10 camtu. Rumah Kak Suri kat Bandar Putra Kulai, rumah mak bidan pulak kat Felda Taib Andak. Dalam 20 minit driving aa.

Lepas hantar mak bidan, aku pun drive balik. Actually, tu kali kedua aku masuk Felda Taib Andak tu. First time masuk, bukan aku yang drive. So, I'm kinda forget at which road was I at that time. Kalau korang pernah masuk, korang akan tahu lah betapa keciknya jalan felda taib andak tu. With poor signboard and penunjuk arah.

Oh lupa nak bagitahu jugak, masa tu aku bawak dua lagi anak sedara dalam kereta; si Kakak (9 tahun) and si Bambam (2 tahun). Dedua duduk kat seat sebelah driver. Masa tengah berbual dengan Kakak, aku ingat jalan yang aku tengah lalu tu main road. So dekat satu simpang empat tu, aku ingat "Ok yang ni memang jalan aku. So aku nak terus" and aku tak perasan aku sepatutnya belok kanan untuk keluar dari Taib Andak tu. I was thinking of going straight. And lagi satu yang aku tak perasan, ada kereta persona keluar laju dari simpang belah kiri aku. Bukan simpang pun sebenarnya since dia kat main road. Technically, aku yang tetiba keluar dari simpang tak berenti thinking that I was at the main road.

Gedeganggg! I was a little panicked. Kereta memang dah berlanggar. Dia tak brek, aku pun tak brek. Aku paut stereng ke kanan and ke longkanglah kereta viva kesayangan aku. Masa eksiden tu sempatlah jugak tangan kiri aku tahan anak-anak sedara aku tu takut-takut kepala diorang terhantuk kat dashboard nanti bleeding semua kang.

Nak dijadikan cerita, I didn't bring my handphones. Keluar sehelai sedompet je. Hmm.

So there goes my day. Alhamdulillah, walaupun kereta hancur depan, tapi takde major injury. Si kakak tangan kiri terkehel sebab dia peluk adik dia sambil tangan tahan kat pintu masa eksiden. Si Bambam pulak ade luka kecik kat kepala, dekat2 pusar dia. Aku adalah luka kat dahi, kaki dengan kening. Sikit je sebenarnya tapi darah meleleh-leleh macam hape akibat terlebih makan kerang LOL.

Alhamdulillah the kids are safe *sujud syukur*

Aku masih dalam trauma. And aku tak rasa aku boleh jawab dengan baik test kali ni. Tidur malam pun peristiwa tu masuk-masuk mimpi lagi.  Hmm. Allah nak tunjuk something kat aku ni. Oh and semalam jugak, lepas aku eksiden, aku dapat berita abang aku pun eksiden jugak kat kem dia masa tengah bawak motor. Melambung langgar van tukang masak. Tulang kaki dislocate katanya. Berbalut jugaklah. And Mak ofkos lah bingung nak pergi jenguk anak yang mana. And she end up coming to Kulai. Hehe.

I was truly sad. Driving was once my passion. Tapi tulah. Semalam abah cakap, "kita ni manusia tak selalu kat atas. Ada masa kita kat bawah. Sebab tu kita tak boleh selalu mendongak." And I was like.... *nangis peluk lutut*

And since I have some issues with my backbone, susah sikit nak tundukkan kepala. Mungkin sebab shock kot. Semoga tabah melepasi stage trauma, wahai Sasa. :)


Kalau kita dah berhati-hati macamane pun, benda yang ditetapkan untuk jadi, akan tetap terjadi.

Friday, December 20, 2013

Your Sun is Stupid

You're blessed by the sun,
But your sun is stupid,
And your life is like a broken joke. - Big Baby Driver


Asalamualaikum ya habibii ya maulanaa~

Alhamdulillah for having a good day today. Yay! *tetibe*

U'ollss, I dah dapat anak sedare lagiii. So sekarang secara rasminya i'oll dah jadik makcik kepada 4 orang kanak-kanak. Weeheee! Alhamdulillah, everything runs perfectly. Both my kakak and her son selamat :)

Nak tahu takk, semalam memang super hectic wa cakap lu. *gosok-gosok hidung*
Pukul 3 pagi aku berjaga kenkonon nak study lelaju untuk test malam tu supaya assignments yang aku kena submit hari yang sama tu jugak dapat disiapkan dengan bahagianya. Malang tak berbau, assignment tak siap. Oklah takpe, at least aku tak brain freeze masa test nanti ken ken kennn. Nasib baik sangat dapat lecturer yang lembut hati manis senyuman ni. Assignment gua submit kendian lah cerita dia.

And there goes my day. Kelas pagi sampai petang ada lab. Lepastu mencicit-cicit pergi test pukul 7.30 malam. Sampai-sampai kat dewan test baru aku perasan, KALKULATOR TAK BAWAK! (berianya caps lock -.-') So, aku mintak tolong Esyah mesejkan Dr Raja, mintak pinjam kalkulator. Alhamdulillah lah dapat. Aku macam happy habis lah kan dapat bersentuhan [warning! 18sx] dengan kalkulator lecturer pujaan ramai tu. Bhahahahahahahahahah!  Malangnyaaa, masalah berlanjutan apabila masa nak jawab soalan test tu, aku tak reti langsung pakai kalkulator legend Dr Raja tu. Langsung hokeh. *nangis peluk lutut*

Habis test, aku dapat call dari abang ipar, bagitahu yang Kak Suri dah masuk wad. Dia mintak tolong aku amik anak-anak dia kat taska and tidur rumah dia malam tu. I was like, gelabah nokk. Well hey, aku tak tidur dari pukul 3 pagi, tak rehat curik-curik tutup mata langsung, sampai habis test mata aku renyuk teruk, memang gelabah lah kan. Haha. Orang lain yang nak bersalin, aku beria gila gelabah panik bagai. Ngahah!

Cerita dia, sambil cakap telefon tu sambil berjalan, mata tengok langit, gedebuk. Jatuh wei. Ha'ah aku jatuh tergolek tersadung kat rantai besi yang tutup parking kat fakulti sains tu haa. Aku nak nangis jugaklah sebab sakit. Tapi belakang aku ada ramai budak berlari nak tengok diva jatuh tergolek, nak tadah tangan doa selamat semua, (LOL) so aku amik inisiatif untuk ketawe. Heh, cool kan, lepas jatuh terus ketawe? :')

That's it. Aku nampak hikmahnya. Alhamdulillah, soalan-soalan yang masuk test semalam tu hampir semua aku boleh jawab sebab part-part tu je yang aku study pun. Yang lain aku jenguk-jenguk gitu je. And assignment yang kena hantar hari Jumaat harini pun end up dipanjangkan deadline sebab lecturer tak masuk kelas tadi pagi. Well aku memang tengah work on it sekarang tapi termenyimpang masuk blog pulak. Eheh. :p

Aku menyesal sebab banyak mengeluh semalam. Kalau aku kurangkan sikit mengeluh, mungkin aku boleh nampak lagi banyak hikmahyang tersembunyi. :)

Hokehlah. Kak Sasa nak jemur baju, nak kemas bilik dulu before pergi tengok new-born baby kak suri. Till then! ^^

Wednesday, December 18, 2013

Light Writing

And I fell for the wrong mission
Drowning in slow motion
Lucky I found
The photograph - Liyana Fizi

  “like a deer in the headlights, frozen in real time and I'm losing my mind, it's time to move on”


Assalamualaikum silent readers :)

Well alhamdulillah for still breathing, living healthily. I'm as grateful as always. Today is no exception. :)

This past two weeks was full of chaos. I was hoping for a candy week ahead before I realized this week is gonna be a hectic week. Tapi takpe, Allah will never burden you with something He know you wouldn't able to bear.

Alahai, dah lama rupanya tak cuci mata kat sini. Bukak-bukak dashboard pagi ni baru perasan ada anonymous komen 11hb yang lepas. Lol.

I know I sometimes can't control my emotions. I can be a mad cow at times but it could be once in a month or two. Heheh. No I don't expect people would like to read my entries all the time. Me is no Keknis or Dena Bahrin anyway.

Uh, tone penulisan harini random sangat kan. Liyana Fizi kata 'tragedy happens in a wonderful time'. I guess my life is too wonderful for tragedy over tragedy to happen lol. Tapi kan, setiapkali aku rase tengah bertragedi, aku akan cakap kat diri sendiri, 'Sokeyy Sasa, benda-benda ni yang akan buat kau lagi menghargai nilai hidup kau nanti.' I know I might say it out of sympathy towards my ownself but who cares? It helps.

By the way people, pergi lah tengok cerita Kolumpo kat pawagam! Best tahu tak? Lagi-lagi minah kampung yang tak hidup kat Key-Ell macam aku ni kan, haaa pi tengok. Bukak sikit mata tu. Life in Kolumpo is not the same like Jobaru. Eh? Haha.

Eh actually, there's sooooooooo many stories to tell but later lah. Today's a bit busy. Assignments dengan upcoming tests berlambak padahal dah minggu terakhir lecture. Huwaaak!

Till then! Bubye! ^^