Wednesday, May 22, 2013

Kimia.

Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita - Melda Ahmad

Assalamualaikum ^^

Wah sekejap je dah nak habis semester empat! Lagi empat semester je lagi yay! :D

Dua minggu ni memang minggu cabut kepala. Stress ya ampunnn! Tapi alhamdulillah, dah berjaya mengadap segala stress dengan senyuman. Minggu depan pun bakal stress jugak tapi rileks lah kan. Zaman degree datang sekali ni je kot. Haruslah tersenyum lenggang kangkung setiap hari :)

So semalam aku makan berdua dengan Yana. She's my fav sistermate (?) Tengah makan2 dok cuci mata tu tiba2 dia tanya ciri2 lelaki ideal aku. Puhahahahahahaha! *gelak tersembur ayam seketul*

Ok.

First thing first, secara fizikalnya. Biar dia ada rupa yang biase2 je. Tak buruk sangat, tak lawa sangat. Aku tak suka lelaki yang handsome sangat sebab kalau dia terlalu handsome nanti ramai orang suka kat dia. Aku taknak cemtu. Aku nak aku sorang je suka kat dia. Boleh gitu? Mih mih mih. Dan aku tak suka lelaki yang kurus sangat. Sebab aku pun kurus keding. Nanti kalau dedua keding nanti camneee :(

Above all, semestinya lelaki yang baik itu adalah lelaki yang ideal untuk aku. Ecewah! Macamane nak tahu dia baik? Bila kita nampak sifat penyayang (tanpa pura-pura) dia, maka baiklah tu. Macamane nak tahu dia penyayang? Tengok cara dia hadap budak kecik. Atau yang paling simple, tengok cara dia hadap kucing. :)

Yang pastinya, wujud ke lelaki yang aku anggap ideal ni? Hew.

Wassalam.

P/s: Perempuan serba-serbi macam aku ni patutnya tak boleh demand sangat. Tapi Yana kata semua orang pun mesti ada standard sendiri. Tak kisah macamana pun, mesti ada ciri2 yang kita nak. Dapat tak dapat, rahsia Allah. Hihikss


Sunday, May 12, 2013

Tuesday Song.

I don’t know how to say goodbye
I don’t know how to quit you
Never say goodbye, I’ll hold you tight
even in the dark - Big Baby Driver

Assalamualaikum :)
Aaa. Harini bukan selasa. Har har.

Harini hati aku sangat kusut. Kusut dengan diri sendiri. 

Aku selalu anggap manusia yang memberi harapan itu adalah manusia yang kejam. Hambik. Aku sedang menjadi golongan itu sekarang. Aku sedang membunuh hati manusia lain tatkala hati aku berbolak-balik menidakkan keputusan yang telah aku ambil.

'Dia' seorang yang baik. 'Dia' menawarkan hatinya ketika aku mamai termangu-mangu. 'Dia' sanggup merendahkan ego jantannya untuk aku. Tapi. Aku sekadar menjadikan dia si pengisi tempat kosong. Di luar sedar aku.

Aku dah salah. Aku tak patut melulu. Aku tak patut sambut tangan dia ketika tangan aku yang lagi sebelah masih bersungguh-sungguh berpaut pada benang yang halus menunggu putus. Jahatnya aku.

Sekarang dah tersepit. Tersepit antara mahu jadi pembunuh bersiri atau pengebom berani mati.

Thursday, May 2, 2013

True.

You don't know what you do
Everytime you walk into the room
I'm afraid to move
I'm weak, It's true
I'm just scared to know the ending - Ryan Cabrera

Assalamualaikum semua.:D

 Pernah tak korang rasa tak yakin dengan apa yang korang buat? Pernah tak korang rasa berbelah bagi yang kronik lepas korang putuskan sesuatu? Anything. Pernah tak korang rasa tiba-tiba korang tak nampak ending kepada keputusan yang korang ambil tu? Pernah?

Aku sedang melalui semua ni. Seminit aku rasa "oh it's gonna be ok" tapi seminit lepastu aku rasa "no, this can't be happening". Benda ni sampai buat aku rasa sangat susah nak bernafas. Aku rasa dada aku sesak sangat.

Aku boleh rasa, hati aku tenang masa atas sejadah je. Genap lima sepuluh minit lepastu, aku jadi panik sendiri. Acah acah cool bila persoalan yang sama dilontarkan. Allahu Rabbi.

p/s: I'm a person who is not easily demotivated. Once you succeeded in making me fall down to earth, you'll have thousands hours to celebrate it.