Monday, April 8, 2013

Welcome To My Life.

Do you wanna be somebody else? Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more before your life is over?
Are you stuck inside a world you hate? Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding - Simple Plan

Assalamualaikum semua :D

Holidays! You are welcomed into my life, holsss!!!!! *depa tangan*
Walaupun cuti seminggu je, kalau dah namanya cuti tu, seronok tak ingat! Ya Allah, tak boleh nak gambarkan. Padahal dah nak masuk hari keempat cuti lulz.

Ok selalunya apa benda pertama yang korang terfikir setiapkali dengar orang sebut 'cuti'? Aku senang je. Asal nak cuti je, benda yang aku paling excited nak buat selain berkepit dengan mak abah dua puluh empat jam adalah makan tidur makan tidur makan tidur makan tidur makan tidur muahahahahah. Eh over. Anak dara yang kuat tidur itulah aku. Anak dara yang bangun-bangun terus bukak tudung saji cari sarapan itu juga aku. Anak dara yang lepas sarapan pukul 10 pagi terus susun pinggan sapu rumah (kalau bibik ada kat rumah, INI SEMUA kerja dia) itu juga adalah aku. Eh. Ni nak promote badan ke hape ni Sasa? :p

Oh anak dara ini tak boleh dibuat menantu ke? Sobss.

Sebenarnya bila kat rumah ni lah lagi malas nak update blog. Haih. Tapi sebab haritu dah pergi Jakel yang baru bukak kat area Angsana JB tu, terus rasa semangat nak buat entri. Oh serius lah. Dari tepi jalan besar tu je dah nampak gah dah dengan satu bangunan (yang menghadap jalan) semua Jakel sahaja. Eh tahu tak Jakel tu kedai kain yang terbesar kat Malaysia nih? Tahu tak? *pitch tinggi*

Ok memula lepas parking tu dah rasa nervous dah nak masuk Jakel ni. Sebab feeling dia macam lain sikit macam excited campur risau. Eh? Tetiba je nak risau (?). Ok lepas tu sekali masuk dalam....................ternganga. Sangat lah banyak kain ela dengan baju pasang baik untuk lelaki atau perempuan. Ini yang kat ground floor lah. Tapi biasalah. Jakel. Me and Jakel, we never share the same taste. Bagi aku lah, aku tak minat sangat pun dengan design corak dia. Tapi kualiti kain memang tak boleh nak geleng lah. Tiptop. Cuma tu lah, design macam golongan emas sikit. Eh. *tampar mulut*

Naik tingkat dua. Kat sini feel dia lagilah lain. Rasa lebih sedap mata memandang sebab yang kat tingkat dua ni jenis kain-kain yang diimport. Nampak exclusive. Sampai kat satu part ada macam ala-ala galeri  punya stail dia susun kain tu. Macam ada feeling Dinasti orang cina yang macam dalam tv tu sikit cara dia susun kain tu. Dari jauh ni mata aku dah macam kena tarik magnet. Kain-kain kat situ sangatlah cantik! Corak dia sangatlah hidup bernyawa wa cakap lu. Corak dia sesuaaai sangat dengan warna tanah kain tu. Serius jatuh cinta pandang pertama sama itu kain. Aku pun pegang. Lembut. Sekali pegang aku dah boleh agak kualiti kain tu yang sangat tiptop. Jenguk sikit harga, mak datukkk! RM1800! *pengsan sedor pengsan sedor*

Lepas dah mampu stabilkan balik minda, aku dengan kakak aku pun naik tingkat tiga. Oh sini ruangan untuk langsir, cadar, sarung kusyen, sarung sofa dan yang sewaktu dengannya. Kat sini, keinginan aku untuk memiliki rumah sendiri adalah sangat melampau-lampau eksotiknya. Macam-macam pilihan ada. Kau nak rumah kau nampak ala-ala English style, corporate touch, ala-ala Lovely Lace semua ada! Ya Allah heaven sangat! *droollllllling*

Naik tingkat atas sekali. Tingkat empat. Nahhh, nothing much. Nampak kecik je ruang kat top floor ni sebab pejabat depa pun kat atas ni. Kat sini ada baju pasang yang dah siap jahit. Macam-macam corak, macam-macam pattern. Skirt dengan palazzo pun banyak kat area ni. Jubah pun. But again, They fail to meet my taste. Terlalu elaborate. Orang macam aku ni suka pakai yang simple-simple je. Tak suka dedatin sangat. Rasa berusia. *tampar mulut lagi sekali*

Kat Jakel ni jugak ada Butik Ariani dan sebelah Ariani ada Jakel Carpet. Untuk Butik Ariani, serius aku cakap, aku tak nampak apa benda yang buat dia sampai empat lima ratus. Tapi bagi orang yang memang pelanggan tetap Butik Ariani ni mungkin tahu apa istimewanya tudung tu. Untuk aku, tak. Ok dah. Zip mulut bak kata Ina. Zip mulut!


Yang belah tepi ni tengah renovate sesikit.

Tu pintu masuk dia. Abaikan patung atas yang tergolek itu.
Eh? OOTN? Ni kat rumah, bukan kat Jakel ye kengkawan. :p
Wassalam ^^

P/s: Will be meeting my boyfriendsss this Friday for the Malay Debate Workshop in our previous school yay! Happy me is happy. Happy hols everybadeh :)

0 sahabat mencelah: