Monday, March 19, 2012

.

assalamualaikum.

lama dah tak conteng-conteng kat sini. oh ya. pagi ni kelas english batal so tak ada kelas sampai pukul 10 nanti. heaven!hhahahah

just nak buat satu pengakuan kat sini. aku makin hari makin teruk dan jahat. jyeah! tak tahu kenapa tapi aku rasa...aku rasa...hmm..

konflik dengan roommate...konflik dengan member-member...konflik dengan semua orang (kecuali family ofkos)..dan yang lagi entah apa-apa, aku yang menjadi mastermind nye..aku yang mulakan semua konflik tu..aku lebih memandang keburukan yang orang buat kepada aku berbanding kebaikan yang diorang hulurkan. hati aku jadi keras. tak kisahlah berapa banyak kali aku baca alquran atau secukup mana aku solat 5 waktu. aku dah tak kenal siapa aku sebenarnya. kalau dulu aku tak boleh hidup sorang-sorang tapi sekarang aku rasa aku lebih suka menyendiri. watdde?

entahlah. sama ada orang memang tak perasan yang aku dah jadi makin entah apa-apa atau memang orang dah tak mahu ambil tahu pasal aku sebab dah jelik dengan perangai aku. ye,aku nak diri aku yang dulu. tapi 3/4 daripada hati aku ni tak mahu jalan. lebih senang diam daripada bersuara. lebih suka senyum daripada bertegur. lebih lega lari daripada berhadapan. apa yang aku nak sebenarnya pun aku tak tahu. bila aku cerita semua pada nad, hati aku masih belum lega sebab dia tak ada sebelah aku. dia tak nampak situasi yang ada sekarang.

ika pulak kata,ngadulah pada Allah dalam setiap sujud terakhir. dia lebih tahu dan dia yang ada di sebelah aku setiap ketika....

wassalam.

0 sahabat mencelah: