Monday, August 15, 2011

Ibu Mertua Dan Ibu Tiri Itu 1 Geng

mood: tak eksaited sangat lah nak raya..

assalamualaikum semua!

hoyeaah hoyeaahh hoyeaahh!best kan tajuk entry hari ni..betul ke mak mertua dengan mak tiri tu satu geng..??well,,orang selalu label mak tiri tu sebagai perempuan yang garang..yang pura2 baik depan suami dia tapi bila suami tak ada,,dipijak2 nya anak tiri dia..cehh pengaruh drama melayu..

sementara mak mentua pulak digambarkan sebagai perempuan yang selalu tak puas hati dengan menantu..dan selalu dera menantu dia baik secara psychology mahupun fizikal..kira macam menantu pilihan anak tak sebanding dengan jodoh pilihannya yang tak kesampaian..aku belajar dari drama melayu okeh..heheh

nampak tak betapa se'geng' nya dua golongan nih??err..ye ke??

mak tiri yang kejam dalam sinetron BMBP..alaa..si Mama Rika tuh..-.-'

Ibu mertua yang err..tak tahu nak label apa..-.-'
 jangan nilai dulu lah beb!!kemon...zaman dah berubah..ibu tiri pun seorang manusia..seorang ibu...susah dah nak jumpa ibu tiri yang pijak2 anak tiri...tapi tak tahulah kalau masih ada scene2 ibu tiri zaman sekarang yang macam dalam bawang merah bawang putih...minta dijauhkan lah...

mak mertua??aku cuba terima hakikat yang mak mertua tu sama macam mak sendiri tapi bila darah daging aku sendiri kena macam2 dengan mak mertua dia,,aku sendiri ngeri..aku sendiri menangis wehh..tu baru dengar cerita saudara sendiri..belum lagi jadik betul2 kat batang hidung..bukan nanges sebab takut nak kahwin (belum2 lagi dah berangan..hak tuuihh..) tapi sebab sedih bila saudara sendiri diperlakukan sedemikian..kata2 tu sebenarnya lebih tajam dari pedang tau..makan dalam beb..lagi2 bila keluar dari mulut mak mertua sendiri..aigoo..

tapi tu lahh...dalam sejuta,,mungkin cuma ada sorang dua je yang macam tu...takpe,,kita jadikan pengajaran..esok lusa andai kata kita yang perempuan ni ditakdirkan jadik mak tiri mahupun mak mertua,,kita treat lah anak tiri and menantu tu macam anak sendiri..ye tak?

waahh,,hari ni aku sangat berfikiran jauh..sibuk pikir pasal mak mertua lah,,mak tiri lahh..ayoyoo..dah jauh sangat nih..ok lah sebelum aku makin merepek meraban..baik aku chiow dulu...salam!(n.n)v

pssstt..abah aku suruh aku carik anak yatim buat jadik suami..-.-'

Cuak Kebebehh..

mood: kusut


assalamualaikum semua!!

ok skang dah pukul 1.36 pagi dan aku masih kusut...memikirkan masa depan yang masih belum pasti..harapan dan impian keluarga yang tak mungkin aku pandang gitu2 je...aku tekad dan aku pasti dan aku harap...sorry beb..ayat pepagi buta memang susah nak hadam sikit...-.-'

this time,,it's gonna be a very big turning point...aku mahu jadi orang yang dipandang..aku mahu jadi kebanggaan mak abah abang kakak adik...tak mahu main2 dah..tak mahu ambil mudah dah...baik test kereta yang ketiga ni mahupun test semester degree nanti..hoyeaaahh!!:D

soal hati pulak,,gua memang dah tak geti nak soal2 nih...erk??biar aku lepaskan degree dulu...kalau ada yang memahami dan rela aku berdating dengan buku lebih dari 'dia',,lagi baguss..kalau tak,,baik tak payah kan..ok aku dah ada syarat baru untuk 10 things challenge: 10 ways to win my heart ..!!hoyeaahh!!

semoga jalanku dipermudahkanNYA..amiinn...

dah tak kusut sangat lepas bagi motivasi pada diri sendiri..hoyeaah hoyeaahh!!malam!(n.n)v

Sunday, August 14, 2011

Jejak Kasih Teraweh

mood: vacuum oh vacuum..-.-'


assalamualaikum semua!!:D
oh ni kisah yang berlaku pada malam ahad..kreeett kreeeeeeeeeeeett..*bunyi cengkerik*
malas nak mengarut sangat..dengar baik2 ok..lu langsi lu mati...erk??takde kene mengene


kisahnyaa...aku pergi teraweh macam biasa dengan mak tapi kali ni bawak sekali anak sedara kesayangan aku...si kakak nuyen...

pang pung pang pung

jejak kasih bermula antara aku dan dia...waaaaaaaaahhh..*.*
jejak kasih aku dan cikgu sekolah rendah..cikgu ruzy...hoyeahh...dia masih seperti dulu...cantik dan awet muda walaupun aku tak tahu umur dia..aku assume dia memang awet lahh..-.-'

yang bertudung merah tu cikgu ruzy,,yang bertudung putih cikgu fauziah..:)

anak cikgu ruzy namanya S and anak cikgu fauziah namanya K..dua2 member baik aku masa sekolah rendah and dua2 lelaki lah ofkos..perghh..hahahah..

dulu masa aku sekolah rendah aku sangat2 lah "jantan"..suara aku kuat selalu kena marah dengan cikgu sebab boleh dengar aku bising sampai bilik guru..-.-'
kitorang selalu main ceper,,bingo dengan pemadam kat kelas..best ouh..dan...ada satu hari tu,,di perpustakaan...........perghhh...

aku kena tangkap dengan cikgu fauziah masa aku tengah syok pijak badan anak dia,,K...!!!

apakah aku seganas sailormoon??erk?
atau powerpuff girl??haihh..
ok aku rase aku macam chichi isteri goku..-.-'
Ya Allah,,..bila ingat2 balik,,aku malu wehh,,malu sebab terlebih gangster..jangan tanya aku apa yang jadik sampai aku pijak badan K..aku tak nak cerita..!!hahahhah..erk??

apa yang berlaku seterusnya??biase lahh..kena panggil masuk bilik guru...-.-'
dan....cikgu ruzy tak tahu yang sebelum aku pijak si K,,aku dah pijak anak dia dulu,,si S..-.-'
sebab tu ah aku teringat peristiwa ni everytime aku jumpa cikgu ruzy @ cikgu fauziah..

sekarang aku dengar cerita si K sambung belajar kat University Technology Islamic College (UNITI)...diploma kejuruteraan teknologi multimedia..whoaa...gile kan??yang si S pulak kat Seremban..err..2 tahun lagi fly pegi oversea kalau tak silap..tak tahu lah sambung dalam course apa..alhamdulillah..member yang aku wat main pijak2 masing2 dah ada masa depan sendiri..insyaAllah..:)

tapi korang tak payah risau..aku yang sekarang agak "perempuan" orangnya...keh3...entah,,aku pun tak tahu nak kategorikan diri aku sendiri..:p

okehlah beb..chiow dulu.salam!peace (n.n)v

Saturday, August 13, 2011

Sebab Aku Berblogging

mood: saturday!hoyeah3..!

waahh,,nampaknye ade org follow blog aku tapi secara senyap2..aku tak dapat nak trace pun sape follower aku yang ke 98..ingatkan nak follow balik tapi takpelahh..mungkin dia taknak identitinya diketahui..-.-'

back to the topic yang kak sasa nak simpan dalam blog harini..hoyeaaahh!!sebab pe korang berblogging hah??cehh,,sibuk nak tahu...hahah

satu.
awal dulu2 masa tu aku baru habis spm..aku buat blog ni asalnya nama blog ni Dear Diary sebab aku nak simpan semua cerita zaman sekolah dalam ni..tapi sebab tyme tu aku kuat berjalan,,pergi melawat Fateh yang sakit leukemia...(alhamdulillah sekarang dah semakin ok..) pergi sana pergi sini..kodok tidur lagi,,maka blog aku terbiar sepi...ecehhhh!

dua.
dua tiga minggu kemudian,,aku tengok blog kakak aku comel gile..aku pun rasa macam nak sambung blogging balik sebab nak buat page yang lawas-lawas cenggitu..eheh..masa tu still guna nama Dear Diaries lagi sebab entry aku pun pasal aku dengan hamba Allah yang mengecewakan aku (tapi akhirnya aku kecewakan dia balik dgn bantuan Farahani Dorae)..keh3...

tiga.
makin hari aku makin matured..eh?maksud aku blog ni yang matured lahh..masa tu aku dah masuk utm..aku join Sahabat Blogger kat fesbuk and aku tengok otai2 blogger ada blog yang simple tapi ramai gile follower..(*.*)..so aku pun naiktaraf blog aku dgn macam2 isu and aku promote kat fesbuk setiap entry aku,,aku follow orang pastu aku soh diorang follow aku balik..sebab aku nak ramai follower gak..keh3..

empat.
lepastu aku jumpa "family" aku kat utm...geng2 KPG yang aku pernah cerita kat sini... then aku ubah nama blog ni jadik KPGisMe..aku padam semua kisah pahit Dear Diaries dan aku jadikan blog ni sebagai tempat aku mencoretkan semua tentang KPG...

lima.
bila foundation kat utm dah habis,,dan bila aku dah tak ada cerita tentang KPG,,aku jadikan blog sebagai tempat untuk mencari ketenangan dengan meluahkan setiap apa yang mengganggu kepala otak aku..tapi selalunya lepas aku dah publish post and aku rasa macam mengarut je apa yang aku tils,,aku akan delete balik..hampeh je...

enam.
tapi setiap hari aku akan cuba untuk update blog aku supaya aku tak mati kejung dek bosan yang melampau..lagipun aku join nuffnang...so,,aku akan update blog supaya trafik blog aku naik..nanti boleh dapat duit dari nuffnang..heheheh..

huuu..memang banyak sebab aku berblogging..aku pernah kena hentam sebab blog,,ramai orang pernah kecik hati dengan blog aku sebab aku sendiri yang mengada2 taip entry yang entah apa2..tapi aku ni blogger tegar..heheheh..lagipun andai kata aku hilang ingatan suatu hari nanti,,aku ada blog ni untuk kembalikan at least 25% daripada memori aku yang hilang..aku sayang gila blog ni sebab setiap entry yang aku post ada emosi yang berbeza...mintak maaf lah kepada sesiapa yang terasa aku menceroboh hak privasi dia atau aku terang2an mengutuk dia dalam blog ni atau terasa aku macam menggedik2 dalam blog sendiri..aku mintak maaf dehh..perghh macam nak raya daaa..huhuu..oklah chiow..salam!:D

Wednesday, August 10, 2011

Bukan Cengeng Cuma....

mood: T_T

sambung lah deyhh ayat aku tuh...cuma apa??cuma apa??takkan sebab fail test jpj pun nak nanges??kemon lahh sasa beb..-.-'

satu.
aku rasa aku dah menyusahkan banyak orang...elok2 bayar rm1100 je,,kene tambah lagi rm160 sebab retest sampai dua kali...gua bukan orang senang bhaii..walaupun orang lalu lalang depan rumah gua cakap rumah gua besar...tapi dorang tak tahu cerita di sebaliknya...arghh lantak lahh!

dua.
aku pakai duit kakak aku yang tengah sarat mengandung anak ketiga untuk dapatkan lesen tuh...memanglah hakikatnya aku cadang nak bayar balik kat dia lepas duit pinjaman aku dah masyuk nanti..still,,aku rasa aku dah bebankan kakak aku tau..dia ada family...gua reti lah jugak nak rasa bersalah bhaii..gaji die bukan utk gua beb sepatutnya..T_T

tiga.
semakin serabut bila pikir macam2 kena setel sebelum sambung degree raya kelima nanti...duit lagiii...gua reti lahh malu nak mintak2 duit dari abah n abang2 kakak2 gua beb...serius aku cakap kalau background family aku memang kaya aku tak pikir mende2 nih lah...


memang aku cengeng..aku perempuan yang senang nak tangkap leleh..dalam masa satu saat aku terpikir pasal duit,,aku akan rasa sangat bersalah pada kakak sulung aku and abah terutamanya...mak pulak pernah sampai cakap yang dia nak gadai barang kemas sebab nak bayar yuran pendaftaran aku...perghh..mane tak leleh bhaii..terus aku emel kat pejabat pendaftar mintak tangguh bayaran and alhamdulillah diorang bagi aku bayar mana yang termampu...satu masalah selesai..still,,duit tu masih perlu dan aku tak cukup besar hati nak mintak tolong kat kakak2 and abang2 aku sebab aku tahu masing2 tengah betul2 nak guna duit even diorang cakap diorang boleh tolong..

kalau korang jadik aku,,takkan korang tak rasa nak nanges bersalah kot??

punca segala kecengengan ini:

test jpj yang macam haram tadi!!!

okbai..lagi satu.selamat beribadah..assalamualaikum.