Wednesday, June 19, 2013

All Day I Think Of You

I can’t do anything because of you all day
I think my heart has been taken away by you - 2PM

Assalamualaikum semua :)
Lamanya tak conteng-conteng kat sini. Haritu konon-konon tukar address blog ni pastu tetiba banyak error + ada page yang hilang. So cemnilah. Kembali ke mrscaspian. Hihiks.

So yeah. Aku tengah cuti ni. Cuti sem sampai bulan 9 woohoo! Dah 7 hari kat rumah. Very the busy girl I am. Mane tak, 23hb ni ada kenduri kahwin abang aku untuk belah lelaki pulak. Kena pulak adik-beradik aku yang lain belum cuti. Haa maka mem'bibik' lah jawapnyeee. Letih dia tak payah cakap lah. Tapi aku puas hati gila dapat tolong mak dengan abah sungguh-sungguh kali ni. Rasa puas. Puas macam aku pulak yang jadik pengantinnya. Haaaa gituu :p

Perancangan aku untuk cuti ni tak banyak pun. Cuma lepas habis semua kenduri-kendarat ni aku ingat nak buat part time. Mungkin kat kedai buku Popular, mungkin kat Dominos Pizza. Aaaa any ideas?

Takpelah yang tu nanti baru pikiaq. Ni majlis Ahad ni lagi penting ni. Sebenarnya aku pun rasa excited ya ampun! Excited nak sambut tetamu, sedare mare, member-member, hari Ahad ni nanti. Tapi lagi lagi lagi excited kalau ada manusia yang seorang itu. Please lah buat surprise tetiba ada depan rumah saya please *buat muka gwiyomi wekk wekk*. Eh over tau. Hihuhi :p

Oklah. Takde apa sangat pun nak cerita. Habis majlis nanti aku update blog ni lagi hokeh. :)

Wassalam ^^

P/s: Nomu bogo shipoyo.

Monday, June 3, 2013

Wedding Bells.

She says, "Can you keep a secret
A ceremony set for June
I know it's a rush but I just love him so much
I hope that you can meet him soon..." - Jonas Brothers

Assalamualaikum semua :)

Minggu exam pun menyempat lagi nak singgah sini. Oh takde apa pun sebenarnya. Cuma nak update majlis nikah abang aku je kat sini. Serius cakap, ni kali pertama aku ngadap adik-beradik sendiri nikah. Dulu masa kakak-kakak aku nikah, aku tak tengok pun sebab masa tu sekolah and aku tak sempat kejar tok kadi. Eh? Har har.

Cerita dia camni. Gerak dari rumah hari Sabtu tengahari. Berhenti rehat solat apa semua, 4 jam setengah lepastu sampai kat homestay. Abang aku nikah pagi semalam. 2 Jun 2013, pukul 9.30 pagi macamtu. Kakak ipar aku orang Bentong, Pahang. Comel je orangnya. Harapnya macamana aku ngam dengan abang-abang ipar aku, macamtu jugaklah aku boleh ngam dengan kakak ipar aku ni. :)

Ok tak cukup masa nak cerita panjang. Nota-nota menunggu untuk dibaca. Lusa ada exam Critical Thinking. Wish me luck! :D


 Sekali lafaz je. Uuu. Masa ni jugaklah semorang mula banjir. Dengan aku-aku sekali banjir teruk. Cheit!

 
 Muka bangga lak mamat nih.

Cover sikit ketiak tu Abang Apis hoi! :p
Tetiba aku rasa abang aku ni macho. *tangan ke bahu mata ke atas*
 Alahai. Dah macho-macho tu, duduk pulak macam gangster. Majlis belah lelaki nanti memang aku gam tangan kau bagi duduk macam pengantin sejati sikit!

Bibik rasa tinggi letew berdiri sebelah Aja.

Kak suri and her hubby, mak saya yang anggun and hujung sekali yang ketot itu kakak saya. Untuk makluman, tiada yang available dalam keluarga kami. mueheeheheh.

Yang nampak poyo bajet tough itu abang saya, yang bersongkok tengah-tengah itu abah saya dan yang hujung baju merah itu kakak saya. Oh ye, gadis baju biru, tudung biru muda tu bakal kakak ipar saya. Insya Allah bakal nikah bulan 11 ni. Huu aku rasa macam promote family pulak. Hihih :D

Outfit of the day. Eh? Rasa ngeri tengok diri sendiri :o

Meet my boyfriend, my only adik. Ahahaha! Ok budak ini masih single. Agaknya. Berminat? *angkat-angkat kening* 

Self-camera. Again. Again. Again. Thanks to Camera360. Hilang semua batu-bata atas muka. Nampak putih pulak tuh! Hahahaha!

Semoga Angelina Jolie rasa tercabar tengok mulut gua. Okbai. Eh. Ini edit. Sebab tu muka nampak bersih. Mih mih.

Wassalam ^^

P/s: Semoga Allah murahkan rezeki kau, abang. Your adik will always pray for you. :)
I wished to have a future soulmate like you. The one who is loyal like you, responsible like you, protective like you. May Allah bless you, brother. :')

Wednesday, May 22, 2013

Kimia.

Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita - Melda Ahmad

Assalamualaikum ^^

Wah sekejap je dah nak habis semester empat! Lagi empat semester je lagi yay! :D

Dua minggu ni memang minggu cabut kepala. Stress ya ampunnn! Tapi alhamdulillah, dah berjaya mengadap segala stress dengan senyuman. Minggu depan pun bakal stress jugak tapi rileks lah kan. Zaman degree datang sekali ni je kot. Haruslah tersenyum lenggang kangkung setiap hari :)

So semalam aku makan berdua dengan Yana. She's my fav sistermate (?) Tengah makan2 dok cuci mata tu tiba2 dia tanya ciri2 lelaki ideal aku. Puhahahahahahaha! *gelak tersembur ayam seketul*

Ok.

First thing first, secara fizikalnya. Biar dia ada rupa yang biase2 je. Tak buruk sangat, tak lawa sangat. Aku tak suka lelaki yang handsome sangat sebab kalau dia terlalu handsome nanti ramai orang suka kat dia. Aku taknak cemtu. Aku nak aku sorang je suka kat dia. Boleh gitu? Mih mih mih. Dan aku tak suka lelaki yang kurus sangat. Sebab aku pun kurus keding. Nanti kalau dedua keding nanti camneee :(

Above all, semestinya lelaki yang baik itu adalah lelaki yang ideal untuk aku. Ecewah! Macamane nak tahu dia baik? Bila kita nampak sifat penyayang (tanpa pura-pura) dia, maka baiklah tu. Macamane nak tahu dia penyayang? Tengok cara dia hadap budak kecik. Atau yang paling simple, tengok cara dia hadap kucing. :)

Yang pastinya, wujud ke lelaki yang aku anggap ideal ni? Hew.

Wassalam.

P/s: Perempuan serba-serbi macam aku ni patutnya tak boleh demand sangat. Tapi Yana kata semua orang pun mesti ada standard sendiri. Tak kisah macamana pun, mesti ada ciri2 yang kita nak. Dapat tak dapat, rahsia Allah. Hihikss


Sunday, May 12, 2013

Tuesday Song.

I don’t know how to say goodbye
I don’t know how to quit you
Never say goodbye, I’ll hold you tight
even in the dark - Big Baby Driver

Assalamualaikum :)
Aaa. Harini bukan selasa. Har har.

Harini hati aku sangat kusut. Kusut dengan diri sendiri. 

Aku selalu anggap manusia yang memberi harapan itu adalah manusia yang kejam. Hambik. Aku sedang menjadi golongan itu sekarang. Aku sedang membunuh hati manusia lain tatkala hati aku berbolak-balik menidakkan keputusan yang telah aku ambil.

'Dia' seorang yang baik. 'Dia' menawarkan hatinya ketika aku mamai termangu-mangu. 'Dia' sanggup merendahkan ego jantannya untuk aku. Tapi. Aku sekadar menjadikan dia si pengisi tempat kosong. Di luar sedar aku.

Aku dah salah. Aku tak patut melulu. Aku tak patut sambut tangan dia ketika tangan aku yang lagi sebelah masih bersungguh-sungguh berpaut pada benang yang halus menunggu putus. Jahatnya aku.

Sekarang dah tersepit. Tersepit antara mahu jadi pembunuh bersiri atau pengebom berani mati.

Thursday, May 2, 2013

True.

You don't know what you do
Everytime you walk into the room
I'm afraid to move
I'm weak, It's true
I'm just scared to know the ending - Ryan Cabrera

Assalamualaikum semua.:D

 Pernah tak korang rasa tak yakin dengan apa yang korang buat? Pernah tak korang rasa berbelah bagi yang kronik lepas korang putuskan sesuatu? Anything. Pernah tak korang rasa tiba-tiba korang tak nampak ending kepada keputusan yang korang ambil tu? Pernah?

Aku sedang melalui semua ni. Seminit aku rasa "oh it's gonna be ok" tapi seminit lepastu aku rasa "no, this can't be happening". Benda ni sampai buat aku rasa sangat susah nak bernafas. Aku rasa dada aku sesak sangat.

Aku boleh rasa, hati aku tenang masa atas sejadah je. Genap lima sepuluh minit lepastu, aku jadi panik sendiri. Acah acah cool bila persoalan yang sama dilontarkan. Allahu Rabbi.

p/s: I'm a person who is not easily demotivated. Once you succeeded in making me fall down to earth, you'll have thousands hours to celebrate it.