I don’t know how to say goodbye
I don’t know how to quit you
Never say goodbye, I’ll hold you tight
even in the dark - Big Baby Driver
I don’t know how to quit you
Never say goodbye, I’ll hold you tight
even in the dark - Big Baby Driver
Assalamualaikum :)
Aaa. Harini bukan selasa. Har har.
Harini hati aku sangat kusut. Kusut dengan diri sendiri.
Aku selalu anggap manusia yang memberi harapan itu adalah manusia yang kejam. Hambik. Aku sedang menjadi golongan itu sekarang. Aku sedang membunuh hati manusia lain tatkala hati aku berbolak-balik menidakkan keputusan yang telah aku ambil.
'Dia' seorang yang baik. 'Dia' menawarkan hatinya ketika aku mamai termangu-mangu. 'Dia' sanggup merendahkan ego jantannya untuk aku. Tapi. Aku sekadar menjadikan dia si pengisi tempat kosong. Di luar sedar aku.
Aku dah salah. Aku tak patut melulu. Aku tak patut sambut tangan dia ketika tangan aku yang lagi sebelah masih bersungguh-sungguh berpaut pada benang yang halus menunggu putus. Jahatnya aku.
Sekarang dah tersepit. Tersepit antara mahu jadi pembunuh bersiri atau pengebom berani mati.
0 sahabat mencelah:
Post a Comment