Saturday, February 25, 2012

Al-Fatihah..~

asaalamualaikum semua.

hari ni sepanjang hari aku duduk memerapkan diri dalam bilik yang suram ni. bukan tak mahu keluar dengan member tapi memang dah niat dari semalam nak berguling-guling dalam bilik je.

tadi pagi aku online facebook setelah sekian lama tak menjengah. dan terbaca satu post tentang pemergian adik Faris Nur Daniel.

 

comel kan?arwah adik faris meninggal dunia hari khamis yang lepas akibat kanser darah. pagi tadi aku habiskan masa dekat blog mazidul , baca kisah kanak2 comel ni.

aku percaya, sesiapapun yang mengikuti penderitaan arwah akan menangis spontan. walaupun tak ada apa2 pertalian, hati aku cukup tersentuh. sungguh. tapi Allah lebih sayangkan arwah adik faris ni. syurga lah tempat dia InsyaAllah.

sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.

wassalam.

Kahwin.

Assalamualaikum semua.

#NowPlaying : My Precious

internet banyak slow meyhh. kalau tak sabar, boleh botak kepala tau! geram punya pasal. sebenarnya aku rasa macam tak ada apa2 nak dicoretkan memandangkan ada insan2 yang terasa dengan entry aku yang lepas. baguslah sebab sifat terasa itu petanda akan berlaku perubahan kepada yang lebih baik insyaAllah!:)

apa ni? umur belum ada angka 2 kat depan dah sibuk2 cakap pasal kahwin! hahahah. seronok pe cakap pasal kahwin. :p

heh member yang sebaya dengan aku ramai gak yang dah kahwin tahu tak! lisa surihani pun dah kahwin. dah tu kenapa? err.. lolol lolol~ (cover pe?)

best ke kahwin muda2 macam ni? bagusnya dapat elak fitnah dan maksiat lah kan. lain dari tu apa? dapat anak ramai macam zaman2 mak aku dulu? teeeeetttt!#UnderAge!

heh mak aku dulu umur 19 dah kahwin tahu! heroin Princess Hour pun kahwin umur 19 dalam cerita tu tahu! yang paling penting tahun ni pun aku 19 tahun tahu! :p

tak payah lah fikir pasal kahwin dulu. kalau setakat nak berangan2 macam aku tak pe. yang tu dibolehkan. hahah!

kalau dah ada kerja yang tetap, dah boleh bagi makan anak dara orang, dah sedia nak tanggung perkara yang bakal kita jawab kat akhirat nanti, silakan. jumpa tok kadi sekarang, suruh dia carikkan suami/isteri untuk kita. eh,camtu eh? lolol lolol~!

sebenarnya berangan pasal kahwin akan buat kita lebih bersemangat untuk dapatkan kerja yang bagus2 ye tak?! duit tak mampu janjikan kebahagiaan. betul. tapi kalau kau tak ada duit, kau nak bagi anak bini kau makan apa? tanah liat? beli tanah liat pun pakai duit wooii..kan?kan?

macamana aku boleh terpikir pasal kahwin malam2 buta gini ek?ohh..aku tenung wallpaper lappy aku. gambar Si Tompek kucing kesayangan aku. kalau boleh aku nak cari calon suami yang boleh bagi aku kucing sebagai salah satu barang hantaran. pikir pasal barang hantaran, tiba2 berangan nak kahwin pulak. hahaha. mengarut mengarut..

ye, aku obses kucing. kalau aku nampak kucing jalan dengkut2 pun aku boleh menangis nyorok. entah apa2 kan? (control beb! control!)

semoga bakal suami aku 7,8 tahun yang akan datang boleh terima sifat aku ni yang mungkin lebih sayangkan kucing daripada dia. lolol lolol~ :p

cukup2 lah melalut. babai. 

wassalam.(n_n)v

pssttt..i'm still single but only available if u are my legal husband ok!:p

Tuesday, February 21, 2012

Lebih dan Lebih dan Lebih lagi!

assalamualaikum semua.

semua orang mesti tengah mood Vanilla Coklat kan. jelesnya! tak dapat tengok. tak ada tv + internet slow. aisehmen! -.-'

ingat tak dulu aku pernah cakap nak jadi baik kat sini ? setakat ni misi masih berjalan lancar walaupun ada lubang2 sikit2 kadang2. lolol lolol~!

hidup kita ni tak selalu ketawa je. ada orang seronok2 gelak2 tak hengat dunia pun siapa tahu hati dia macamana ye tak? mungkin dia ada kisah dia yang dia simpan sendiri. tapi nak tahu tak, sekuat mana pun dugaan yang Allah bagi kat kita, mesti kita boleh tempuh jugak. percayalah, Dia takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung. jangan kita terlampau meratapi nasib sebab ada orang yang hidup dia lagi sulit dari kita. selagi ada ikhtiar, selagi tu kita kena yakin dengan jalan yang Allah sediakan untuk kita. tinggal kita je yang kena cari jalan tu. :)

aku sendiri pun dalam usaha untuk jadi lebih baik daripada tahun lepas. so kat bawah ni adalah senarai 'rules and regulations' aku yang terkini. poyo je kan? lolol lolol~

  • tak boleh online twitter dan seumpamanya selagi belum buat nota atau belum siapkan assignment untuk at least satu subjek kecuali jumaat malam sabtu dan sabtu malam ahad sahaja.
  •  hanya boleh menonton Running Man dan seumpamanya pada setiap jumaat malam sabtu dan sabtu malam ahad SAHAJA kecuali minggu pertama semester dua dengan syarat tidak lebih satu episod per hari.
  • hanya dibenarkan untuk keluar berjimba sekali sebulan (CS dan seumpamanya) kecuali kalau nak berjimba dalam kawasan taman universiti dengan syarat tidak boleh melebihi 2 hari per minggu dan tidak melebihi jam 12 tengah malam.
  • pengecualian boleh diberikan sekiranya terdapat cuti yang melebihi 2 hari dan sekiranya ada happy hour di jusco.


haaaaa..begitulah peraturan baru yang aku gubal sendiri  untuk diri aku yang kadang2 tapi selalunya tak reti bahasa ni. well, to be a better person, there must be something to be sacrificed. aku nak jadik lebih dan lebih dan lebih baik lagi kalau boleh. insyaAllah. semuanya dalam tangan aku sama ada nak ikut atau tak. nak kekal macam semalam atau nak jadik lebih ok at least dengan 1% peningkatan dan pembaharuan setiap hari? setiap minggu? setiap bulan? terpulang.

wish me luck ye kawan! ini dikira sebagai berjihad jugak tau! berjihad melawan nafsu dan itu adalah sebesar-besar jihad. wassalam. (n_n)v

Semester Baru.

Assalamualaikum semua!^.^

aduh,lama gila aku tak lepak2 kat sini. dah beranak rupanya mak menti hari tu.-.-' pelik tak tetiba aku rajin bangun pepagi..siap tulis blog lagi tu derr..cayalah!

eceh!eceh!tukar layout lagi..hahaha..tak boleh go lah blog cat pink semua. tak kena dengan jiwa brutal ni meyhh!lolol lolol~

sekarang dah bulan februari. dah nak masuk mac pun. pejam celik pejam terus, rupanya dah setahun aku berkampung kat UTM ni. umur pun makin hari makin lanjut. erk? sekarang ni aku baru je mula semester baru. baru sehari. masuk hari ni hari yang kedua semester dua lah kan.. sebulan cuti kat rumah rasa macam tak cukup. aigoo. lepas ni nak pergi jumpa NC lah. nak mintak cuti lagi sebulan. eh? kalau NC tu bapak aku sendiri pun kompem aku tak dapat inikan nak jumpa NC yang memang tak pernah terbayang pun dalam mimpi beliau muka aku ni macamana kan..lolol lolol~

ye aku mengaku sekarang ni aku masih gloomy gloomy lagi. masih terbau-bau masakan mak. masih teringat-ingat gelagat abah. paling tak boleh tahan, masih terdengar-dengar pekikan halilintah si awin. pergh kelas tu belum ada jiwa aku lagi.jiwa aku pun belum ada kat kelas tu lagi. kejadah? apa taknya, keluar rumah muka bajet cool. boleh main kejar2 dengan si Tompek  lagi. masuk je dalam bas, meleleh bhaii..meleleh wa cakap lu. kental-kental muka aku ni pun hati ciwek jugak lah. tak boleh nak buat apa lah kan. lolol lolol~

so,impian untuk semester baru??

aku nak jadi lebih baik, lebih rajin dan lebih kental daripada semester yang lepas insyaAllah. lolol lolol~
wassalam. (n_n)v

Thursday, January 26, 2012

Trial Version.

Assalamualaikum semua.

terkejut tak?terkejut tak??pink sangat tak macam ni?ok aku bukanlah kaki pink sangat tapi tak tahu kenapa tangan ni tergatal2 cat satu blog dengan warna pink..err..jelly sangat ke ek?

sehari yang tak berapa suntuk aku duduk menghadap lappy untuk upgrade blog (konon-kononnya) tapi bila dah siap,aku rasa meremang pulak sebab banyak sangat pink kat blog aku ni..banyak gila!-.-'

anggap je lah ni sebagai Trial Version of my blog eh..kehkehkeh..agak2 aku tak selesa atau korang sendiri rasa jelly nak bukak blog ni nanti aku tukarlah mana yang patut..eh?eh?eh?

oklah tu..hidung aku ni keje nak bersin je..nak berblogging pun tak sedap..hahaha..okbai semua!selamat malam!(n_n)v