Friday, December 20, 2013

Your Sun is Stupid

You're blessed by the sun,
But your sun is stupid,
And your life is like a broken joke. - Big Baby Driver


Asalamualaikum ya habibii ya maulanaa~

Alhamdulillah for having a good day today. Yay! *tetibe*

U'ollss, I dah dapat anak sedare lagiii. So sekarang secara rasminya i'oll dah jadik makcik kepada 4 orang kanak-kanak. Weeheee! Alhamdulillah, everything runs perfectly. Both my kakak and her son selamat :)

Nak tahu takk, semalam memang super hectic wa cakap lu. *gosok-gosok hidung*
Pukul 3 pagi aku berjaga kenkonon nak study lelaju untuk test malam tu supaya assignments yang aku kena submit hari yang sama tu jugak dapat disiapkan dengan bahagianya. Malang tak berbau, assignment tak siap. Oklah takpe, at least aku tak brain freeze masa test nanti ken ken kennn. Nasib baik sangat dapat lecturer yang lembut hati manis senyuman ni. Assignment gua submit kendian lah cerita dia.

And there goes my day. Kelas pagi sampai petang ada lab. Lepastu mencicit-cicit pergi test pukul 7.30 malam. Sampai-sampai kat dewan test baru aku perasan, KALKULATOR TAK BAWAK! (berianya caps lock -.-') So, aku mintak tolong Esyah mesejkan Dr Raja, mintak pinjam kalkulator. Alhamdulillah lah dapat. Aku macam happy habis lah kan dapat bersentuhan [warning! 18sx] dengan kalkulator lecturer pujaan ramai tu. Bhahahahahahahahahah!  Malangnyaaa, masalah berlanjutan apabila masa nak jawab soalan test tu, aku tak reti langsung pakai kalkulator legend Dr Raja tu. Langsung hokeh. *nangis peluk lutut*

Habis test, aku dapat call dari abang ipar, bagitahu yang Kak Suri dah masuk wad. Dia mintak tolong aku amik anak-anak dia kat taska and tidur rumah dia malam tu. I was like, gelabah nokk. Well hey, aku tak tidur dari pukul 3 pagi, tak rehat curik-curik tutup mata langsung, sampai habis test mata aku renyuk teruk, memang gelabah lah kan. Haha. Orang lain yang nak bersalin, aku beria gila gelabah panik bagai. Ngahah!

Cerita dia, sambil cakap telefon tu sambil berjalan, mata tengok langit, gedebuk. Jatuh wei. Ha'ah aku jatuh tergolek tersadung kat rantai besi yang tutup parking kat fakulti sains tu haa. Aku nak nangis jugaklah sebab sakit. Tapi belakang aku ada ramai budak berlari nak tengok diva jatuh tergolek, nak tadah tangan doa selamat semua, (LOL) so aku amik inisiatif untuk ketawe. Heh, cool kan, lepas jatuh terus ketawe? :')

That's it. Aku nampak hikmahnya. Alhamdulillah, soalan-soalan yang masuk test semalam tu hampir semua aku boleh jawab sebab part-part tu je yang aku study pun. Yang lain aku jenguk-jenguk gitu je. And assignment yang kena hantar hari Jumaat harini pun end up dipanjangkan deadline sebab lecturer tak masuk kelas tadi pagi. Well aku memang tengah work on it sekarang tapi termenyimpang masuk blog pulak. Eheh. :p

Aku menyesal sebab banyak mengeluh semalam. Kalau aku kurangkan sikit mengeluh, mungkin aku boleh nampak lagi banyak hikmahyang tersembunyi. :)

Hokehlah. Kak Sasa nak jemur baju, nak kemas bilik dulu before pergi tengok new-born baby kak suri. Till then! ^^