Friday, July 6, 2012

Bertahmid.

Assalamualaikum..

alhamdulillah,aku masih mampu bangun pagi ni dalam keadaan yang masih cukup sifat. masih 'berfungsi' dengan baik..


 



pagi ni aku bukak aimsweb untuk tengok result kat senarai tampal. yes,i did aim high for this semester. i DID. but not after the last paper. i thought of getting below 3.00 because of my not-so-good-carry-marks and because of my less-than-not-so-good-final-papers. hari jumaat haritu aku jawab soalan dengan sangat teruk. banyak sangat lubang2. that day was really not my day. tapi melihatkan wajah mak dengan abah petang tu, membawa aku semula kepada tujuan sebenar aku hidup. tujuan sebenar aku sebagai seorang anak. dulu, dalam minda aku cuma fikir, aku kena berjaya, aku kena dapat kerja yang bagus, aku kena dapat gaji yang besar demi mak dan abah. that's it.


"sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya di dunia kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh" 

ye, mak dengan abah belum mati lagi tapi andai ditakdirkan mereka meninggal esok,lusa, apa yang aku mampu lakukan masa tu? meratap? meraung? alangkah sedihnya mak dengan abah masa tu nanti sebab raungan aku tu tak akan mampu membantu mereka masuk ke syurga. cukup soleh ke aku sebagai seorang anak untuk mendoakan mereka? Astaghfirullahal 'azim.........

maka aku bertekad. bertekad untuk membantu insan2 yang aku sayang untuk masuk ke syurga Allah.

teringat kata2 seorang muallaf yang bagi ceramah masa iftar perdana KTF hari tu.

"kenapa kamu Islam? sebab mak ayah kamu Islam,maka kamu pun Islam. kenapa pula saya tak dilahirkan Islam? saya cemburu kepada orang Islam yang dilahirkan Islam sebab saya perlu harungi bermacam2 ujian untuk bergelar muslim."

kata2 beliau betul2 menusuk dalam hati aku. masa tu, soalan "kenapa kamu islam?" tu berulang2 dalam kepala aku. sampai esok, lusa dan hari seterusnya, aku masih belum dapat jawapan yang aku mahu.

"ISLAM IALAH DEEN YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH KEPADA MUHAMMAD SAW UNTUK MENGATUR HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PENCIPTA,MANUSIA LAIN,DAN DIRI SENDIRI...." - urbrickalie.blogspot.com

lailahaillallah muhammadar rasulullah. alhamdulillah. tiada apa yang lebih indah daripada Islam dan aku bersyukur kerana dipilih untuk menjadi antara yang indah itu sendiri. :')

Islam mengajar aku untuk bertawakkal dan Islam mengajar aku untuk menerima.

"diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu  padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [2 : 216]

alhamdulillah, keputusan semester kali ini tak seperti yang aku sangkakan, malah lebih baik lagi. walaupun untuk dibundarkan menjadi 4.00 itu tidak sama sekali, tapi aku bersyukur. bersyukur dengan setiap jalan yang Dia berikan. bersyukur dengan setiap apa yang aku peroleh. alhamdulillah. :')

ye, mungkin aku hanya insan biasa. aku bukan nabi. aku sendiri tak tahu syurga atau neraka tempatku nanti. namun selagi aku bergelar Islam, tidak ada sebab untuk aku tidak bercakap tentang agama aku sendiri. dan aku bukanlah baik sangat tapi insyaAllah akan lebih baik dari masa ke semasa dan aku sangat2 mahu bersama semua orang yang aku sayangi sampai ke syurga. amiin :')

 
wassalam.