Saturday, February 28, 2015

Loud Noises.

And whenever you're about to fall apart
Sing the songs we used to play
And whenever you want to fix your heart
Remember us and these loud noises.




People who act like they know us, they know our story, people like this, I don't favor you. If you think I'm the same girl that will tolerate everything that you're making fun of, you are so wrong. Yes I have changed and I have no intention of keeping things the same. Fullstop.

Wednesday, February 25, 2015

Thinking Out Loud.

'Cause honey your soul could never grow old
It's evergreen.

Lama rasanya aku nak menulis di sini. Sekejap je dah 2015. Terlalu banyak dugaan dan ujian dari Allah buat aku dan keluarga. Terlalu banyak. Aku hampir menidakkan kuasa Allah. Alhamdulillah berkat sokongan semua, aku masih tahu bersyukur dan menilai hikmahNya.

5 Januari 2015

Dah 10 hari mak kena tahan wad. Harini macam biasa, giliran aku pula untuk tidur di hospital, temankan mak. Minggu exam kali ni aku habiskan dengan berulang-alik UTM-Segamat demi mak. Aku dah tak peduli apa jadi dengan pointer aku semester ni. Lantak.

10 hari mak kat hospital, doktor masih belum dapat kenalpasti apa penyakit mak. Pagi tu doktor jalankan CT Scan untuk mak. Mak kena puasa. Sejuk tangan dia masa aku pegang dalam perjalanan masuk ke bilik khas ct scan tu. Aku tahu dia takut. Lepas subuh sebelum tu sempat lagi dia telefon abah. Pukul 8 abah dah terpacak depan bilik untuk bagi sokongan pada mak. Sejak mak sakit, abah dah tak segan tayangkan cinta dia pada mak.

Malam, pukul 11. Doktor yang bertugas memantau kesihatan mak masuk dalam bilik. Hasil ct scan yang dijalankan, mak ada ketumbuhan kat peparu. Masih aku ingat macammana kecewanya raut wajah mak. Dah lama sangat dia tinggalkan abah dengan adik tak terjaga kat rumah. Masa tu, terus aku sampaikan pada abah dan kakak-kakak tentang keputusan ct scan mak. Nada suara abah pun aku tahu, penuh risau. Sempat lagi dia berpesan

"Jangan lupa buat solat hajat untuk mak. Doakan yang terbaik untuk mak."

6 Januari 2015

Jam 3 pagi, aku terjaga bila dengar mak menangis dalam telefon. Isteri abang Ihin dah selamat lahirkan bayi lelaki. Mak dapat cucu baru! Tapi kenapa mak menangis? :(

Pukul 10 pagi. Mak kena tukar duduk wad biasa dari isolation room sebab doktor dah sahkan mak tak ada tibi. Doktor yang beritahu mak ada ketumbuhan semalam datang lagi jumpa mak. Hati aku tak sedap. Sangat tak sedap.

"Makcik, saya nak berterus terang dengan makcik. Hasil ct scan semalam, kita dapati ketumbuhan dalam peparu makcik bukan jenis biasa. Ketumbuhan tu sebenarnya kanser. Disebabkan dia dah kacau hati dan limpa, kita boleh kata kanser makcik ni dah di tahap empat."

Aku genggam erat tangan mak sambil cuba tahan dada aku yang sesak. Hampir saja aku jatuh terduduk tapi aku tahan. Aku pandang mak. Mak senyum. Doktor jelaskan satu demi satu dalam bahasa yang cukup mudah dan jelas. Bila ditanya, mak kata mak faham semua yang doktor cakap. Sambil senyuman tak lekang dari bibir.

Lepas doktor beransur, aku cakap kat mak aku nak pergi tandas. Aku capai telefon, aku dail nombor Kak Suri. Dia yang sulung. Dia lebih tahu macamana nak sampaikan berita ni kepada abah dan semua adik-beradik. Dengar je suara kak suri, aku terus menangis semahunya.

Siapa tak sedih bila tahu mak yang dulunya sihat, tetiba ada kanser tahap akhir? Sampai saat aku menaip ni pun air mata tak  putus-putus mengalir. Aku tak persoalkan takdir. Aku tahu Allah dah susun cantik tiap-tiap perkara. Tapi setiapkali muka mak, senyuman mak melintas kat kepala, spontan hati aku jadi sayu. Aku tahu aku perlu kuat untuk mak. Mak perlukan suami dan anak-anak. Aku tahu.

Tak sabar nak balik rumah lagi dua minggu walaupun baru je 3 hari aku tinggalkan mak dengan abah kat rumah. :')

Till next time.

Tuesday, June 3, 2014

Someone Who Can

Somebody will always understand
Somebody will always care
You didn't really play your part well
I'll find someone who can
Somebody is gonna love me
And I'm gonna love them back
You didn't really play your part well
I'll find someone who can - Yuna

Hahaha. I've been listening to this song right at the moment and feel like dedicating this to someone. Lol childish me. Guys will always be guys. Although I know the fact that I will still be hurt every time I involved with their lives, I'm losing my cool.

I guess time has turned me into a kind of bitch. I'm bitchy-ing my own self lol boleh gitu? I told my sister about this and she said, she had experienced this before. It's okay. Sooner or later, I will overcome this. Do whatever your heart feels like doing, test your limit but remember not to over limit, she said.

Yes I'm gonna test my limit. See how bitchy can I become.
*Laugh.Out.Loud*

Tuesday, May 6, 2014

I Won't Give Up

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up - Jason Mraz

--5th May 2014--


Dear self, happy 21st birthday.
May Allah bless your every steps.
May your every journey be filled with laughter.
Be thankful to your mom for bringing you into this world.
Be grateful to every single person who enter your life these past 20 years.
You are who you are but they contributed to the 'you' today.
You might be loved, you might as well be hated.
So chin up and embrace yourself.
Because no matter what,
I will always love you.


Yours truly.
You.

Saturday, April 19, 2014

Story of My Life.

Written on these walls are the colors that I can't change
Leave my heart open but it stays right here in its cage
I know that in the morning now I see us in the light upon a hill
Although I am broken, my heart is untamed, still
- One  Direction

Assalamualaikum semuaaa :)
[warning] semua gambar tak dieedit untuk mengekalkan keaslian. Ceh. Maaf awal-awal muka capuk-capuk sunburn semua tu ye. Heh
Ringo's Foyer Guesthouse, Melaka (review).

So harini aku just nak buat simple brief entry pasal guesthouse  yang aku duduk mase pergi melaka haritu. First, macam biase, aku riki banyak-banyak guesthouse kat Agoda dulu based on rate per room per night, kedudukan and reviews. Review ni penting tau. 

So dalam banyak-banyak yang aku senaraikan tu, Ringo's Foyer ni adalah antara yang paling disukai backpackers and dekat dengan jonker walk selain rate dia yang murah. Tapi sedih, kitorang ada masalah dari segi nak book kat agoda, so aku pun pergi kat facebook Ringo's Foyer guesthouse tu sendiri. Aku inbox dia and a week after, Mr Howard (owner Ringo) replied and we made a deal yayyyy. Dia bagi kitorang satu bilik air-cond yang ade dua katil double-decker dengan harga rm20 satu kepala satu malam. Tanpa deposit. Cool.

Dari luar memang nampak cikai.
Entrance Door.


28 Mac, pukul 4 kitorang sampai. Weibo yang tolong bukakkan pintu semua. A minute later, there's Mr Howard appeared in front of us with his naked upper body. Aww lol. Bongok. Haha.
Ruang tamu tempat tengok tv minum kopi main gitar
So, aku check-in, terus bayar konon-kononnya RM160 lah kan untuk 4 kepala untuk 2 malam. Guess what? Dia bagi diskaun 10 hengget uolls. Total RM150 + RM20 deposit kunci. Assaaa~!
tangga nak naik rooftop
Masuk bilik, lampu dia romantik gilos. Tak kecik sangat, tak besar sangat. Just nice for 4 people. Siap boleh duduk lantai main gitar. Lengkap dengan selimut, cadar and 2 bantal; 1 bantal besar, 1 bantal buat peluk-peluk.

Bilik air tak cantum dengan bilik. Kena kongsi dengan penginap bilik lain tapi sangat dekat dengan bilik. No worries. I've been there, and  it's safe! Oh lupa nak bagitahu, masa kitorang sampai situ, penginap yang lain SEMUA warga asing. Scotland, Singapore, Taiwan, US, merate-rate. Kitorang berempat je muslim and malaysian. Hiks. Cool kan.

Dannn. Mr Howard tersangatlah peramah orangnya. Lupa jugak nak bagitahu, boleh buat dapur tu macam dapur sendiri. Ada teh, kopi, gula, air mineral, air panas, semua sila layan diri sendiri. Breakfast, sorang 3 keping roti, starts pukul 7-11 am. No additional charges for all of these hokeh.



Ok kat sini ada rooftop jugak. Sebab before datang check-in tu kitorang dah berbasah-basah main air, so mencicit-cicit pergi rooftop sidai baju. Hiks. Fefeeling obersi sangat jemur kain kat rooftop main kenyit-kenyit dengan jiran sebelah. Eh gituuu.

Sebab awal tadi dah mention yang entri ni entri pendek, iollss malas nak bebel panjang. Iolls bagi 4.5/5 bintang. Most suitable for backpackers sejati who love making new friends from all over the world. Serius. Tak tipu. Hiks.

So jemputlah tengok semua gambar yang aku letak kat bawah ni eh. Till then! :)











Aku tahu gambar semua same je. Beza posisi and angle. Bhahahaha! Lantak.