Tuesday, August 9, 2011

Aku Memang Kayu..

mood: tak pasal2..

assalamualaikum readers..:D

maaf,,aku memang tengah kayu..bukan sekarang je,,sampai bila2 pun aku kayu..pasal apa??orang treat aku macam kayu..macam aku tak ada perasaan,,macam aku tak wujud..mungkin aku yang perasan kayu?atau aku tak sedar yang orang dok meng'kayu'kan aku??atau mungkin aku terlalu lapar..erk??tetibe je..-.-'

ubi kayu pon bolleyhh...T_T

aku memang kayu tapi aku akan buktikan kat kau,,aku adalah kayu yang kau akan cari balik esok lusa nanti..errr mungkin masa kau dah tak ada kertas,,err kayu semua dah habis,,err...apa2 lah..yang pasti aku terasa kayu hari ni..duhh~~!

sebenarnya tak ada apa2 pun..tiba2 je mood macam kayu hari ni..selamat berbuka lah semua..-.-

Sunday, August 7, 2011

Facebook Medan Hinaan Indon Kepada Malaysia

mood: Ramadhan..sabar....

nasib baik aku tengah puasa dalam bulan Ramadhan..aku hormat bulan ni..kalau tak,,dah lama aku maki diorang balik!!huh??apejadah semua nih??nak tahu?






untuk pengetahuan semua,,di indon,,kita digelar sebagai 'malon','maling','anjing' dan macam2 lagi nama yang tak elok...aku tak sanggup nak baca status2 yang ada sampai habis..kalau korang nak baca,, pegi kat sini eh..sebenarnye ni group Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tapi dah tak ada rupe macam kita yang punya group je sebab majoriti yang post status kat sini adalah orang indonesia yang bertujuan untuk menghina,,mencaci...tak tahulah sape admin group nih...

kalau dalam bulan Ramadhan pun mulut kita tak dapat nak jaga,,sia2 je lah ibadah puasa kita tu kan..nauzubillah...aku dah report dah group ni tapi nampak macam tak ada apa2 tindakan pun dari si Mark tuh...ok lah semua..tak nak cakap banyak,,takut kurang pulak pahala puasa..selamat berbuka puasa semua!!..:D

Friday, August 5, 2011

Googlewalking | meoww!!

mood: member gua jadik pak sanggup kucing betine yang bersalin..keh3..

ok aku memang suke gile batak kat kucing...Mr.Gers,,pliss take note!ahahhahaha..just kidding..aku tahu ko pernah melatah kat kelas masa si blackie tibe2 panjat atas meja ko..keh3...

okeh,,let's proceed!


ni kucing parsi..bulu kembang tebal..mahal ouh kucing pattern nih..selalunye kalau orang bela pun,,masuk dalam cage je..takut kucing ni lari @ kena curik kot..aku penah jumpa kucing macam nih sondol2 pagar cage sebab nak keluar..berair mata die beb..aku pulak yang sedih..nasib baik bukan kucing aku..


yang ni kucing jenis American Shorthair..cantik kot corak2 kat bulu dia tuh..


yang ni kucing jenis Manx..kucing yang tak ada ekor..kalau ade pun seceot je ekor dia..hikhik..sexy lahh kucing tak ada ekor nih..heheh..


yang ni kucing jenis Maine Coon..kucing yang berangka besar..tengoklah tuh..kemain lagi tuan dia tahan nafas nak amik gambor kucing dia punya pasal..perghh yang ni kalau buat peluk memang syok ouh..


kucing Siam...kucing jenis ni agak skinny dan slim..and mostly bermuke lonjong tapi ada lah jugak yang muka normal..still,,nampak elegan kan kucing nih?hahahh


yang ni kucing jenis Abyssinian..kucing ni biasanya ada telinga besar and bulu dia macam kancil sikit..comel kan??nak yang macam ni lahh..nakal2 je,,piat sekali telinga dia..heheh..


ni kucing jenis Turkish Van..satu2nya kucing yang sangat suka air dan pandai berenang..lagipun bulu kucing jenis ni cepat kering kalau kene air pun...


kucing jenis Ragdoll..comel ek??


kucing jenis Birman..kucing ni spesel..mase die lahir,,muke die putih bersih..tapi lepas seminggu,,baru lah warna tu keluar sikit2..bukan warna hitam je tau,,ada yang jenis warna pink,,kuning,..comel kan??

sebenarnye ada banyak lagi jenis kucing tapi sebab aku dah ngantuk,,kita sambung lain kali eh..selamat berpuasa semua!!(n.n)v

pssstt..harini aku lulus jpj test untuk motor!alhamdulillah..:)

kredit: google..:D

Monday, August 1, 2011

Ganjaran Allah Untuk Setiap Terawih


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 
 keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 
 diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 
berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 
 memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 
 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 
 Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 
 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 
 Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 
 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 
 Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 
 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 
 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 
 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 
 Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 
 Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 
 Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 
 Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 
 Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 
 Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 
 Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 
 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 
 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 
 Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 
 Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 
 Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 
 Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 
 Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 
 Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 
 Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 
 Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

maka bersyukurlah kamu hai anak Adam...kamu mencemburui kaum Hawa kerana Allah Bagi Cuti setiap bulan termasuk ketika bulan Ramadhan sedangkan kami mencemburui kamu kerana mendapat fadilat setiap malam dengan terawihmu...

sungguh Allah Maha Adil..:)

Sunday, July 31, 2011

Bila Syaitan Iblis Dibelenggu Sebulan

mood: puasaaa!!:D


wahhh..inbox penuh dengan ucapan selamat berpuasa..fesbuk lagi laahh kan...memang semua orang semangat gila nak puasa ni..heheh..

dan seharusnya kita bersyukur sebab masih mampu bernafas,,dan mampu menghirup nikmatnya berpuasa di bulan ramadhan untuk ke sekian kalinya..orang kata,,kalau kita nak tengok rupa sebenar seseorang,,tengoklah masa bulan ramadhan sebab sepanjang bulan yang mulia ni,,syaitan dan iblis akan digari..

jumaat lepas aku tengok al-Kuliyyah kat tv3..tajuk dia,,Ahlan Ramadhan...ustaz tu cakap bulan ramadhan ni Allah dah janjikan untuk mengikat semua syaitan dan iblis,..tapi kenapa dalam bulan ramadhan pun ada yang tak puasa,,dan segala macam kemungkaran masih berlaku???ustaz tu cakap itu sebabnya,,bila seseorang manusia tu dah terlalu rapat dengan syaitan,,segala didikan syaitan terhadapnya dah melekat..sebab tu lah bila syaitan tak ada untuk menyesatkan pun,,penyesatan tu masih terjadi...takut kan??meremang bulu tengkuk aku dengar wehh..mudah2an hati aku jauh daripada didikan syaitan..amiinn..:)

ustaz tu ada cakap jugak,,sepatutnya bila syaitan dah tak boleh kacaulah,,kita tak lagi berat untuk melakukan ibadah sunat,,apatah lagi yang wajib..insyaAllah....:)

sama2lah kita menghidupkan bulan ramadhan dengan amalan2 kita..semoga hidup kita lebih diberkati...janganlah kita hanya berpuasa,,tapi dalam masa yang sama kita melakukan perkara2 yang dilarang dan meninggalkan yang wajib...kalau situasinya begitu,,samalah macam kita menyembah bulan ramadhan..kan?wallahu'alam..:)

sumber: al-Kuliyyah...(ustaz dari terengganu,,aku tak hengat nama dia..-.-)