Monday, August 10, 2015

Review: Toyota Vios 2015

Assalamualaikum and hi!



Pengalaman pertama aku pandu uji kereta Toyota Vios ni agak menarik juga. Untuk perempuan muda macam aku ni, memanglah tak pro dalam bab pemanduan. Haah skeptikal betul korang ni hahaha. Aku pernah lah juga pandu kereta Proton, Perodua, Honda, dan Nissan (semua dalam pemanduan jauh) tapi ini pertama kali aku pandu Toyota. Itu pun sebab dapat kerja kat Toyota hahahaha! Eh, sebelum tu, untuk senarai harga kereta Toyota, termasuk Vios, boleh pergi kat sini.

First Impression

Reka bentuk Vios sejak dua menjak boleh tahan juga okay. Dulu masa aku sekolah (10 tahun lepas), cikgu penolong kanan sekolah aku masa tu pakai Vios. Pergh macam dugong muka Vios zaman tu. Sekarang dah cantik dah Vios. Untuk kategori B-segment, Vios dah boleh duduk sebaris dengan Honda City. Kalau 10 tahun lepas, golongan 35 tahun ke atas je yang ramai pakai Vios, sekarang ni member aku yang muda setahun dari aku pun dah pakai Vios yang baru ni. Well, biasalah perempuan kalau beli barang, sangat mementingkan rupa. Awak nak bawak girlfriend jenjalan dating naik Toyota Vios adalah sangat digalakkan sebab konfem tak kena reject! He he he.

Aksesori

Toyota Vios ada 4 model semuanya. Untuk J-type, ada manual dan auto. E-type, G-type dan TRD Sportivo semua auto. Semua model ni dari J manual sampailah TRD semua pakai push button untuk start enjin. J-type adalah model yang paling basic. Radio biasa, rim biasa, tak ada spotlight, biasa-biasa je. Untuk E-type ni tak biasa sangat, tak full sangat. G-type and TRD adalah full spec. TRD ni lawa gila sebab dia sporty siap bodykit semua. Ada radio controller kat steering, signal kat side mirror, sport rim cantik, haa macam-macam lah lagi datang showroom meh tengok sendiri hehe.

Performance

Enjin sangat senyap, ruang dalaman sangat selesa dan agak luas (bonet pun besar). Brek mantap. Radius kecil, so nak buat 3-point atau U-turn sangat senang. Tak payah gohed gostan gohed gostan. Paling best tentang kereta Toyota ni, design gear dia berliku-liku. So gearbox tahan lama dan tak cepat rosak.

Pemanduan sangatlah selesa. Steering bergegar memang takdelah sebab paling laju aku drive pun 140km/j je haritu kahkah. Minyak memang jimat. Enjin VVT-i ni memang untuk penjimatan minyak. Dalam ekonomi yang tak stabil and minyak turun naik turun naik ni, sesuai sangatlah pakai kereta yang tahan minyak. Plus, kalau awak beli kereta Toyota, nanti nanti kalau awak rasa nak tukar kereta lain, bila awak jual kereta Toyota ni, awak tak rugi banyak sebab nilai susut kereta Toyota ni kurang dari 10% per tahun!

Frankly speaking, untuk perempuan yang tahu sikit-sikit pasal kereta macam aku ni, aku suka kereta yang enjinnya senyap dan tak kuat meragam (sebab kalau rosak, taktahu apa yang rosak then end up pergi bengkel asyiklah kena tipu mentang-mentanglah kita perempuan :( ).

Toyota Vios vs Honda City


 vs  


Sebelum tu, tengok gambarajah bawah ni dulu.

 SMART ENTRY

Toyota Vios ni bermula dari spc yang paling murah, iaitu J(manual) sampai lah full spec TRD Sportivo, semua pakai Push Start Button. Keyless.
Honda City pulak, lowest spec seperti Honda City S dan S+ tak pakai Push Start Button. Masih menggunakan kunci. Push Start Button hanya ada pada spec City E dan V sahaja.

INTERIOR
 Toyota Vios ni sekali included dengan set DVD-AVX untuk Vios J dan DVD-AVN untuk Vios E, G dan TRD. DVD-AVX tu touchscreen punya radio tanpa navigator. DVD-AVN tu set touchscreen radio with navigator. Kedua dua set ni satu pakej sekali dengan kamera undur. Dulu kalau nak set ni kena tambah duit. Sekarang dah jadi free accessories sampai lah keluaran Vios baru nanti. Lagi satu, semua model Vios dah siap dengan built-in security and solat tint. Tahan panas, tahan pecah.

Honda City hanya menggunakan feature audio set biasa. Touch screen punya audio hanya available untuk Honda City V sahaja. Itupun tanpa navigator mahupun kamera undur. Huhu.. Honda City tak menyediakan built-in tinted. Jadi customer kena bayar lebih untuk pasang tinted.

 WINDSHIELD

 Toyota Vios G dan TRD dilengkapi dengan acoustic windshield dan front side vibration glass. Acoustic windshield ni mengurangkan noise bila dipandu laju. Front side vibration glass ni pulak fungsi dia tahan windscreen dari mudah pecah akibat gegaran dan seumpamanya.

 Honda City tidak mempunyai mana mana fungsi seperti di atas.

TAYAR DAN BREK
 Toyota Vios dibekalkan dengan tayar spare yang bersaiz penuh. Saiz yang sama dengan tayar asal. Brek yang digunakan pula, untuk Vios G dan TRD, depan belakang pakai disc brake untuk cengkaman yang lebih sempurna ketika melintasi keadaan jalan yang basah, dari segi emergency brake, penting fungsi disc brake ni hehe.

Honda City pula dibekalkan dengan tayar spare bersaiz kecil. Brek yang digunakan untuk semua model masih lagi drum brake bagi brek belakang.

PEMANDUAN
 Dari segi pemanduan, digalakkan untuk pergi pandu uji sendiri Vios dan City ni sebab kalau dengar cerita dari sebelah pihak je macam tak aci pulak kann hehehehehe. Oklah tu je dulu setakat ni. Nanti kalau aku dah pergi training untuk VIOS BARU, nanti aku bagi review ehhhh. Stay tunedd!


Resepi: Labu Masak Lemak

Assalamualaikum and hi!

Harini aku offday lagi sampai esok yay! So nak kongsi resepi labu masak lemak yang aku post gambar kat instagram semalam. Ni kalau makan dengan nasi panas, sekali dengan ikan goreng + sambal hijau memang mengancam!


Aku ni pesen yang tak suka masak leceh-leceh. Aku suka kalau masakan tu simple tapi sedap. Masak pun tak makan masa. Labu ni sedap kalau masak sekali dengan pucuk manis ataupun kacang panjang tapi yang ni aku masak kosong je.

Bahan-bahan:

Labu
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Ikan bilis
Santan kotak

Cara memasak:

Potong labu dalam bentuk kiub. Jangan kecik sangat. Takut nanti labu nya pecah bila empuk. Cuci labu yang dah dipotong, kemudian rebus bersama air secukupnya dalam periuk.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Kuantiti bawang-bawang ni ikutlah berapa banyak labu yang nak dimasak. Ratio bawang merah:bawang putih biasanya aku buat bawang putih mesti 2/3 daripada bawang merah dalam setiap masakan. Untuk cili api, kalau nak pedas, letak lah lebih-lebih sikit hehe.

Bila labu dah hampir empuk, masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi ke dalam periuk yang ada labu tu. Masukkan sekali ikan bilis dengan santan. Santan jangan banyak sangat nanti muak. Masukkan garam, ajinomoto, dan gula sedikit. Kacau perlahan. Api pun perlahankan.

Agak-agak dah sebati semua, matikan api. Siap!


Tips dan trick: kalau terlebih pedas, tambahkan gula lagi sikit. Kalau nak lagi sedap meletop, letaklah serbuk hebat-hebat rasa maggi cukup rasa tu! Selamat mencuba!


[Promosi Bulan Ogos 2015]: Senarai Harga Kereta Toyota.


Jadi, seperti yang dijanjikan, entri ini merupakan entri seorang Penasihat Jualan Toyota bernama Nor (my colleagues and customers call me by this name hehe) untuk rujukan bakal-bakal pembeli kereta yang mungkin sedang riki kereta apa yang sesuai untuk dibeli berdasarkan bajet.

Okay, kat bawah ni saya ada sertakan senarai harga model toyota On The Road (sebelum diskaun) beserta kadar downpayment, bank loan dan monthly installment bagi empat model Toyota yang popular iaitu Vios, Altis, Camry dan Hilux.

SILA KLIK UNTUK ZOOM


Untuk pengetahuan pembaca, promosi Toyota berubah setiap bulan. Jadi untuk bulan Ogos 2015, promosinya adalah seperti yang berikut:

Vios

  • Vios J Manual  - Rebate RM2000 + free tinted + RM500 shopping voucher
  • Vios J Auto      - Rebate RM4000 + free tinted + RM500 shopping voucher
  • Vios E              - Rebate RM7000 + free tinted + RM500 shopping voucher
  • Vios G & TRD - Rebate RM5000 + free DVD AVN with reverse camera + RM500 shopping voucher


Altis

  • Altis (all types) - Rebate RM7000 + RM500 shopping voucher

Camry

  • Camry 2.0G & 2.5Hybrid - Rebate RM3000 + RM500 shopping voucher

Hilux
  • Hilux 2.5G, 3.0G, 2.5 TRD & 3.0 TRD - Rebate RM4000 + DVD AVN + Sports Bar + Red Sports Stripe + B-Pillar Carbon Fibre Sticker +Hood Protector + RM500 shopping voucher

Avanza
  • Avanza (all types) - Rebate RM4000 + RM500 shopping voucher

Alphard
  • Alphard 2.4G - Rebate RM34000 + 5 years free service
  • Alphard 3.5G - Rebate RM39000 + 5 years free service

Semua promosi Toyota ni telah bermula pada 1 Ogos yang lepas dan akan berakhir pada 31 Ogos 2015. Jadi, tunggu apa lagi? Acewahhh. Kalau nak berurusan dengan saya amatlah dialu-alukan tapi kalau nak directly pergi showroom Toyota yang dekat dengan rumah pun takde hal. Okay? :)

So, next entry, insyaAllah mungkin saya akan kongsi tentang Toyota Vios punya spec dan pengalaman saya pandu uji Vios ni hehe. So, jumpa next entry!

Sunday, August 9, 2015

Kongsi.

Assalamualaikum!

Finally..after so longgg, I'm back for good! Rindu nak menaip. Well, actually alhamdulillah I am officially a UTM graduate! Except the part where I have not paid last semester's fee yet haa so my result is being hold at the moment hahahahaha!

Oh and yes, I'm jobless no more! Alhamdulillah have been a Sale Advisor at Toyota Segamat since last two weeks. I know jauh menyimpang dari my course. Ambil Fizik tapi kerja jual kereta well as long as it gives you no harm so no problem lah ek. Okay lepasni nak beli kereta Toyota, please do call me! No matter how far you lived, I'll deliver the car directly to you, no kidding!

And yes, have been living with my father since 2 minggu puasa. Jadi peneman, penjaga, merangkap tukang masak abah and my adik well mak mesti bangga dengan anak dia ni I hope so :')

So, I was thinking of sharing my cooking and selling cars here in this page. What do you think? *wink*

Lagipun dah tak ada skill lah nak menaip benda-benda yang macam dulu-dulu. My life has been so ordinary. Bangun pagi subuh, memasak untuk lunch siap-siap, basuh baju jemur baju, pergi kerja pukul 8, meet some people, potpet potpet settle kan proceeding jual beli kereta bla bla bla, balik pukul 6.30 (sometimes pukul 4.30), memasak again untuk dinner (kalau lauk lunch licin), angkat baju lipat baju, pukul 10 dah zzz. Esoknya, repeat. Haaa kan.

But then I enjoyed every moment with family and friends. Alhamdulillah dapat kawan sekerja yang sangat baik dan membantu. Most of them are much older than me I can call them Father tau! :p

So untuk off day macam harini molek sangatlah kalau aku share some resepi (sebab ada yang request kat instagram but then kalau post kat blog lagi senang orang lain nak view jugak kan hehe). Oh and next entry, aku nak promote sikit kereta Toyota, price list, promotion and all! Jemputlah tengok hehe till then! :D

p/s: rindu arwah mak.

Thursday, July 9, 2015

Cerpen: Hilangnya Senaskah Doa.

******

Pagi Ahad itu, usai solat Subuh terus aku bersiap untuk pulang ke UTM Skudai. Ada kuliah yang perlu kukejar jam 8 nanti. Kalau gerak sekarang, sempatlah sampai tepat pukul 8, fikirku. Selesai bertudung, aku melangkah masuk ke kamar mak. Dia yang masih bertelekung, sedang duduk di atas katil, menunduk seperti kebiasaan. Tiub oksigen sudah hampir sebati dengan ruang pernafasannya. Masih kuingat suatu malam pabila mesin bantuan oksigen tiba-tiba tidak berfungsi. Tidak tidur nyenyak kami seisi rumah. Bimbang mak tidak dapat bernafas.

Aku duduk berteleku di hadapan mak sambil menyapanya lembut.

"Mak, harini Sasa balik Skudai tau. Nanti hujung minggu Sasa balik lagi, ya."

Mak mengangkat wajahnya dan menatap wajahku sambil tersenyum manis.

"Nanti siapa nak tolong angkat mak?" ujarnya perlahan.

Aku menahan airmata sambil memandang kakakku di sebelahnya. Tak mampu berkata apa-apa kerana bimbang termenangis di hadapan wanita yang telah melahir dan membesarkan aku. Sejak sebulan yang lalu, tubuh mak semakin lemah. Perlu dipapah, dimandikan, diangkat, dipakaikan lampin. Mak juga tidak boleh baring kerana nafasnya menjadi sesak setiapkali berbuat demikian. Tidurnya hanya dalam keadaan duduk di atas kerusi malas. Aku memang dilahirkan sebagai anak perempuan yang agak kurus namun kekuatanku agak luar biasa dan membolehkanku untuk membangunkan dan mengangkat mak berbanding kakak-kakakku yang lain.

Lantas aku capai dan kucup tangannya. Lama. Tidak semena-mena, tangan mak yang lembut membelai pipiku. Allahuakbar. Berat rasa hati nak meninggalkan dia yang kucinta. Masih terngiang-ngiang di telingaku gelak tawa mak dua malam lepas ketika aku mengajukkan tingkah lakunya sewaktu dia masih sihat dan bertenaga. Sejak diberitakan doktor tentang penyakit kanser peparunya 5 bulan yang lalu, itulah kali pertama aku melihat dia ketawa tanpa henti.

Aku lalu bangun dan mencium wajah mak yang kian layu. Pipinya, hidungnya, dahinya, semua kukucup sepuas hati. Entah kenapa kali ini terasa berat sungguh untuk aku berpisah darinya walaupun setiap minggu aku pulang bertemunya. Bagai ada yang menahan aku dari pergi. Aku berlalu masuk ke kereta selepas menyalami abah dan adik-beradikku yang lain sambil menahan sebak di dada. Hanya air mata yang menemani dua jam perjalananku.

******

Sudah dua hari aku meninggalkan mak di kampung tetapi rasanya seperti sudah bertahun lamanya. Tak sabar menunggu hari Khamis untuk pulang lagi bertemu kesayanganku itu. Hari itu, seperti biasa aku masuk bekerja. Sejak mak sakit, aku nekad untuk melakukan kerja sambilan bagi menampung perbelanjaanku memandangkan hampir setiap minggu aku memerlukan wang untuk pulang ke kampung. Aku bergilir-gilir dengan salah seorang kakakku memandangkan kami belum berkeluarga dan untuk pulang saban minggu bukanlah satu masalah buat kami berdua. Lagipun hanya abah dan adikku sahaja yang ada di samping mak di kampung. Sekurang-kurangnya ada yang membantu menguruskan mereka setiap hujung minggu.

Alhamdulillah, Kerjaku sangat mudah. Hanya bekerja dua hari seminggu, membantu menguruskan perniagaan waffle dan ice-blended di sebuah kafe kecil di kolej kediamanku dengan bayaran tiga ringgit sejam. Cukuplah untuk berulang-alik Skudai-Segamat-Skudai. Sedang aku khusyuk menaip abstrak untuk thesisku sambil menjaga kafe, aku menerima whatsapp daripada abangku di kampung yang mengambil cuti khas untuk menjaga mak ketika itu. Dia meminta kami adik-beradik untuk pulang. Aku buntu. Tanganku menggigil. Sebaik sahaja memaklumkan kepada bos ku, terus aku menutup lampu kafe dan mengunci pintu.

******

Jam 10 malam, aku yang pulang bersama kakakku tiba di perkarangan rumah. Keadaan sunyi. Kulihat mak sedang duduk berlunjur, menunduk di ruang tv rumah sambil dikelilingi abah, adik dan abangku. Aku lalu duduk di sebelah mak sambil memanggilnya. Pelik. Mak tidak mahu memandangku apatah lagi menyahut panggilanku. Tidak seperti selalu. Aku cuba mengangkat wajahnya namun dia seakan mengelak. Sempat kulihat matanya yang kian kelabu.

"Mu, anak awak balik tu mu." panggil abah, lembut.

Namun mak tetap menunduk. Satu demi satu adik-beradikku tiba di rumah dengan hidung yang merah. Masing-masing mengerumuni mak dan bergilir-gilir duduk di sebelah mak sambil memanggilnya. Sama. Mak masih tidak mahu memandang. Aku melihat airmata mereka berlinangan namun entah kenapa aku nekad untuk tidak menangis. Abah juga menangis. Mak takkan ke mana-mana. Mak akan ada dengan kita, jadi kenapa menangis? Hatiku keras seperti sengaja tidak mahu memahami situasi itu.

Malam itu, rumah mak terang dengan lampu yang sengaja tidak dimatikan. Seisi rumah berjaga menemani mak. Solat hajat, doa dan ayat al-Quran tidak henti-henti mengisi setiap sudut rumah.

******

15 Syaaban. Nisfu Syaaban. Mak sudah tidak mahu memakai tiub bantuan pernafasan. Selepas solat Subuh, kami membacakan Yaasin di bilik mak. Tidak sekejap pun kami biarkan mak berseorangan. Sentiasa mak diajar mengucap dan menyebut kalimah Allah. Kaki mak sudah mula sejuk. Anehnya, ada bau wangi pada telapak kaki mak. Bau yang tak pernah aku kenal. Sangat wangi dan menenangkan. Aku redha kalau sudah sampai masa untuk mak kembali kepada Sang Pencipta. Kakak sulungku sudah mula menghubungi jiran tetangga dan saudara-mara untuk mempelawa mereka menziarahi mak.

Jam 11.30 pagi, aku dan kakak-kakakku sekali lagi membacakan Yaasin untuk mak. Ketika itu jiran kiri dan kanan rumah, serta dua lagi teman rapat mak juga ada menziarahi mak. Sebaik sahaja selesai membacakan Yaasin, makcik-makcikku pun tiba sambil menangis menerpa mak. Setelah berbulan-bulan aku tidak melihat mak berbaring, pagi itulah kali terakhir aku menyaksikan mudahnya dia membaringkan badannya tanpa sedikitpun nafasnya tersesak. Abah yang duduk di sebelah mak tidak henti-henti menyebut nama Allah di telinga mak. Tepat jam 11.45 pagi, suami, anak-anak, jiran-jiran dan kakak-kakak menjadi saksi kepergian Puan Surati binti Japari selepas 5 bulan bertarung dengan kanser.

Aku bagaikan tersedar dari mimpi. Menatap wajah mak yang sudah tidak bernyawa, aku yakin aku kuat untuk menghadapinya. Aku cium kedua-dua pipinya yang masih hangat. Tidak puas. Aku cium pula dahinya sambil rambutnya kuusap lembut. Bau inilah yang bakal aku rindu. Wajah inilah yang bakal aku damba. Aku halakan pandanganku ke setiap sudut kamar. Yang ada hanyalah ratapan dan tangisan. Kedua-dua abangku sedang membantu menutup tubuh mak dengan kain batik. Kakak-kakakku berada di telapak kaki mak sambil mencium dan memeluknya dengan air mata yang berlinangan. Nurin, anak kakakku yang paling sulung, merangkap cucu mak yang paling tua, sedang menangis tersedu-sedan di penjuru katil. Umurnya baru 11 tahun. Di sisi lain, kulihat bahu abah bergegar meninggalkan kamar mak. Selebihnya sedang menangis berpelukan dan aku perasan pandanganku mula dikaburi air jernih. Ah, tewas juga.

******

Persis babak dalam drama, rumahku mula dikunjungi ramai manusia berpakaian hitam dan ada yang serba putih. Cuaca pada hari itu sangat nyaman dan syahdu. Gerimis yang menyapa seperti memahami kesedihan yang melanda. Ada yang membacakan Yaasin, ada yang membantu menguruskan jenazah. Surah al-Fatihah tidak henti-henti dibacakan. Sesekali ada yang datang dan memelukku, menyatakan simpati dan takziahnya kepada kami sekeluarga. 

Aku hilang seorang ibu yang melahirkan aku. membesarkan aku, menyuapkan aku, memeluk aku ketika bangun dan jatuhku. Aku hilang seorang ibu yang bangga dengan anak-anaknya, seorang ibu yang sentiasa memenuhi keinginan anak-anaknya, seorang ibu yang sakit peritnya tidak pernah mahu menyusahkan anak-anaknya. Aku juga hilang doa seorang ibu, doa yang tiada hijab, doa yang membantu aku ketika susahku dan ketika jahilku. Aku hilang peluang untuk terus berbakti kepada dia yang aku paling sayang. Aku hilang peluang untuk naik ke pentas graduasi dengan dia di hadapanku, melambai penuh bangga. Aku hilang peluang untuk membelanjakannya gaji pertamaku. Aku hilang peluang untuk tua bersama-sama dengannya. Malah, pahala percuma bagiku setiapkali melihat wajah seorang ibu, juga sudah terhenti setakat hari ini.

Namun aku bersyukur, kebaikannya terbukti tatkala aku lihat manusia-manusia, baik yang aku kenal mahupun tidak, berpusu-pusu, bertolak-tolakan demi ingin melihat sucinya wajah mak selepas dikapankan oleh kami anak-anaknya dan bertambah bahagia tatkala melihat halaman rumah mak sesak dengan manusia, manakala jalan raya di hadapan rumahku berbaris dengan kereta dan motor yang diparkir di bahu jalan. Hari itu bukanlah hari cuti umum tapi alhamdulillah ramai yang datang dari jauh dan dekat untuk menziarahi mak buat kali terakhir. Dari rumah, sampailah ke masjid untuk disembahyangkan, hingga lah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan, ramai makmumnya, ramai penadah tangan yang mendoakan.

******

"Ya Allah, ampunilah orang yang hidup dan orang yang mati di antara kami, orang yang hadir dan orang yang tidak hadir di antara kami, orang yang muda dan orang yang dewasa di antara kami, yang laki-laki dan perempuan di antara kami.
Ya Allah orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hendaklah Engkau hidupkan dia atas ke-Islaman, dan orang yang Engkau wafatkan di antara kami, hendaklah Engkau wafatkan dia atas keimanan.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat singgahnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air dan salju. Sucikanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana dibersihkannya baju putih dari kotoran. Berilah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya. Masukkanlah ke dalam Surga dan jauhkanlah dia dari adzab kubur dan siksa Neraka. Luaskanlah kuburnya, berilah dia cahaya di dalamnya.
Ya Allah, janganlah Kau cegah kami (mendapat) pahalanya dan janganlah Kau sesatkan kami sesudahnya."

Kalaulah aku punyai lebih masa walau seminit, akan aku ucap kata sayang dan cintaku pada mak bersungguh-sungguh, akan aku peluk dia sekuat hati, akan aku kucup tangannya sampai dia pergi.

Mak, terima kasih atas senaskah tebal doa mak untuk kami anak-anak mak sepanjang hayatmu. Untuk Sasa senaraikan segala yang mak telah lakukan dan korbankan, sangat lah tidak terkira. Hanya  doa yang mampu Sasa kirimkan untuk mak, dengan harapan diri ini masih ada ruang dan peluang untuk menjadi anak yang solehah. Tenanglah dirimu di sana, mak. InsyaAllah di pintu syurga nanti kita bertemu. Al-fatihah.

******