Monday, October 7, 2013

Berhenti Berharap.

Kuat angin kat luar. Boleh dengar bunyi daun terbang sepah-sepah. Best. Hihi. Fefeeling korea gitu. Eh.

Dah pukul 1.09 am. Baru je lepas siapkan assignment Complex Variable dengan bahagianyaaaaa. Assignment English dengan lab report masih elok belum berusik. Choyy! :'(

Tadi siang pergi joging. Hati rasa berat sebenarnya. Sangat. Tak reti nak buat reaksi apa bila berdepan. Tak sempat nak praktis pun sebab gelabah tak memasal. Sampai terlupa kaki yang terkehel masa Greenwalk semalam belum elok sangat. Sekali dah jogging 2 lap, tetiba ada kakak ni tahan aku. Ada timbang-timbang Herbalife yang macam Salim pernah suruh aku try dulu tu ah. Complete set sekali dengan cek body fat, water level bagai. Aku ni pulak memang jenis yang suka bab sihat-sihat timbang berat semua ni. Kekekekke. Masa tulah yang akak tu suruh duduk dulu. Sekali dah duduk baru rasa denyut-denyut balik kat kaki yang terkehel tu. O.M.G. Satu set dengan sakit perut. Tetiba sangat pulak nya.

Kenkonon lepastu nak sambung joging lagi 2 lap. Oh tidak. Kalau aku sambung, mau tergeliat kaki nanti. So, I decided to leave. Dengan harapan, harap-harap tak terserempak. Tengah duk doa-doa pejam mata gitu tetengok ada kat sebelah dah manusia tu. Tahan terkejut sebab tak sedia langsung nak berdepan lepas last call haritu. *pitam*

I know I haven't move on yet. I just know. Tho it's totally my decision for us to separate this way, it's really hard for me to move on, pretending like nothing has happened. I do like him but I don't love him. Well maybe not yet. Takkan nak tunggu sampai aku curang baru nak mintak pisah? T.T

Aku tahu dia masih mengharapkan aku. Masih. Mungkin aku belum cukup kejam ke? Ya, aku tahu aku dah mungkir janji. Bukan satu. Banyak. Tapi untuk 2 jannji yang aku tahu aku mampu tunaikan, aku akan tunaikan. (Kira yang kekonon joging sesama tadi invalid lah kan sebab tak joging SESAME pun tadi petang -.-) Habis yang dua tu nanti, aku takkan muncul lagi dah. 

Supaya dia boleh berhenti berharap. 
Supaya dia boleh 100% percaya pada kuasa Allah.

p/s: baru perasan yang entri aku lately, all are soooooo twenty. Erk.

Wednesday, October 2, 2013

Today My Life Begins

Yesterday has come and gone
And I've learn how to leave it where it is
And I see that I was wrong
For ever doubting I could win
- Bruno Mars
 
Alhamdulillah for the life, for the family, for the love that surrounds me. :)

I'm grateful. I'm happy. To live in me. That moment when you feel loved by everyone (tho of course not every people around you DO really love ya lolz). Bahagia!
 
Aku telefon rumah, dengar suara mak abah, bahagia! Bertuahnya lah hai ada mak dengan abah yang selalu ada, yang selalu mendoakan kita tanpa perlu diingatkan pun. Aku ada keluarga yang tahu bila nak agah dan bila nak sergah adik dia ni. Yang paling penting, they've got this power which I will forget my sorrow right away! Bahagia! Kalau boleh show off rasa bahagia ni, satu dunia pun boleh rasa meluat kot. Hahahahahah!
 
Sabtu lepas aku jenjalan sampai ke Melaka hoi. Malam tu rancang, esoknya terus pergi. Daebak! Kitorang jenjalan sampai tak nampak kaki sendiri tang mana. Lol over kan? It's tiring but the quality time itself is what matters more. Bahagia ada kawan-kawan buat ketawa. Kawan-kawan buat kongsi hobi yang sama- berjimba!

Minggu lepas, masa hati tengah kabut mati kutu, sempat aku mesej Nad. She's always my favorite friend. Always my favorite handkerchief. She's the place -my most favorite place- I would seek for whenever I feel like crying my heart out. Tak payah cerita apa-apa pun bila dengan dia. Nangis je dan kau akan rasa lega selega-leganya. Dia kawan yang selalu cakap 
 
"Kau buatlah apapun, za. Aku ada. Kalaupun lepastu kau rasa apa yang kau buat tu dah salah, aku tetap ada. Tak lari kemana. Betul salah kau, aku ada."

Gosh! Sambil taip ni pun dah menjejeh-jejeh, Nad. Aku bahagia ada port meleleh cemni. Bahagia!

Aku ada kakak-kakak (beza setahun dua je pun - my classmates) yang tak kisah terima budak yang bajet ekspress macam aku ni walaupun aku yang termuda dalam kelas. (weewit!lolz). Dua tahun ni dengan diorang, tak pernah sekali pun aku rasa terasing. Guess what? I don't even have to pretend. They've already seen my true colors as well as my close friends. Bahagianya!

Rasa macam dah cukup semuanya. Aku tak mahu apa-apa lagi dah. Bila kita dapat jadi diri sendiri sepenuh-penuhnya dan semua cukup-kurangnya kita dapat diterima orang-orang yang sayangkan kita, dah cukup dah. Bahagia! Bila kita tahu, apa yang lebihnya kita tu, orang hargai, dan apa yang cacatnya kita tu, orang redhai. Alhamdulillah aku bahagia begini. :)

Mungkin aku bukan yang terbaik tapi insyaAllah akan menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. :)

p/s: Find your happiness. Find the reasons behind your every smile and you'll feel grateful within seconds. Goodluck!


Tuesday, September 24, 2013

.

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar aku akan selalu ada - Shila

Balik kepada yang asal. Kembali pada yang awal. Belajar. Itu je fokus utama aku sekarang. Lelaki, hati, perasaan, semua pergi tepi. Nafsu untuk ‘main-main cinta’ dah tak ada. Hoho. Power tak?

Kadang-kadang, ada masanya tak perlu dah untuk kita bela diri. Mengaku atas silap sendiri sebenarnya ubat penenang terbaik tau. Dengan syarat, hiraukan tanggapan orang. Biarlah dia nak buat assumption sendiri. Serius. I feel much calmer after our farewell conversation. Takde apa pun yang nak dimenangkan. Aku tahu semuanya sukar untuk dia. Tak layak rasanya untuk aku mengaku susah jugak untuk aku. Biarlah. No worries. I’m good, very good in enduring pain. :)

Goodbye lover. Jalgayo yeobo. Semoga kita saling mampu untuk berkawan. Macam jeans dengan hipster. Takkan terpisah. Kami buddies. Acewaahhh! Over sampai terselit iklan Digi haaa leulz.

Well, we meet again, single life. :)
 

Tuesday, September 17, 2013

Takkan Terpisah

 Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah - Black

"Learn to love yourself before loving others"
"Don't find your faults in others"
"You can't get out of the hole by pulling others into it. You have to climb out!"

Ini. Yang atas-atas ni. Ini semua yang aku belajar dalam kelas Reading for Specific Purpose harini. Well somehow, I felt as if those words are meant for me. Setepek kena kat batang hidung sendiri. Tak pernah sekali aku tak bandingkan diri aku dengan orang lain. Tak pernah. Rasa down, rasa riak. Dedua aku rasa walaupun pada keadaan yang berbeza.

Kesian pada diri sendiri yang selalu dibanding-banding dengan manusia lain. I should accept my ownself for who I am, shouldn't I? Then only can I appreciate me myself and that is what love is all about aite? Ha-ha.

Banyak-banyak masalah dalam dunia ni, masalah yang paling susah nak jumpa jalan hidup - masalah dengan diri sendiri. Sebabnya, benda ni yang jadi akar kepada masalah-masalah yang lain. Macamtu, macamana nak hablum minan nas? Habislah hati-hati lain yang tak terjaga makin terabai.

Jangan tanya lagi apa masalah aku sebenarnya sebab aku pun tak tahu. Aku tak tahu apa yang hati aku mintak. Aku tak tahu apa yang boleh buat aku puas. Aku tak tahu. Kadang-kadang sampai satu tahap aku tak faham dengan diri sendiri. Caca marba sangat. Kite sendirik tak boleh nak faham diri kite, takkan nak expect orang lain paham kite ye dok?

Well, I always have friends. Sooo many friends. But only a little who stay to be friends. And out of them all, I know, there might be only one or two who will stay as friends. Betullah gamaknya, yang betul-betul boleh tahan dengan aku tu memang 'jjang' lah! :)

Dear world, what say you?

p/s: I've bought my dear girlfriend a beautiful cake for her birthday. Now still thinking of how to surprise her. By the way, Tasik UTM is sooo peaceful at night. Feel like sleeping here tonight lolz.

Monday, September 16, 2013

I Love You

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata - Najwa Latif

Ada masanya kita cuma perlu sediakan sepasang telinga je. Tanpa perlu sokongan tambahan daripada sang mulut. Sebabnya, mulut selalu keluarkan kata-kata yang asalnya mahu tenteramkan keadaan tapi sudahnya makin melintang-pukangkan lagi hati manusia.

Someone has once asked me, why do I always keep my problems without even trying to share it. Senang je jawapannya. Aku tak reti. Tak reti bila orang lain jadi penyelesai masalah aku. Tak reti menggunakan solusi orang sebagai penyudah cerita. Tak reti.

Bagi aku, bila aku share masalah aku, cukup sekadar kau untuk mendengar tanpa perlu menokok tambah. Haha that's totally me though. Yup, that very same person has also told me that only 2 out of 10 men could bear with my attitude. Hahahahahahahahahahaha that's hurt. A little.

So hi everyone! Long time no see! Haha dah separuh jalan baru tahu nak greet. Dahsyat betul cuti 3 bulan tak singgah bersih-bersihkan blog ni. Kesian my lil virtual diary. By the way, lagu Najwa Latif yang ni sedap kan? I have been liking her songs since forever. Err except lagu dia yang muka buku jadah tu je lah. Hoho.

Yup, dah masuk semester baru. Semester kelima. Maksudnya dah masuk separuh masa kedua gitu. Dua tahun dah lepas. Lagi dua tahun je tinggal and then bubye books and lectures! Ok bunyi macam feelingless sangat ni apahal. Lol.

Ok what's new? Bilik baru. Bilik single yang takdelah nak single sangat sebab ada Mr. Ted duduk satu bilik dengan kite. Ops! Well sebenarnya setiap hari dia bertukar nama. Kalau bosan panggil dia Undertaker, nanti tetiba dia dapat nama Aslan pulak. Pernah sekali masa nak drive balik utm dari segamat, aku berbual dengan dia pakai nama Maznah lagi uolls. Ah sudah. Nampak alone sangat lah pulak. Kahkah!

Ah, so many to brag. I just loved being here in my tiny little virtual world. Rinduuuu nak tetulis cenggini. Banyak benda nak cerita kat awak, Encik Blog. Rasanya sampai sini dulu kot. Happy Malaysia Day people! Love you, Malaysia! :D

p/s: momen yang paling aku rindu, spend time dengan diri sendiri sambil menaip sambil hirup air milo panas. Aaaaa chotta! :)