Sunday, July 1, 2012

macam ni! :D

Assalamualaikum~

haaa..cantiknya Irma Hasmie! alhamdulillah dah selamat dinikahkan..tadi saje dok google gambar2 Irma yang cantik2 tu. terpikat dengan baju nikah dia. sangat. nak macam ni! macam ni!

kredit: klhive.com
 tengok baju dia!eh tak. tengok macamana dia tutup aurat dia dan macamana dia labuhkan tudung dia..:)
kredit: blogammar.com
kredit: rotikaya.com
 semoga berkekalan insyaAllah :)

teringat satu kata2 yang aku terbaca di facebook baru2 ni:
"nanti bila kamu nak kahwin,jangan lupa tulis di kad jemputan tu untuk meminta semua tetamu yang hadir supaya menutup aurat"-unknown.
verystraightfoward

tak ada apa lagi nak tulis. sekian.
wassalam~

Monday, June 25, 2012

err.

assalamualaikum~

new skin, new header. header buat sendiri tapi 2 doodle tang header tu copy dari google. bunga lukis sendiri. slogan ' bila yang bising mula senyap' tu mendalam maksudnya. maksudnya, setiapkali aku diam tu, maknanya ada benda lah tu yang aku tulis kat blog ni. ceh.

nak tulis something else sebenarnya ni tapi keletihan membelenggu. letih yang seronok. jumpa member2 kamcing sekolah rendah dulu. tengok wayang, cari jambu merah, mak pesan suruh beli oren sunquick yang ibu air tu tapi aku beli buah sunkist, nyorokkan coolblog dalam beg lepastu kembung begnya, solat zohor dalam gelap, macam2 lah. nak gelak pun ada bila ingat2 balik tapi tak jadi nak gelak sebab  letih ni. simpa dulu. huh. padahal bukan jalan kaki pun. naik kereta. apa yang penat pun tak tahulah.

oklah. nak tidur. malam ni tidur sendirian tanpa Tompek di sisi..hukhuk T.T
papai~~

wassalam~

Saturday, June 23, 2012

:)

Assalamualaikum semua :D

dah cuti! yay! dah cuti! yaayy!
maka, bila dah cuti panjang kat rumah macam nii, banyakklah dugaan dan godaannya. segala jenis malas ada. momentum yang cuba nak dikekalkan mula lari-lari anak.

tapi satu kelebihan cuti panjang ni, yang bestnya, sambut awal ramadhan kat rumah, siap puasa sebulan kat rumah lagi tuuuu. bila kat rumah,insyaAllah mampu untuk turut serta solat terawih berjemaah kat masjid. yang best nya lagi masa terawih tu nanti, mesti ada reunion kecil-kecilan dengan cikgu2 sekolah rendah + member2 lama sekolah rendah. itulah uniknya bila umat islam sama2 berkumpul untuk beribadah. ada je 'event' sampingan yang mengukuhkan silaturrahim tu sendiri. alhamdulillah :)

hari ni aku terdetik untuk pulangkan kitab tafsir Quran yang aku jumpa masa nak keluar dari TGB dulu. entah kenapa, sebelum ni aku macam tak perasan pun ada nama beserta alamat tuan punya kitab tu kat page pertama kitab tu. dah dekat dua tahun aku pegang kitab tafsir ni. dan alhamdulillah beberapa bulan yang lepas ni Allah gerakkan hati aku untuk cuba memahami makna kalamullah dengan menggunakan kitab tafsir ni. entah kenapa (sekali lagi) tadi aku teringin nak tengok harga kitab tafsir ni. dalam kepala aku, aku nak hadiahkan satu kitab tafsir kepada seseorang (i don't know who. it just came into my mind all of a sudden).

aku belek punya belek kitab tu,tiba2 aku terjumpa page yang ada nama owner kitab beserta alamat sekali + num fon dia. so,aku pun hantar mesej kepada puan tu. aku cakap yang aku akan poskan kitab ni kat dia hari isnin nanti and so on. nak dipendekkan cerita, puan tu call aku dalam pukul 10 macam tu. dia bahasakan diri dia makcik. peramah orangnya. dia memang sayang kitab tu and dah lama dia cari kitab tu. aku pun cerita dari A sampai Z dan dia serahkan kitab tu pada aku untuk aku jaga dan untuk aku manfaatkan sebaiknya. yang lagi touching,bila dia doakan aku berjaya. alhamdulillah.....Allah je yang dapat memberikan ganjaran yang setimpal kepada makcik ni. :)

yes, i really need this tafsir so that i won't go astray and yet,she honoured me the tafsir so that it would be useful to me. kuasa Allah sangat hebat. Dia maha mengetahui. kenapa sebelum ni aku tak perasan nama owner tafsir ada kat muka depan? He knows the reason. kenapa bila aku dah mula melekat pada tafsir ni baru aku perasan nama owner tu? He knows why. In fact, He always knew what we don't even expect the things to be like. may Allah bless Puan Hajah Azimah Hj Abu Samah and her family. ameen. :)


wassalam. ^^

Wednesday, June 6, 2012

Aku Jahil..Maafkan Aku...

Assalamualaikum..

" bapak aku tak bagi aku simpan benda2 macam ni kat rumah. "

 tersentak aku bila aku dengar azreen cakap macam tu sambil usap2 teddy bear kesayangan aku tu.

" bapak aku kata nanti malaikat tak masuk. kalau ada gambar pun tak boleh letak kat rumah sebenarnya."

lagi aku terkejut! biar betul?! so,lepas je azreen dengan wani keluar dari bilik aku, terus aku bukak google. aku nak cari hukum simpan teddy bear dalam rumah. jumpa! salah satu website yang aku bukak adalah page B.A.I.K (<-- sila tekan untuk bukti kukuh). ada banyak lagi website yang aku bukak dan semua cakap benda yang sama; malaikat takkan masuk rumah kalau ada teddy bear/patung yang cukup sifat. Allah melarang sebarang perkara yang boleh membawa kepada syirik. menyimpan patung serupa macam menyimpan berhala walaupun tiada niat untuk menyembah. melainkan patung tu jadi mainan kanak2. i'm not even a kid although i sometimes do behave like a kid. ye, aku dalam proses untuk menjadi lebih baik dan untuk tu,aku perlukan rahmat Allah tapi macamana aku nak dapat rahmat Allah kalau malaikat pun taknak masuk bilik aku? :'(

what should i do? how can i throw them away when my friends gave them to me as gifts? Allahuakbar.. jahilnya aku. sungguh. aku tak tahu even hukum hakam agama yang basic macamni. yes, i'm changing myself to be better and yes, hukum tetap hukum. niat tak menghalalkan cara. dalam masa yang sama, aku nak hargai setiap pemberian orang kepada aku. :'(

aku harap sangat korang faham aku. starting from now, i'll keep the teddy bear inside my locker. it's quite hard for me since i slept with them everynight especially Undertaker. aku minta maaf sangat2 sebab dah buat korang habiskan duit korang untuk belikan aku Undertaker. aku minta maaf sebab aku jahil. aku tak tahu hukum simpan teddy bear. aku minta maaf....... :'(

aku harap korang still nak berkawan dengan aku lepas ni...:( aku janji takkan mintak apa2 lagi dah..

wassalam................

Sunday, May 20, 2012

Walaupun Dah Basi......

Assalamualaikum semua!!^^

wahhh lama gila lah aku tak tulis entri kat sini. 2 minggu yang penuh dengan test. langsung tak dapat nak online. eh tipu!online lah sikit2 tapi tak mampu lah nak tulis blog.

actually walaupun dah basi gile berulat2 bagai, aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada diri aku sendiri...weee~~!!semoga 19 merupakan angka yang membawa kepada suatu perubahan ke arah yang lebih baik sebelum melangkah ke era 20-an nanti insyaAllah :)

terima kasih mak n abah sebab kejutkan subuh sasa dengan lagu happy birthday versi mak abah..huhuu..terima kasih buat semua yang menge'wish' and baling2 tepung plus spray aku dengan krim buih2 (aku taktahu apa nama benda spray2 tu -.-') haritu. kepada hannah gendut yang belanja aku makan, terima kasih ye dut! tahun depan belanja lagi yeee..heheh! terima kasih semua atas ingatan dan doa. penuh notification facebook aku 3 hari tu dengan semua wish dari semua orang..(bajet diva je guna perkataan 'semua orang'..ceh!)serius aku terharu gila. wish dari member2 lama,member2 baru, member facebook yang aku tak kenal, daripada family and cikgu2 sekolah lama especially. huuuuu :')

so malam tu, i've got my first gift from iqeen.

 simple tapi sangat bermakna. she wrote a few hadith and ayat alQuran dalam buku ni. tears falling down on my cheeks as i read them all. thanks iqeen. :')

yang ni pulak daripada dato' salim safie. aku bagi nama dia Voodoo. senang aku nak voodoo orang. pakai benda ni jee..waahh aku tak sekejam tu okeh. hahah. disebabkan roommate aku takut dengan si Voodoo ni,maka aku pun gantung dia kat dalam loker instead of gantung kat siling bilik. eh?sampai ke?-.-' anyway,kamsahamnida salim-ssi!^^

greetings card ni pulak daripada KPG-ians. meen, noer n mero yang pilih. (kalau tak silap akulah). dalamnya ada gambar2 kpg and stuff. yeah,i'm 91 already! hahahaahah! terima kasih korang :')

rantai tangan tu daripada meen,my only daughter. yang gelang hitam tu pun dari dia tapi dia baru bagi 2,3 hari lepas. dia beli dari student bangladesh masa pameran international students dekat DSI haritu. well, meen selalu bagi aku rantai tangan dalam usaha mem'perempuan'kan aku. lolz~! kumawo meen!:')

the big teddy bear (his name is Undertaker) is from salim (once again :D), iqeen (also once again :D) and klon (my youngest son). sebenarnya aku main2 je tulis kat twitter macam ni ;
sebabnya, malam sebelum tu,aku pergi pesta konvo utm dengan salim and aku masuk dalam kedai yang jual teddy bear ni sebab nak cari hadiah untuk kakak aku. tu yang tetiba nak tweet tuu..tak sangka pulak malam tu si salim,iqeen n klon ni belikan teddy bear ni betul2..!!adoidoiidoii..sebak gila gua malam tu. bukannya nak sangat pun teddy bear ni sebab mahal kot. adoii lagi sekali bila ingat2 balik yang diorang betul2 bagi aku teddy bear ni!serius tak tahu nak cakap apa. i really99 appreciate it guys! aku nak wrestling dengan si Undertaker ni pun tak sanggup. sayang sangat2 kat Undertaker nih. tiap2 malam tidur kat riba dia. awww sweet kan?!hahaha yang patung dolphin tu pulak si anis yang bagi. macam tahu2 je aku dah lama usha patung dolphin ni kat pesta konvo. hahahaaah! aku panggil dolphin tu Fifin.eheh. semua benda aku nak bagi nama. kalau ada, surat beranak pun aku nak bagi.-.-' apa2 pun terima kasih korang! even ucapan Terima Kasih pun tak mampu nak gambarkan betapa aku menghargai semua ni. :')

tadaaa~!!sangat kanak2..mentang2 lah aku antara yang paling muda dalam kelas tu,..aigooo..hadiah2 ni daripada classmates aku. azreen, zima, wani, esya, ain, semua lah.. they are my sisters yang gila2 punya. pagi2 buta ketuk pintu bilik aku semata2 nak baling tepung. dengan keadaan yang mamai2,aku pun bukak pintu dan jjang!putih terus muka aku yang tak putih nih.-.-' tak boleh blah siap record lagi. kumbasimida unnie!!:')

and so, now i'm 19. sementara belum ada angka 2 kat depan, aku nak jadi remaja yang ceria dan bahagia selalu..!!cewaaahh! aku nak jadi anak yang baik, nak jadi sahabat yang setia mendengar segala cerita sahabatnya, dan yang paling penting, aku nak jadi hamba Nya yang baik,insyaAllah :)
wassalam :)

psstt..bila dah kahwin nanti, boleh tak nak mintak husband bawak naik motor ni masa birthday aku? okeh stop berangan..-.-'