Wednesday, June 6, 2012

Aku Jahil..Maafkan Aku...

Assalamualaikum..

" bapak aku tak bagi aku simpan benda2 macam ni kat rumah. "

 tersentak aku bila aku dengar azreen cakap macam tu sambil usap2 teddy bear kesayangan aku tu.

" bapak aku kata nanti malaikat tak masuk. kalau ada gambar pun tak boleh letak kat rumah sebenarnya."

lagi aku terkejut! biar betul?! so,lepas je azreen dengan wani keluar dari bilik aku, terus aku bukak google. aku nak cari hukum simpan teddy bear dalam rumah. jumpa! salah satu website yang aku bukak adalah page B.A.I.K (<-- sila tekan untuk bukti kukuh). ada banyak lagi website yang aku bukak dan semua cakap benda yang sama; malaikat takkan masuk rumah kalau ada teddy bear/patung yang cukup sifat. Allah melarang sebarang perkara yang boleh membawa kepada syirik. menyimpan patung serupa macam menyimpan berhala walaupun tiada niat untuk menyembah. melainkan patung tu jadi mainan kanak2. i'm not even a kid although i sometimes do behave like a kid. ye, aku dalam proses untuk menjadi lebih baik dan untuk tu,aku perlukan rahmat Allah tapi macamana aku nak dapat rahmat Allah kalau malaikat pun taknak masuk bilik aku? :'(

what should i do? how can i throw them away when my friends gave them to me as gifts? Allahuakbar.. jahilnya aku. sungguh. aku tak tahu even hukum hakam agama yang basic macamni. yes, i'm changing myself to be better and yes, hukum tetap hukum. niat tak menghalalkan cara. dalam masa yang sama, aku nak hargai setiap pemberian orang kepada aku. :'(

aku harap sangat korang faham aku. starting from now, i'll keep the teddy bear inside my locker. it's quite hard for me since i slept with them everynight especially Undertaker. aku minta maaf sangat2 sebab dah buat korang habiskan duit korang untuk belikan aku Undertaker. aku minta maaf sebab aku jahil. aku tak tahu hukum simpan teddy bear. aku minta maaf....... :'(

aku harap korang still nak berkawan dengan aku lepas ni...:( aku janji takkan mintak apa2 lagi dah..

wassalam................

Sunday, May 20, 2012

Walaupun Dah Basi......

Assalamualaikum semua!!^^

wahhh lama gila lah aku tak tulis entri kat sini. 2 minggu yang penuh dengan test. langsung tak dapat nak online. eh tipu!online lah sikit2 tapi tak mampu lah nak tulis blog.

actually walaupun dah basi gile berulat2 bagai, aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada diri aku sendiri...weee~~!!semoga 19 merupakan angka yang membawa kepada suatu perubahan ke arah yang lebih baik sebelum melangkah ke era 20-an nanti insyaAllah :)

terima kasih mak n abah sebab kejutkan subuh sasa dengan lagu happy birthday versi mak abah..huhuu..terima kasih buat semua yang menge'wish' and baling2 tepung plus spray aku dengan krim buih2 (aku taktahu apa nama benda spray2 tu -.-') haritu. kepada hannah gendut yang belanja aku makan, terima kasih ye dut! tahun depan belanja lagi yeee..heheh! terima kasih semua atas ingatan dan doa. penuh notification facebook aku 3 hari tu dengan semua wish dari semua orang..(bajet diva je guna perkataan 'semua orang'..ceh!)serius aku terharu gila. wish dari member2 lama,member2 baru, member facebook yang aku tak kenal, daripada family and cikgu2 sekolah lama especially. huuuuu :')

so malam tu, i've got my first gift from iqeen.

 simple tapi sangat bermakna. she wrote a few hadith and ayat alQuran dalam buku ni. tears falling down on my cheeks as i read them all. thanks iqeen. :')

yang ni pulak daripada dato' salim safie. aku bagi nama dia Voodoo. senang aku nak voodoo orang. pakai benda ni jee..waahh aku tak sekejam tu okeh. hahah. disebabkan roommate aku takut dengan si Voodoo ni,maka aku pun gantung dia kat dalam loker instead of gantung kat siling bilik. eh?sampai ke?-.-' anyway,kamsahamnida salim-ssi!^^

greetings card ni pulak daripada KPG-ians. meen, noer n mero yang pilih. (kalau tak silap akulah). dalamnya ada gambar2 kpg and stuff. yeah,i'm 91 already! hahahaahah! terima kasih korang :')

rantai tangan tu daripada meen,my only daughter. yang gelang hitam tu pun dari dia tapi dia baru bagi 2,3 hari lepas. dia beli dari student bangladesh masa pameran international students dekat DSI haritu. well, meen selalu bagi aku rantai tangan dalam usaha mem'perempuan'kan aku. lolz~! kumawo meen!:')

the big teddy bear (his name is Undertaker) is from salim (once again :D), iqeen (also once again :D) and klon (my youngest son). sebenarnya aku main2 je tulis kat twitter macam ni ;
sebabnya, malam sebelum tu,aku pergi pesta konvo utm dengan salim and aku masuk dalam kedai yang jual teddy bear ni sebab nak cari hadiah untuk kakak aku. tu yang tetiba nak tweet tuu..tak sangka pulak malam tu si salim,iqeen n klon ni belikan teddy bear ni betul2..!!adoidoiidoii..sebak gila gua malam tu. bukannya nak sangat pun teddy bear ni sebab mahal kot. adoii lagi sekali bila ingat2 balik yang diorang betul2 bagi aku teddy bear ni!serius tak tahu nak cakap apa. i really99 appreciate it guys! aku nak wrestling dengan si Undertaker ni pun tak sanggup. sayang sangat2 kat Undertaker nih. tiap2 malam tidur kat riba dia. awww sweet kan?!hahaha yang patung dolphin tu pulak si anis yang bagi. macam tahu2 je aku dah lama usha patung dolphin ni kat pesta konvo. hahahaaah! aku panggil dolphin tu Fifin.eheh. semua benda aku nak bagi nama. kalau ada, surat beranak pun aku nak bagi.-.-' apa2 pun terima kasih korang! even ucapan Terima Kasih pun tak mampu nak gambarkan betapa aku menghargai semua ni. :')

tadaaa~!!sangat kanak2..mentang2 lah aku antara yang paling muda dalam kelas tu,..aigooo..hadiah2 ni daripada classmates aku. azreen, zima, wani, esya, ain, semua lah.. they are my sisters yang gila2 punya. pagi2 buta ketuk pintu bilik aku semata2 nak baling tepung. dengan keadaan yang mamai2,aku pun bukak pintu dan jjang!putih terus muka aku yang tak putih nih.-.-' tak boleh blah siap record lagi. kumbasimida unnie!!:')

and so, now i'm 19. sementara belum ada angka 2 kat depan, aku nak jadi remaja yang ceria dan bahagia selalu..!!cewaaahh! aku nak jadi anak yang baik, nak jadi sahabat yang setia mendengar segala cerita sahabatnya, dan yang paling penting, aku nak jadi hamba Nya yang baik,insyaAllah :)
wassalam :)

psstt..bila dah kahwin nanti, boleh tak nak mintak husband bawak naik motor ni masa birthday aku? okeh stop berangan..-.-'

Monday, April 23, 2012

:')

Assalamualaikum semua.

harini aku tak pergi kuliah. bangun pagi tadi dengan tekak yang perit dan mata yang berair terjun, maknanya demam bakal melanda. aku kerah jugak tenaga nak bangun mandi. sekali aku bangun,pergghh sakit kepala pulak dah nokkkk!ok surrender. lepas subuh terus aku tarik balik selimut sampai pukul 10 suku baru terjaga. niat dalam hati nak pergi jugak lab pukul 11 tu tapi sangatlah tak berdaya. so aku just mesej kat labpartner je mintak tolong dealkan dengan lab assistant untuk postpone eksperimen. i can bear with anything in this world except when i caught a fever even just a slight fever. shame on me!-.-'

sebenarnya aku baru je balik dari sekolah lama aku. ada kem debat dan pertolongan aku diperlukan untuk bantu junior2 ni berdebat memandangkan ada pertandingan debat mrsm seMalaysia 4-7 mei ni. ada satu lagi debat interschool kat uia bulan 7 ni.

makanya hari jumaat tu aku balik rumah. pukul 2 naik bas,pukul 4 sampai rumah. mandi,solat,makan,gomol2 si tompek sekejap,jalan2 naik motor dengan mak, then pukul 6 suku macamtu terus start enjin kereta and drive straight to jasin. pang pung pang pung,dalam pukul 8 macam tu sampai jasin. singgah jasin point sekejap,beli selipar murah + pewangi bilik,then there it is. aku nampak bayang2 seorang mamat yang iras2 matluthfi sedang melambai2 dari depan pintu kfc. luqman long! masih seperti dulu,tapi angle kepala aku nak pandang dia semakin besar,menunjukkan yang dia semakin panjang.-.-'

masuk dalam kfc,tak sampai sepuluh saat aku ternampak seorang nok berjubah cokelat cair. baabar! jyeaahh!!kitorang menjerit at the same time and semua orang yang tengah makan kat kfc tu was like "duhh?"sangat2 excited macam long-lost siblings tahu tak?nampak tak permainan dia?nampak tak?hahahah!then selang sesaat jerit lagi sekali bila nampak abang syukri yang dah semakin dewasa. kahkahkah!
 
2010
2012
yeah. this is my second family. yang berbaju pink2 sikit tu adalah coach debat kitorang sejak form 4 lagi. he's the best coach ever!woot2~! happy birthday in advance ye abang syukri.:)
yang baju putih tu adalah faiz syukri the second speaker a.k.a baabar, my big bro yang sangat susah nak dikejutkan dari tidur sampai tahap kena lompat2 atas katil dia untuk bangunkan manusia yang liat nih!=.=
the one yang muka macam matluthfi campur dengan farid kamil sikit tu adalah luqman long the greatest first speaker a.k.a nok yang playboy lagi keanak-anakan.-.-'

kitorang adalah team debat yang macam magnet. ada satu tahun tu,all of us terkategori dalam top 10 best speaker mrsm se-malaysia tanpa disengajakan. haha!dalam 6 match,each of us dapat 2 kali best speaker nok! memori yang sangat2 aku simpan.:)

walaupun dua tahun dah kitorang tak jumpa tapi sekali jumpa, chemistry tu tak pernah berubah malah makin melampau2. sangat2 family. sepanjang masa ada je benda yang nak digelakkan. :)
 
dan bila kereta yang aku drive menghala ke jb dan diorang menghala ke kl, aku boleh rasa satu perasaan yang sama seperti ketika aku melangkah masuk ke dalam bas untuk balik ke utm sambil mak&abah lambai dari bawah. berat dan makin berat. macamana aku menangis dalam bas bila aku dah tak nampak muka mak dengan abah, macam tu lah lebih kurangnya aku menangis bila aku dah tak nampak bayang mamat bertiga ni. nampak tak permainan dia?nampak tak?haha.rasa kelakar bila ingat2 balik. nak nak pulak masa tu tengah hujan. so hindustan!-.-'

aku doakan baabar dan luqman dapat jadi peguam yang baik, dan abang syukri dapat kahwin cepat2 sebab aku dah cop awal2 aku nak jadi flowergirl dia walaupun baabar dgn luqman menafikan kewibawaan aku untuk jadi flowergirl. T.T

oklah.kepala dah start berdenyut balik ni. wassalam~(^.^)

Sunday, April 15, 2012

Mimpi.

Assalamualaikum semua!:D

hari ni hari Ahad dan itu satu fakta..aku tak pernah suka hari Ahad sebab esokya mesti hari Isnin..aigoo..tapi haruslah bersyukur at least aku masih diberi peluang untuk menghirup udara Ahad..alhamdulillah..:)

aku ni sebenarnya bukanlah orang yang selalu boleh recall mimpi2 aku tapi tak tahulah..mimpi aku 2 malam lepas sangat2 aku ingat..

aku mimpi...aku tengah jalan2 kat SUB utm..ade cik qeen di situ bersamaku dan beberapa orang lagii..(qeen,silalah buat sujud syukur sebab hang dah masuk dalam mimpi aku dgn jayanya..-.-') dalam scene tu,lantai sub sangat licin..maybe sebab ribut yang melanda kot..-.-'..aku tergelincir,makanya aku dipimpin oleh seorang anak Adam supaya aku tak tergelincir lagi..dia senyum,aku pun senyum..hikhik..dalam mimpi pun ada maksiat..keh3..masa tu aku rasa bahagia sangat..tapi tak lama lepas tu,tiba2 je anak Adam tu lepaskan tangan aku dan berlalu pergi macam tu jeh..heh..dan aku end up dipimpin oleh cik qeen dalam keadaan sedih..err..salah!..dengan perasaan yang sedih..apa punya tatabahasa daa..

mengarut tak mimpi tu??mengarut kan?ada maksud ke tak hek?hmm..wallahu'alam..orang kata mimpi tu kan mainan tidur..tapi tak tahulah sampai ke harini aku masih ingat scene2 dalam mimpi tu..-.-'..maybe sebab semua orang yang terlibat dalam menjayakan mimpi aku tu adalah orang2 yang dekat dengan aku..means,orang2 yang aku kenallah..hewhewhewww..kalaulah si anak Adam tu pun mimpi scene yang sama dengan aku,,aku teringin nak tanya kenapa dia lepaskan tangan aku..heh..

dan kalaulah qeen pun mimpi scene yang sama,aku nak cakap terima kasih sangat2 sebab ada dengan aku di saat aku ditinggalkan..wah3..:')

semua ni mengarut!hahaha..itu je ye pun yang aku nak tulis..heheh..oklah..wassalam!(n.n)v



Saturday, April 14, 2012

Frogurt.

Assalamualaikum semua!:D

frogurt!dalam kepala otak aku sekarang ni hanya terbayangkan Tuttti Frutti jehh!!jyeaahh sedaaaapp!!tapi itu dulu..beberapa minggu yang lepas aku ada terbaca artikel tentang halal atau haram si frogurt ni sebenarnye..wah?bukan tu produk anak malaysia ke?



dua tiga hari lepas aku pun ngapdet twitter pasal aku dah tak makan dah tutti frutti sebab rasa sangsi..then member baik-kamceng-gile-nak-mam*** aku pun komen..die kata tu produk malaysian kan?then aku pun cakap,"kalau kau rasa yakin,no probs..teruskan..aku tak makan dah sebab aku rasa ragu2.." lepastu dia pun post satu link ni..sila lihat di sini ..

sebenarnya adalah lebih baik kita tak makan sesuatu yang kita ragu2 kehalalannya kan..makanan tu dah jadi shubhah pada kita once kita rasa ragu2..kalau yakin,,tak ada masalah..silalah makan sampai lebam..hew3..tapi satu hari nanti kalau pihak tutti frutti dan jakim dah sahkan betul2 yang tutti frutti ni halal,on the spot aku terus pergi makan tutti frutti..seriously!hahahahah..

itu je lah untuk harini..

wassalam (n.n)v