Wednesday, April 11, 2012

Eheh.

assalamualaikum semua.

amacam?eheh tak kulit blog aku yang baru?eheh tak?eheh!(gaya hannah gelak -.-')
tak sampai sehari suntuk pun aku salinkan kulitt dia dah jadik cenggini..hebat tak??ni baru salin kulit..belum tambah aksesori lain lagii..lek luu..hahahahah..

di kesempatan ni, sama2 lah kita berdoa tiada sebarang malapetaka yang akan sampai ke M'sia akibat gempa bumi di Acheh tadi..jangan lupe solat ye kengkawan..!jaga diri selalu..:)

ok lah..saje je nak tayang wajah baru..sampe ketemuk lagi!daaa~~

wassalam :)

Monday, April 9, 2012

Approved.

Assalamualaikum semua :)

ABPBH dah habis tapi entri kali ni bukan nak gosip pasal tu pun. tolonglah,i tak main lah gosip2 retis nih. tapi sedikit kecewa lah sebab aku harap sangat pakcik Jamal Abdillah perform malam tadi. i'm his biggest fan tau!sejak darjah dua lagi woo..hahahahahah..ok stop!

actually aku rasa aku dah buat tindakan yang tak tahu lah nak kategori bijak ke tak. aku dah approve insan yang aku pernah remove. bukan remove dari hidup aku tapi dari fesbuk jee..keh3..bunyi lagi nak gempak wok!:p

dia lelaki bukan muhrim pertama yang aku tangisi zaman aku jahil2 dulu..dia bukan cinta monyet pertama aku tapi dia yang paling melekat dalam kepala hotak aku. sebab,dia insan pertama yang aku mohon pada Allah  untuk dipertemukan jodoh dan aku bersungguh nak sayangkan dia habis-habisan sebagai yang pertama dan terakhir walaupun masa tu aku baru 16 tahun. lawak kan?:')

ceritanya, kitorang tak pernah date and ofkos lah tak pernah pegang2 tangan sekalipun..cehh!:p dia tak pernah berkasar dgn aku and selain parents,dia orang yang aku selalu mintak pendapat. aku terima fast trek MARA ni pun untuk dia. aku nak habis belajar cepat supaya dia tak perlu tunggu lama. and yup!dia dah bekerja dan dia bukanlah sebaya dgn aku..dia tua sikit..hahah!

tapi mungkin Allah lebih tahu. bukan mungkin tapi betul! Allah tahu apa yang hambaNya tak tahu. sama ada aku yang tak layak untuk dia atau dia yang tak mampu membimbingku kelak. kitorang tak ada jodoh. dia terima cadangan bapanya untuk ditunangkan dengan pilihan keluarga diorang tanpa bantahan. dan mungkin itu yang buat aku terkilan. mungkin dia tak pernah terlintas sikitpun untuk menghalalkan segala yang haram antara kitorang walaupun hakikatnya aku berfikiran terlalu jauh pada dia.

yang paling sentap,kitorang akhirkan semuanya malam sehari sebelum aku masuk UTM. UTM yang aku pilih untuk masuk pakai result trial spm untuk dia (hakikatnya aku pilih uia tapi macamane entah boleh dapat utm -.-'). sedih x?kkahkahkah!:')

dan yang lagi bongeknya,aku masih mengharapkan dia (masa tu lah). aku masih contact2  mesej2 calling2 dgn dia macam tak ada apa2 pernah jadik walaupun setiap malam mata aku lebam. yekk! sampai detik dia betul2 masuk meminang calon pilihan parents dia,aku buat keputusan untuk lupakan dia. setiapkali dia mesej,aku suruh farahani yang replykan. ayat2 farahani memang makan dalam habis lah kan..kkeh3. dia tahu tu bukan mesej yang aku taip. dia tahu tapi aku buat2 macam 'ye betul aku yang kau kenal dulu bukan aku yang sebenar'..:p

sebab apa aku remove dia dari fesbuk? sebab aku tak boleh tengok dia tiap2 hari. aku tak boleh go on. tu pasallah. harharhar iyek betullah aku mase tu!keh3

sekarang aku rasa bukan masa yang sesuai untuk main lari2 plus nyorok2 lagi dah. berdosa putuskan talian persaudaraan kan? aku dah besar..dah boleh fikir. aku nak bersahabat dgn dia walau bukan macam dulu. aku dah boleh go on dah sekarang.cehwah!

aku doakan majlis pernikahan dia berjalan lancar bulan 10 ni..semoga dia bahagia sampai anak cucu..amiiin!:)

sekarang fobia ke nak sayang kat orang??oh nooo..aku sayang je semua orang cuma yang melimpah ruah tu tidaklah..sayang sesame sedare ye tak?aku tak suka membazir..sayang orang lebih dari orang sayang aku is not my style anymore..keh3..start dah merapuk meraban memalam gini..-.-'

maka mata ni pun mengantuk sudah.nites u'olls (gaya mak jemah johara :p)
wassalam :)

Friday, April 6, 2012

kusut.

Assalamualaikum semua.

sebenarnya tak rasa kusut pun awalnya. tapi bila pikir,baru rasa kusut tu datang tetiba.

kusut bila banyak benda akan berlaku dalam satu masa.
kusut bila rasa semuanya susah dan mustahil.
kusut bila dah makin entah apa2.

kusut bila tak tahu khabar berita.
 kusut bila semua nampak pelik.
kusut bila rasa asing dan janggal.
kusut bila hanya angkat2 kening dan blah.

kusut bila semua nampak tak kena.
kusut bila mood kejap ada kejap tak ada.
kusut bila semua datag bertimpa2.

kusut bila...
makin banyak jerawat..-.-'

itulah perempuan..suka pakejkan semua perkara yang mengusutkan dalam satu masa..aigoo..

Monday, March 19, 2012

.

assalamualaikum.

lama dah tak conteng-conteng kat sini. oh ya. pagi ni kelas english batal so tak ada kelas sampai pukul 10 nanti. heaven!hhahahah

just nak buat satu pengakuan kat sini. aku makin hari makin teruk dan jahat. jyeah! tak tahu kenapa tapi aku rasa...aku rasa...hmm..

konflik dengan roommate...konflik dengan member-member...konflik dengan semua orang (kecuali family ofkos)..dan yang lagi entah apa-apa, aku yang menjadi mastermind nye..aku yang mulakan semua konflik tu..aku lebih memandang keburukan yang orang buat kepada aku berbanding kebaikan yang diorang hulurkan. hati aku jadi keras. tak kisahlah berapa banyak kali aku baca alquran atau secukup mana aku solat 5 waktu. aku dah tak kenal siapa aku sebenarnya. kalau dulu aku tak boleh hidup sorang-sorang tapi sekarang aku rasa aku lebih suka menyendiri. watdde?

entahlah. sama ada orang memang tak perasan yang aku dah jadi makin entah apa-apa atau memang orang dah tak mahu ambil tahu pasal aku sebab dah jelik dengan perangai aku. ye,aku nak diri aku yang dulu. tapi 3/4 daripada hati aku ni tak mahu jalan. lebih senang diam daripada bersuara. lebih suka senyum daripada bertegur. lebih lega lari daripada berhadapan. apa yang aku nak sebenarnya pun aku tak tahu. bila aku cerita semua pada nad, hati aku masih belum lega sebab dia tak ada sebelah aku. dia tak nampak situasi yang ada sekarang.

ika pulak kata,ngadulah pada Allah dalam setiap sujud terakhir. dia lebih tahu dan dia yang ada di sebelah aku setiap ketika....

wassalam.

Monday, March 12, 2012

feelingless.

assalamualaikum.

2 minggu yang penuh dengan schedule. bukan setakat jadual study, jadual makan aku pun dah lari. berat badan pun dah turun masa aku pergi timbang kat pusat kesihatan sabtu lepas. tidur aku pun dah tak lena. setiap pukul 4,5 pagi konfem terjaga. niki buyaaa??(speaking korea lah pulek!-.-')

kelas start pukul 8 habis pukul 5 (mostly lah. ada je yang habis pukul 4 atau 6). pukul 5.30 terus pergi training futsal. habis training pukul 7 malam. nak study malam tu pun kompem cepat je mata ni nak pejam. no, i don't blame anyone. this is my choice. cehwaahh.-.-'

aku bukan nak mengeluh tapi aku nak orang faham aku. janganlah ingat aku dah sombong ke hape pulak kan. janganlah rasa macam aku dah tak macam dulu ke hape pulak kan. jangan rasa macam aku dah tak sudi nak luang masa pulak sebab nak luang masa dengan diri sendiri pun aku tak mampu. hahaha.

serius aku cakap, aku feelingless sekarang ni. so, sebarang tacing menacing memang tak akan dilayan. ok dah. nak tidur, penat wok.

wassalam.