Friday, March 18, 2011

"Contest:Gambar Paling Sengal by Jamban Comel"


contest lagi???hahahahahahaha!!!korang klik banner tuh,,tengok sendiri hadiah yg ditawarkan..woot~woot~

nahh..!tgk nih...burok tak burok muke aku..hahaha*maluuu*

eh!!ape aku buat tuh????

"saya seorang yg sengal sebab dah tau org tu nk amik gambar candid boleh tak sempat nk cover puleks!adoiyaii!!bertambah2 sengal sebab saje tayang gambor yg 'bermasalah' ni kat tuan punye contest..lagi sengal sebab join contest ni lepas nmpak $$$$$..kciinngg!!duit,,duit...hahahah!!yg paling sengal bile takde org tag saya pun saya still nk join ini contest!!kehkehkeh~tapi kan...sumpah sengal sebab muke saya kat situ betol2 sengal..err..Jamban Comel,,tlglah edit mane2 yg patot erk..*gerenti lepas nih x de org nk kat aku..*chait~"

kepada @klon (sekali lagi) dgn @bibik,, anda telah di tag!!!wooohooo!!=..=

Inilah kisah sedihku



kepada yang berminat,,bolehlah klik banner ats ni utk prosedur contest ekk..:)

Memang aku Ummi Hurairah

Sejak sebelum aku dilahirkan ke dunia ini lagi, mak dan abah sudahpun memelihara kucing di rumah kami. Tak hairanlah aku pun turut mewarisi sifat abah yang begitu menyayangi kucing. kalau orang lain ada penyakit keturunan, begitu jualah dengan keluargaku. kesemua abang2 serta kakak2ku dan adikku begitu sayang akan haiwan ciptaan Allah ini. maka sifat yang sama diwarisi apabila lahirnya cucu2 bapaku yang merupakan anak2 kakak sulungku merangkap anak2 saudaraku (-____-")*ni dah macam bukan kisah sedih je. cer citer,,cer citer. klon,,pinjam tagline sat!*

***********************************************************************

kehadiran Gary yang cerdik telah menambah keriangan dalam rumah anak-anak Jamaludin. dia kucing yang cerdik. tanda M di dahinya begitu unik,bukti kekuasaanNya. Subhanallah~ 

nampak tak tanda M kat dahi dia?

tatkala kedengaran azan subuh di masjid, setiap kali itulah juga Gary akan mengiau, menyeru seisi rumah mengerjakan solat pada waktunya. Gary jugalah yang pertama untuk menyambut sesiapa yang bertandang ke rumah. bagaikan penyambut tetamu lagaknya. apabila malam menjelang, dia akan keluar sendiri seolah2 dia bertanggungjawab menjadi pak guard di rumah kami. dia tidak takut dengan sesiapapun malah ketika jiran di hadapan rumah kami mengadakan kenduri kahwin, dia turut sama mengikut abah melapah daging. dan sejak itu jugalah, dia menjadi terbiasa untuk berulang alik dari rumah kami ke rumah jiran hadapan.

meskipun usianya semakin meningkat, dia masih cergas dan kuat bermain. anak saudaraku begitu geram melihat telatahnya sehingga ditariknya ekor Gary dan dipusing2 kan seperti bermain helikopter gamaknya! dia kucing yang mengenali tuan rumahnya, maka tidak pula dicakarnya anak saudaraku itu. pun begitu seminggu dua jugalah dia mengambil masa untuk pulih daripada kesakitan akibat ditarik ekornya.

Gary bagaikan teman yang selalu ada ketika tawa mahupun duka. seolah2 memahami perasaanku yang walang setiapkali aku ditimpa masalah, dia akan menyusup masuk ke dalam bilik yang aku huni dan terus memanjat ke atas katil. aduh, kau memang kucing yang unik! suatu hari, aku dimarah teruk oleh mak. kebiasaannya akan aku lepas kesedihan dengan membaling bantal atau menghempas pintu. namun sinar mata Gary ketika itu bagai meminta aku menghambur segala kesedihan padanya. biar orang kata aku gila namun aku puas selepas aku menceritakan segala2nya kepada Gary. biarpun tiada satu patah perkataan pun daripadanya, aku berasa sangat lega.

keputusan UPSR ku yang cemerlang telah membawa aku jauh daripada Gary.setiap kali aku menghubungi abah di kampung, pasti akan aku tanya tentang Gary. khuatir kalau2 abah dan mak membuangnya. 

kusangkakan panas berpanjangan~
rupanya gerimis,,rupanya gerimis mengundang~

tersekat kerongkongku tatkala aku mendengar bait2 yg keluar dari corong telefon. Gary akhirnya pergi meninggalkan kami. kata abah, pagi sabtu itu abah hendak ke kebun seperti biasa apabila abah terlihat bangkai kucing terlentang di tengah jalan. kepalanya hancur! abah tersentak tatkala warna bulu bangkai kucing tersebut serupa dengan warna bulu Gary! ketika itu yang ada di rumah hanya mak, abah, kakak dan adik. adik beradikku yang lain tidak pulang bercuti di rumah. menurut abah, Gary terlentang dgn kepalanya menuju ke rumah kami. abah pun berasa pelik kerana tidak kedengaran suara Gary mengiau2 mengejut abah untuk mengerjakan solat subuh seperti biasa. rupanya Gary tak sempat pun menyeberang jalan. mungkin dilanggar ketika azan subuh berkumandang......

kata abah,,menitis air matanya ketika dia menanam tubuh kaku Gary. adik menangis, kakakku,awin juga menangis. aku yang dari jauh juga turut menangisi pemergian Gary berhari2. Gary yg lincah menggonggong tikus di mulutnya, Gary yang tidak membuang najis merata2, Gary yang tidak suka dibelai tapi suka bermain, Gary yang begitu menenangkan...............

meskipun setelah itu kami didatangi kucing2 yang comel2, namun tiada lagi yang seperti Gary.

yang patah memang tumbuh,,
yang hilang memang berganti,,
namun aku masih dambakan yang patah dan yang hilang itu..

kini, sudah 5 tahun Gary pergi meninggalkan kami. kucing2 yang lain juga begitu. tangisan demi tangisan tak dapat aku tahan setiap kali kucing2 di dalam rumah mula berkurangan. semalam aku menonton video seekor kucing bernama hero (klik sini kalau nak nangis tengok kucing tu) yang dipotong kedua2 kaki depannya akibat mencuri ikan di sebuah restoran. menitis air mataku melihat kucing yang tidak punya akal itu dizalimi oleh manusia yang dikurniakan akal fikiran dan perikemanusiaan. acapkali aku dipandang jijik kerana membelai kucing2 jalanan yang kata mereka mungkin ada kurap namun aku biarkan kata2 itu berlalu dipuput angin. biarlah apapun persepsi orang. itu hak mereka. tapi aku memang ummi hurairah (ibu kucing-gelaran kepada abu hurairah kerana sayangnya terhadap kucing).

ni nama dia bulat

ni nama dia ujang

ni nama dia awie


***********************************************************************

kisah ini mungkin sedih bagiku. andai tak sedih bagi pembaca semua, dun worry be happy! terima kasih kepada tuan pemilik contest ni sebab dengan kewujudan contest ni lah,,aku dapat mengenang kembali Gary yang kukasihi bukan untuk dapat hadiah atau apa2pun tp kalau dapat tuh kira rezeki lah kan..hehehe..(chait~ayat tak menahan lolz!)

jadi, sekarang aku nak tag:




sekiannnnnnnnnn....:)


Wednesday, March 16, 2011

rumah KPG @ zoo??

semalam,,sedang aku ber-facebook-ing dgn member,,tiba2 aku terdengar jeritan bonda tersayang... aku pun bergegas ke tempat kejadian dan......

saksikaaannn.........




amacam?besar tak besar menatang tuh!?abah hero sejatii...sementara aku hanya jurukamera yang mampu menjerit menyaksikan adegan thriller tersebut..adikku pula awal2 sudah menyorok di belakangku!chait! harap je lelaki...hampeh! yang mak pulak macam trauma..setiap kali nk masuk bilik air je,,terhendap-hendap...kot2 lah ada anak-pinak kaum keluarga kala******** tu lagi kan..

malamnya.....
tiba2 hidung mak menangkap bau bangkai di dalam rumah..aik??takkanlah bau bangkai kalajengking siang td kot????korek punya korek,,geledah punya geledah....LAILAHAILALLAH!!!! di celah2 rak baju,,terdapat seekor makhluk Allah mati kesepitan..innalillah.....kesian *mak menti tu..patotlah malam tadi dengar bunyi mak menti memekak2..aku pikir dia tengah layan karok..rupanya tengah nazak...
*mak menti adalah panggilan kami sekeluarga kepada sang tikus*

malam lagi..err..dalam sejam lepas tu..
aku,mak,abah dan adik sedang khusyuk menonton cerita Asmara 2..abah bangun,nak masuk bilik,,nak baca surat2 yg dia dapat..tiba2 mak menjerit (sekali lagi?)..EH,,MU!!AMIK KATAK TUH NAK MASUK BILIK!!
(*mu adalah panggilan manje mak kepada abah..auuwww!)
aku pun turut menjerit menyuruh abah menangkap katak yg menggerutu tersebut..nk tau apa abah buat?? abah boleh acah2 katak tuh macam abah selalu buat kat cami (cucu dia merangkap anak sedara aku)..dah macam main pok amai2 pun ada!aku hanya mampu tergelak sambil melihat katak terbabit melompat laju memasuki ruang bilikku..haiiihh~

katakanlaaaahhh,,katakanlaaahhh!!adakah benar aku kini berada di rumah atau di zoo??lol~

Sunday, March 13, 2011

aku dan mereka di UTM

masa ni pensyarah tak masuk. dua jam kosong beb!hahahaha
ni lah kegiatan kami setelah berhari2 terpaksa menghadap test memanjang...
dah lah hujung minggu habis kat makmal kimia macam tu je..sob,,,sobb..tengoklah video ni haa..i'm d one with the green shirt!hahahahahah~




hah giler lahh kamuu!!!

masa ni pun tengah menggila jugak..masing2 baru lepas pekena secret recipe dlm hujan..
dgn masalah clashnya,,apa lagi,,gila kanlah dirimuuu!!!!!


si baju hijau..owh itu aku!
ni pic kelas 509 dulu..same kan pose aku?!hehe



tengok,,semua nk boikot aku!!ciss,,hahahah..etibe rase rindu kat geng2 tgb..hukhukhuk...
aku pose exactly mcm dlm pic kelas 509..adoii...sediihh!

dgn patung pun nak???
mereka yang gila kamera,,bukan aku!!hahaha..ni masa pesta coklat yg tak berapa nk pesta pun..aku spend dalam seringgit je utk beli coklat yg menyaluti marshmallow..yummyy!!lepastu si kori belanje kitorang mkn coklat yg mahal ckeett je lahh..hahah..ade lagi tau..jap eh~


oohh,,saya mcm doktor!ahaks!
dalam makmal pun nk bergambar..sah kaki kamera..adoiiyaii..dahlah salah wat eksperimen..boleh pulak aku ingat air yg ada atas meja tu air suling..dah siap eksperimen baru akak lab tu tegur,,dia kata air yg kitorang gune tu rupenye air basoh tgn!!!patot pun bau lain macam produk group aku!!!!aiyoyoooo~




Friday, March 4, 2011

lonely no more..:)

Add caption


keadaan berubah..usia bertambah..sungguhpun aku sudah punyai teman2 baru,,namun tak pernah sekali pun aku lupai sahabat2ku..betul,,kami sudah jarang berhubung..boleh dikira dgn jari dalam sebulan,berapa kali sahaja kami saling berbalas mesej..mungkin ketika ini aku dianggap sudah melupakan sahabat2 sebaik melangkah masuk ke alam universiti..percayalah,,perkara yg sama berlaku kpd semua org..namun,,bagiku,sekali kita berkawan,,kita tetap kawan sampai mati..:)

aku masih seperti dahulu..tidak ada satu pun yg berubah..masih dilabel sebagai 'budak perempuan yg kepoh'..baru 2bulan sudah digelar KPG sebab gayaku yg seperti budak kampung kata mereka..hahahaha..yeke??tapi tak apa,aku tak kisah,,asalkan mereka bahagia..senang hatiku melihat mereka tersenyum dgn telatahku..maaf andai ada yg tidak senang dgn sikapku namun aku sudah cuba yg terbaik utk memuaskan hati semua pihak..:)

hari ini aku berasa lebih baik daripada hari2 yg lepas biarpun duit pinjaman mara tak masuk2 lagi..sedikit demi sedikit aku sudah berjaya melepaskan 'sesuatu' daripada ingatanku..semoga 'ia' sentiasa mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Allah..:)

kelas masih berjalan seperti biasa..semakin hari semakin rumit utk memahami setiap yg dipelajari tapi aku selalu mengingatkan diriku kata2 yg sering diungkapkan bonda tercinta,,"kalau tak susah bukan belajar namanya"..meskipun hidup dibelenggu gosip dan usikan yg tak berkesudahan,,aku tak pernah ambil hati kerana aku tahu,,itu lah yg menghilangkan tekanan aku serta rakan2ku di sini..banyak lagi yg ingin dijadikan cerita tapi esok kan masih ada...jumpa lagi! =D