It might seem crazy what I’m about to say
Sunshine she’s here, you can take a break
I’m a hot air balloon that could go to space
With the air, like I don’t care baby by the way - Pharrel William
Assalamualaikum semuaaa ^^
Fuhhh! *tiup habuk*
Lama gila lah tak bergosip sini. Heh. Well alhamdulillah all is well. I'm currently at home. It's hols yayhuuuu!! Bangun pagi sarapan ubi rebus cicah sambal tumis ya Allah syurgaaaaa!
Okey over. So hari Jumaat lepas, 28 Mac, instead of going to Tioman, I went to Malacca. Yup, Allah is the best planner. Tak sia-sia. Everything went perfect. And because there are friends of mine along with me, things became much much more meaningful. :')
Banyak nak cerita sangat-sangat. So untuk permulaan, aku cerita surface je dulu okey. Next entri nanti aku cerita lagi detail - tempat tidur, makanan, bajet, etc etc. *bajet ade orang nak bace je. haha*
Day One.
So, kenkonon nak fefeeling backpacker lah. Backpack naik kereta dari UTM ke Melaka. Heh. Celup! Orang lain backpack naik bas, keretapi, jalan kaki, kitorang naik kereta. Haha. Pukul 7.30 am gerak, bawak bekal roti untuk breakfast, isi minyak full tank and vrooooomm to Melaka.
Dalam pukul 9.45 am sampai lah kitorang kat Ayer Keroh Melaka. Dalam panas-panas terik tu terus terjah Wonderland bak angg. Memang rentunglah main air bawah terik kannn.
Dekat tiga jam jugaklah kitorang berendam. Dah lapar macam nak pengsan, baru sedor diri nak keluar dari situ. Kalau tak, boleh sampai Wonderland tu tutup baru kitorang keluar kot. Haha overrr.
Lepastu terus pergi makan. Haa, bab makan nanti aku buat entri khas untuk tempat makan best-best kat Melaka hokeh! :D
Now is the time to check-in! Yayy!! Pukul 4 sampai kat Ringo's Foyer Guesthouse, disambut oleh seorang Scottish guy. Weibo nama dia. He's damn friendly and loved chatting.
Haa ni yang kat gambar ni ruang tamu. Tempat lelepak chill tengok tv minum teh main gitar. Ada satu lagi port best; rooftop! Later lah aku tunjuk okey? Heheh
Sebab memasing dah penat, so kitorang lepak nyanyi-nyanyi je. Lepas mandi, jamak maghrib-isyak, sesiap jenjalan kat Jonker Street Night Market. Weibo bawak kitorang pergi situ lalu shortcut. Ya Allah dekat gila hokeh. FYI, Jonker Walk punye night market ni bukak setiap malam weekend sahaje (Jumaat malam and Sabtu malam). Mase kitorang pergi tu awal lagi, so tak ramai orang sangat. Kalau pergi lambat sikit, kompem sesak nafas nak harung orang ramai.
Kitorang ni memang peminat tegar busker. Yang kat belakang tu couple foreigner tengah busking. Mungkin nak cari duit poket lebih. Ni dekat tapak Datuk Wira dekat celah-celah night market. Ade lah patung Datuk Wira kat situ tapi gambar semua kat iphone Azreen. Hmm.
Dah jalan punya jalan, baru perasan yang kitorang belum dinner lagi. Kat area ni banyak makanan cina. Nak makan kat Hard Rock Cafe mahal sangat lah pulak. Sebab kitorang waswas, sanggup jalan pergi area sebelah mahkota parade tu haa.
Lepas dah kenyang, menapak balik ke guesthouse. Tapi tak terus balik pun. Kat area Sungai Melaka tu ade jalan tepi-tepi sungai ade lampu-lampu bagai siap ade lukis-lukis pasal sejarah sepanjang dinding tu haa. Kitorang pun jenjalan kat sepanjang jalan yang ade kat tepi sungai tu haa. Best gilaaaaa! Sebab source gambar agak terhad, nah tengok gambar pinjam dari pakcik gugel.
Dekat pukul 12 jugaklah baru sampai balik kat rumah yang kitorang menginap tu. Sebelum tidur sempat lagi suruh Esyah main gitar. Nyanyi-nyanyi sampai Ain dengan Azreen tidur. Lullaby sangat lol. Haha.
So that's it. The end of day one.
Till then, stay tuned! Xoxo ^^