Tuesday, September 24, 2013

.

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar aku akan selalu ada - Shila

Balik kepada yang asal. Kembali pada yang awal. Belajar. Itu je fokus utama aku sekarang. Lelaki, hati, perasaan, semua pergi tepi. Nafsu untuk ‘main-main cinta’ dah tak ada. Hoho. Power tak?

Kadang-kadang, ada masanya tak perlu dah untuk kita bela diri. Mengaku atas silap sendiri sebenarnya ubat penenang terbaik tau. Dengan syarat, hiraukan tanggapan orang. Biarlah dia nak buat assumption sendiri. Serius. I feel much calmer after our farewell conversation. Takde apa pun yang nak dimenangkan. Aku tahu semuanya sukar untuk dia. Tak layak rasanya untuk aku mengaku susah jugak untuk aku. Biarlah. No worries. I’m good, very good in enduring pain. :)

Goodbye lover. Jalgayo yeobo. Semoga kita saling mampu untuk berkawan. Macam jeans dengan hipster. Takkan terpisah. Kami buddies. Acewaahhh! Over sampai terselit iklan Digi haaa leulz.

Well, we meet again, single life. :)
 

Tuesday, September 17, 2013

Takkan Terpisah

 Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah - Black

"Learn to love yourself before loving others"
"Don't find your faults in others"
"You can't get out of the hole by pulling others into it. You have to climb out!"

Ini. Yang atas-atas ni. Ini semua yang aku belajar dalam kelas Reading for Specific Purpose harini. Well somehow, I felt as if those words are meant for me. Setepek kena kat batang hidung sendiri. Tak pernah sekali aku tak bandingkan diri aku dengan orang lain. Tak pernah. Rasa down, rasa riak. Dedua aku rasa walaupun pada keadaan yang berbeza.

Kesian pada diri sendiri yang selalu dibanding-banding dengan manusia lain. I should accept my ownself for who I am, shouldn't I? Then only can I appreciate me myself and that is what love is all about aite? Ha-ha.

Banyak-banyak masalah dalam dunia ni, masalah yang paling susah nak jumpa jalan hidup - masalah dengan diri sendiri. Sebabnya, benda ni yang jadi akar kepada masalah-masalah yang lain. Macamtu, macamana nak hablum minan nas? Habislah hati-hati lain yang tak terjaga makin terabai.

Jangan tanya lagi apa masalah aku sebenarnya sebab aku pun tak tahu. Aku tak tahu apa yang hati aku mintak. Aku tak tahu apa yang boleh buat aku puas. Aku tak tahu. Kadang-kadang sampai satu tahap aku tak faham dengan diri sendiri. Caca marba sangat. Kite sendirik tak boleh nak faham diri kite, takkan nak expect orang lain paham kite ye dok?

Well, I always have friends. Sooo many friends. But only a little who stay to be friends. And out of them all, I know, there might be only one or two who will stay as friends. Betullah gamaknya, yang betul-betul boleh tahan dengan aku tu memang 'jjang' lah! :)

Dear world, what say you?

p/s: I've bought my dear girlfriend a beautiful cake for her birthday. Now still thinking of how to surprise her. By the way, Tasik UTM is sooo peaceful at night. Feel like sleeping here tonight lolz.

Monday, September 16, 2013

I Love You

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata - Najwa Latif

Ada masanya kita cuma perlu sediakan sepasang telinga je. Tanpa perlu sokongan tambahan daripada sang mulut. Sebabnya, mulut selalu keluarkan kata-kata yang asalnya mahu tenteramkan keadaan tapi sudahnya makin melintang-pukangkan lagi hati manusia.

Someone has once asked me, why do I always keep my problems without even trying to share it. Senang je jawapannya. Aku tak reti. Tak reti bila orang lain jadi penyelesai masalah aku. Tak reti menggunakan solusi orang sebagai penyudah cerita. Tak reti.

Bagi aku, bila aku share masalah aku, cukup sekadar kau untuk mendengar tanpa perlu menokok tambah. Haha that's totally me though. Yup, that very same person has also told me that only 2 out of 10 men could bear with my attitude. Hahahahahahahahahahaha that's hurt. A little.

So hi everyone! Long time no see! Haha dah separuh jalan baru tahu nak greet. Dahsyat betul cuti 3 bulan tak singgah bersih-bersihkan blog ni. Kesian my lil virtual diary. By the way, lagu Najwa Latif yang ni sedap kan? I have been liking her songs since forever. Err except lagu dia yang muka buku jadah tu je lah. Hoho.

Yup, dah masuk semester baru. Semester kelima. Maksudnya dah masuk separuh masa kedua gitu. Dua tahun dah lepas. Lagi dua tahun je tinggal and then bubye books and lectures! Ok bunyi macam feelingless sangat ni apahal. Lol.

Ok what's new? Bilik baru. Bilik single yang takdelah nak single sangat sebab ada Mr. Ted duduk satu bilik dengan kite. Ops! Well sebenarnya setiap hari dia bertukar nama. Kalau bosan panggil dia Undertaker, nanti tetiba dia dapat nama Aslan pulak. Pernah sekali masa nak drive balik utm dari segamat, aku berbual dengan dia pakai nama Maznah lagi uolls. Ah sudah. Nampak alone sangat lah pulak. Kahkah!

Ah, so many to brag. I just loved being here in my tiny little virtual world. Rinduuuu nak tetulis cenggini. Banyak benda nak cerita kat awak, Encik Blog. Rasanya sampai sini dulu kot. Happy Malaysia Day people! Love you, Malaysia! :D

p/s: momen yang paling aku rindu, spend time dengan diri sendiri sambil menaip sambil hirup air milo panas. Aaaaa chotta! :)