Monday, June 25, 2012

err.

assalamualaikum~

new skin, new header. header buat sendiri tapi 2 doodle tang header tu copy dari google. bunga lukis sendiri. slogan ' bila yang bising mula senyap' tu mendalam maksudnya. maksudnya, setiapkali aku diam tu, maknanya ada benda lah tu yang aku tulis kat blog ni. ceh.

nak tulis something else sebenarnya ni tapi keletihan membelenggu. letih yang seronok. jumpa member2 kamcing sekolah rendah dulu. tengok wayang, cari jambu merah, mak pesan suruh beli oren sunquick yang ibu air tu tapi aku beli buah sunkist, nyorokkan coolblog dalam beg lepastu kembung begnya, solat zohor dalam gelap, macam2 lah. nak gelak pun ada bila ingat2 balik tapi tak jadi nak gelak sebab  letih ni. simpa dulu. huh. padahal bukan jalan kaki pun. naik kereta. apa yang penat pun tak tahulah.

oklah. nak tidur. malam ni tidur sendirian tanpa Tompek di sisi..hukhuk T.T
papai~~

wassalam~

Saturday, June 23, 2012

:)

Assalamualaikum semua :D

dah cuti! yay! dah cuti! yaayy!
maka, bila dah cuti panjang kat rumah macam nii, banyakklah dugaan dan godaannya. segala jenis malas ada. momentum yang cuba nak dikekalkan mula lari-lari anak.

tapi satu kelebihan cuti panjang ni, yang bestnya, sambut awal ramadhan kat rumah, siap puasa sebulan kat rumah lagi tuuuu. bila kat rumah,insyaAllah mampu untuk turut serta solat terawih berjemaah kat masjid. yang best nya lagi masa terawih tu nanti, mesti ada reunion kecil-kecilan dengan cikgu2 sekolah rendah + member2 lama sekolah rendah. itulah uniknya bila umat islam sama2 berkumpul untuk beribadah. ada je 'event' sampingan yang mengukuhkan silaturrahim tu sendiri. alhamdulillah :)

hari ni aku terdetik untuk pulangkan kitab tafsir Quran yang aku jumpa masa nak keluar dari TGB dulu. entah kenapa, sebelum ni aku macam tak perasan pun ada nama beserta alamat tuan punya kitab tu kat page pertama kitab tu. dah dekat dua tahun aku pegang kitab tafsir ni. dan alhamdulillah beberapa bulan yang lepas ni Allah gerakkan hati aku untuk cuba memahami makna kalamullah dengan menggunakan kitab tafsir ni. entah kenapa (sekali lagi) tadi aku teringin nak tengok harga kitab tafsir ni. dalam kepala aku, aku nak hadiahkan satu kitab tafsir kepada seseorang (i don't know who. it just came into my mind all of a sudden).

aku belek punya belek kitab tu,tiba2 aku terjumpa page yang ada nama owner kitab beserta alamat sekali + num fon dia. so,aku pun hantar mesej kepada puan tu. aku cakap yang aku akan poskan kitab ni kat dia hari isnin nanti and so on. nak dipendekkan cerita, puan tu call aku dalam pukul 10 macam tu. dia bahasakan diri dia makcik. peramah orangnya. dia memang sayang kitab tu and dah lama dia cari kitab tu. aku pun cerita dari A sampai Z dan dia serahkan kitab tu pada aku untuk aku jaga dan untuk aku manfaatkan sebaiknya. yang lagi touching,bila dia doakan aku berjaya. alhamdulillah.....Allah je yang dapat memberikan ganjaran yang setimpal kepada makcik ni. :)

yes, i really need this tafsir so that i won't go astray and yet,she honoured me the tafsir so that it would be useful to me. kuasa Allah sangat hebat. Dia maha mengetahui. kenapa sebelum ni aku tak perasan nama owner tafsir ada kat muka depan? He knows the reason. kenapa bila aku dah mula melekat pada tafsir ni baru aku perasan nama owner tu? He knows why. In fact, He always knew what we don't even expect the things to be like. may Allah bless Puan Hajah Azimah Hj Abu Samah and her family. ameen. :)


wassalam. ^^

Wednesday, June 6, 2012

Aku Jahil..Maafkan Aku...

Assalamualaikum..

" bapak aku tak bagi aku simpan benda2 macam ni kat rumah. "

 tersentak aku bila aku dengar azreen cakap macam tu sambil usap2 teddy bear kesayangan aku tu.

" bapak aku kata nanti malaikat tak masuk. kalau ada gambar pun tak boleh letak kat rumah sebenarnya."

lagi aku terkejut! biar betul?! so,lepas je azreen dengan wani keluar dari bilik aku, terus aku bukak google. aku nak cari hukum simpan teddy bear dalam rumah. jumpa! salah satu website yang aku bukak adalah page B.A.I.K (<-- sila tekan untuk bukti kukuh). ada banyak lagi website yang aku bukak dan semua cakap benda yang sama; malaikat takkan masuk rumah kalau ada teddy bear/patung yang cukup sifat. Allah melarang sebarang perkara yang boleh membawa kepada syirik. menyimpan patung serupa macam menyimpan berhala walaupun tiada niat untuk menyembah. melainkan patung tu jadi mainan kanak2. i'm not even a kid although i sometimes do behave like a kid. ye, aku dalam proses untuk menjadi lebih baik dan untuk tu,aku perlukan rahmat Allah tapi macamana aku nak dapat rahmat Allah kalau malaikat pun taknak masuk bilik aku? :'(

what should i do? how can i throw them away when my friends gave them to me as gifts? Allahuakbar.. jahilnya aku. sungguh. aku tak tahu even hukum hakam agama yang basic macamni. yes, i'm changing myself to be better and yes, hukum tetap hukum. niat tak menghalalkan cara. dalam masa yang sama, aku nak hargai setiap pemberian orang kepada aku. :'(

aku harap sangat korang faham aku. starting from now, i'll keep the teddy bear inside my locker. it's quite hard for me since i slept with them everynight especially Undertaker. aku minta maaf sangat2 sebab dah buat korang habiskan duit korang untuk belikan aku Undertaker. aku minta maaf sebab aku jahil. aku tak tahu hukum simpan teddy bear. aku minta maaf....... :'(

aku harap korang still nak berkawan dengan aku lepas ni...:( aku janji takkan mintak apa2 lagi dah..

wassalam................